Monday, September 23, 2024

40 tahun Powerslave

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 3hb September yang lalu...

Iron Maiden - Powerslave (1984)

Asalnya malas nak menulis tentang Powerslave. Dah beberapa kali pun menulis tentangnya. Kali terakhir 5 tahun yang lalu. Tetapi memandangkan ianya angka cantik 40. Rasa terpanggil juga untuk menulis.

Ianya ada nilai sentimental yang tinggi. Walaupun pengenalan nama Iron Maiden kepada saya adalah dari album Killers (sekitar tahun 1982 - 1983) tetapi "2 Minutes to Midnight" adalah lagu Iron Maiden pertama saya. Mendengarnya pada sekitar tahun 1985.

Ianya menjadi pembuka jalan untuk saya bukan sahaja meminati Iron Maiden malah menjadi peminat genre heavy metal secara keseluruhannya.

Ada ketiga-tiga format dalam simpanan. Sayangnya kaset asal cap "apache" yang dibeli pada sekitar tahun 1987 dah hilang...


1 comment:

  1. 40 tahun lirik dan muzik Iron Maiden (dan heavy metal secara amnya) masih relevan sehingga kini

    ReplyDelete