Yang dah 20 tahun...
Obituary - World Demise (1994)
Sebut Obituary benda pertama yang terbayang adalah suara vokalistnya John Tardy. Benci atau suka, suara growl dia memang sangat pelik tetapi dalam masa yang sama sangat unik. Teringat masa pertama kali mendengar "Slowly We Rot" semasa saya sedang menuntut di ITM (sekitar 1989 atau 1990). Rasa menyampah, meluat tapi dalam masa yang sama macam ketagih pulak nak dengar lagi dan lagi.
Suara mencebik (meminjam kata-kata Dr Bentara) dia tu sebenarnya adalah highlight utama untuk Obituary. Tak percaya cuba anda menyanyi bersama. Memang susah lah kan. Entah apa-apa la lirik yang dia sebut. Pernah terbaca yang mereka sengaja tidak meletakkan lirik dalam inlay kaset/cd mereka kerana bagi mereka suara John adalah salah satu instrumen untuk Obituary. Mana ada orang letak tab gitar dalam inlay kan?.
Pada saya kemuncak mereka adalah ketika album "Cause of Death". (antara album death metal kegemaran saya). Walaupun dari segi jualan, 'The End Complete' adalah yang paling laris tetapi saya rasakan ianya seperti mereka telah turun satu langkah. Ianya seakan-akan membantutkan momentum Obituary. Hasilnya apabila mereka meriliskan "World Demise", saya rasakan seolah-olah "magik" mereka telah tiada. Mungkin ianya hanya saya, tetapi yang pastinya Obituary terus tengelam selepas dari ini.
Mungkin juga faktor semasa, tahun 1994 adalah antara tahun-tahun penghujung untuk "Gelombang pertama death metal". Walaupun begitu "World Demise" masih tetap berbunyi Obituary. Mereka tidak berubah banyak. Mungkin ada sedikit elemen death metal moden 90an bersama sedikit pengaruh industrial. Yang lainnya masih Death Metal acuan Obituary yang biasa kita dengar. Lurus tetapi tetap bagus. Tiada yang lebih tiada yang kurang.
only tape is real haha. obituary ni aku belum memiliki lagi album mereka haha.. nanti aku test dengar kat youtube mana tahu bekenan...
ReplyDeleteKenal obituary ni pun ada dak pompuan yg satu keja ngan aku dulu..dia yg suruh aku layan ni..heheh..vokal memang unik
ReplyDeletegot your mesej nanti aku reply eh...
ReplyDelete