Monday, July 15, 2024

Fall

Lagi album terkini 2024...

Borknagar - Fall (2024)

Ini adalah album ke 12 mereka tetapi ianya yang ke 2 untuk saya. Baru sahaja belajar mendengar Borknagar. Memang agak terlambat tetapi bak kata orang Ulu Tiram, "better late than never"...

Pendedahan saya kepada band-band sebegini sememangnya terhad. Maklumlah saya bukanlah seorang yang banyak mendengar album-album dari genre black metal. Tetapi mereka bukanlah lagi sebuah band black metal yang tepu. Mereka pun dah banyak berevolusi.

Mendengar album terbaru dari mereka ini mengingatkan saya kepada album terkini dari Ghost. Yang berbezanya Ghost muzik dasarnya adalah hard rock manakala Borknagar pula adalah black metal yang vokalnya berselang seli antara suara growl dan clean. 

Yang tak pernah mendengar Borknagar mungkin boleh membayangkan muzik folk yang melodic dan progressif. Ada masanya agak psychedelic dan disulami dengan rif-rif black metal dalam suasana sejuk Scandinavian. Bagi kita yang bukan tinggal di hutan scandinavian ni, bolehlah kot membayangkan sebagai muzik syahdu dengan suasana dingin hujan sebelum subuh hari...hahaha...(buka jer la kat youtube dengar sendiri... susah lah nak bagi bayangan ni...hahaha...)

Sama seperti album mereka yang sebelumnya, Fall pastinya akan masuk di dalam senarai album kegemaran saya untuk tahun 2024. Tak kisahlah walaupun tahun 2024 masih separuh perjalanan...


1 comment:

  1. satu-satunya lagu Borknagar yang pernah aku dengar (dan minat) ialah Ocean Rise

    ReplyDelete