Tuesday, June 17, 2025

Racer X

Dah lama tahu tentang Racer X terutamanya kerena mereka adalah band asal Paul Gilbert. Tetapi entah kenapa perasaan untuk mendengar mereka itu tiada. 

Hanya mula mendengar mereka ketika zaman MP3 di awal 2000an. Album Street Lethal (1986) dan Second Heat (1987), tetapi tak ada rasa tertarik. Mungkin kerana keadaan dan masa yang tidak bersesuaian. 

Tetapi percubaan mendengar semula mereka pada masa sekarang menghasilkan satu perasaan yang lain. Faktor usia mungkin memainkan peranan. Semakin berusia semakin banyak bernostalgia. Muzik cara lama yang mengimbau kenangan zaman remaja lebih mudah untuk meresap perasaan.

Hasilnya...dari sekeping cd ketika beberapa bulan yang lalu telah beranak pinak menjadi 5. Cukup sudah kesemua album studio mereka berjaya di miliki. Tak sangka agak mudah juga untuk mendapatkannya. Dan kesemuanya di beli di Shopee dengan majoritinya adalah harga rahmah yang tak sampai pun RM30.

Dan yang terkini mendapat pula sekeping album live mereka. Bahaya ni. Harap tak lah beranak pinak (ada lagi 3 album live  mereka yang lain 😁)...


Sunday, June 15, 2025

Gila format - Let Your Dim Light Shine

Sempena ulangtahunnya yang ke 30.

Soul Asylum - Let Your Dim Light Shine (06/06/1995) 

Kalau sebut tentang rock 90an, Soul Asylum adalah antara nama pertama yang terlintas di kepala. Kekuatan mereka adalah menghasilkan melodi lagu yang mudah melekat di kepala. 

Dan album ini adalah contoh terbaiknya. Semua lagu pun sedap. Misery adalah salah satu lagu yang akan mengingatkan saya kepada era 90an. 

Kalau nak baca cerita yang lebih panjang boleh baca di >SINI<. Di tulis sempena ulangtahunnya yang ke 20.

Apa yang berbeza dalam tempoh 10 tahun, ianya telah berjaya di"gila format"kan. Versi kaset mengikut apa yang terconteng di inlaynya di beli pada 19/07/1995. Versi cd kalau tak silap dulunya kepunyaan adik ipar yang dah pun di buat harta...haha..

Manakala yang terkini versi piring di beli kalau tak silap sekitar setahun yang lalu...

Frustrated Incoparated!


Friday, June 6, 2025

Hunting High And Low

 Bersempena ulangtahunnya yang ke 40


a-ha - hunting high and low (01/06/1985)

Kalau ada satu lagu untuk dijadikan tema rasmi dekad 80an sememangnya Take On Me dari a-ha adalah pilihan paling layak. Bukan setakat lagunya yang malar segar dan ikonik tetapi video klipnya juga menjadi simbol visual yang mendefinasikan era tersebut. 


Sejujurnya sebelum terjebak dengan heavy metal, a-ha dan album ini adalah kegemaran peribadi — dan hingga kini, ia tetap punya tempat istimewa di hati.



Tuesday, June 3, 2025

Keluang Man

Lama dah tak ke panggung...


Keluang Man (2025)

Saya bukan peminat Keluang Man. Ketika kartunnya di tayangkan di tv saya dah terlebih umur. Memang tak pernah pun menontonnya walau satu episode. Tetapi ia bukanlah satu masalah untuk saya enjoy ketika menonton filemnya.

Sebagai seorang yang hidup di era 90an, banyak scene yang boleh buat saya terhibur, tersengeh dan ada masanya ketawa terbahak-bahak. Nas-T sebagai Keluang Man sememangnya pilihan yang tepat. Tak perlu pun letak pelawak. 

Secara jujurnya saya terhibur. Kalau nak komplen pun mungkin scene aksinya boleh dibuat dengan lebih menarik... tapi Dr. Malini memang kiut!

8/10


Sunday, June 1, 2025

Gila Format - Brave New World

Bersempena ulangtahunnya yang ke 25 pada 29hb Mei yang lalu...

Iron Maiden - Brave New World (29/05/2000)

Teruja betul masa album ni nak keluar dulu. Mana taknya ini adalah album comeback untuk Bruce Dickinson dan Adrian Smith. Dan ianya memang tidak mengecewakan.

Mengikut contengan di kaset, ianya dibeli pada 04/06/2000. Bermakna lebih kurang seminggu selepas ianya di pasaran. Tak pasti siapa yang lewat. Saya? atau memang kedai di Plaza Kotaraya JB tersebut yang lambat.


Tapi yang pentingnya memang tak salah kalau nak kata ini adalah yang paling best dari era "The Three Amigos".

Memang all killer no filler.