Sunday, November 20, 2016

Sudah Sampai Sini : Kluang Rail Coffe


Jalan jalan cari makan sempena cuti umum yang lalu. Lama dah berhajat nak kesini. Nama jer orang Johor tapi seumur hidup belum pernah sampai ke Kluang Rail Coffe ni. Sebenarnya bukan lah jauh sangat pun dari tempat kediaman tetapi ntah mengapa memang Kluang lah satu satunya daerah di Johor yang amat jarang saya kunjungi.


Sayangnya nasib tak baik. Rupa-rupanya Kluang Rail Coffe yang terletak di Stesen Keretapi Kluang ini ditutup pada waktu tengahari (12.30 hingga 2.30). Nasib juga adik manis si penjaga parking di Stesen Keretapi ini mengesyorkan saya ke cawangannya yang satu lagi.


Lokasinya tak berapa jauh juga...sila google...ianya di kawasan rumah kedai. Boleh tahan besar kedainya. Selesa dan bersih. Ruang dalamnya pun menarik. Ada juga gambar-gambar lama stesen keretapi Kluang.


Antara makanan yang dipesan. Tak ingat dah apa tajuknya. Ada lagi yang lupa nak tangkap gambar.


Ni anak bongsu punya. Set untuk kanak-kanak. Pun tak ingat apa tajuk menunya.


Yang ni pula antara menu yang direkomen oleh encik yang ambil order. Sebenarnya nak order roti bun bakar, tapi dah habis la pulak. Seingat saya dulu masa mereka ada franchise di Plaza Kotaraya, Johor Bahru (sekarang dah tutup), roti bakar mereka antara yang popular. Perisa kaya resepi buatan sendiri dorang yang buat sedap. Makan dengan kopi o kaw...memang sedap!


Sebenarnya kalau nak kata sedap sangat pun tak juga.  Biasa-biasa sahaja. Tetapi mungkin kerana jenamanya tu yang membuatkannya popular. Tapi sayang juga tak dapat makan kat tempatnya yang asal. Datang balik pukul 2. Kedai belum bukak...tapi dah ramai yang menunggu...dasyat betul branding kedai ni...




8 comments:

  1. Kau tahu setiap kali aku kat Larkin Terminal kan, dengar pekikan Kluang!!Kluang!! Batu!! Batu!!! dan tengok orang naik bas gi Mersing, Muar, Air Hitam.. aku nak sangat gi naik bas tu jugak haha, mungkin lain kali, akan sampai satu masa aku boleh gi Kluang tido sana dua malam jalan jalan tengok tempat orang, then gi lagi satu tempat dan gi satu tempat.. ada panjang umur murah rezeki dah tak yah kerja full time nanti kot hahaha.

    ReplyDelete
  2. Aku pun tak penah sampai lagi kat sini,penah minum yg kat kotaraya tu je.yg jadi kontroversi sekejap dulu tu betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khabarnya betul...tu sebab kena tutup..

      Delete
  3. fuhh.. meleleh air liur aku pagi-pagi nie, bila kau tunjuk gambar makanan tuh.. hehe

    btw.. dulu dalam tahun 95 pernah sampai sekali ke tempat stesen KTM kluang ni, tapi rasanya belum ada lagi Kluang RailCoffee nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada bro...lama dah dorang ni berniaga kat stesen keretapi tu...

      Delete
  4. Aku dah pergi.. dengan member dr melaka.. ada event komik2 dan zine local masa tahun lps di Kluang Mall.. under Comicore Club.. kawan aku tapau kopi je.. in law dia kirim katanya..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. dulu masa ada kat Kotaraya JB...memang favourite roti bakar dan kopi o la...kira ok la kot...

      Delete