Monday, January 10, 2011

Cause Of Death

Ada banyak album yang aku suka masa zaman2 kaset dulu tapi masih tak berjaya nak upgrade ke cd...salah satunya darinya adalah kaset ni Obituary - Cause Of Death



Walaupun sepatutnya aku buat entry ni tahun lepas...sempena 20 tahun dah usia kaset ni...tapi disebabkan masa yang tak mengizinkan dan kekadang tercanguk depan PC tapi idea tetap tak nak keluar...maka sekarang la waktunya...aku dah beberapa kali try nak upgrade kaset ni...tapi selalunya gagal...sebab utamanya tak pernah terjumpa yang murah...mahal2 ni tak larat la aku...

Tahun 1990 adalah tahun2 dimana muzik Death Metal mula mengambil alih tahta extreme metal dari muzik Thrash....salah satu yang benar2 mendapat perhatian aku adalah Cause Of Death...sememangnya ini adalah salah satu album death metal kegemaran aku...memang aku suka sesangat...

Mula tau pasal Obituary masa aku kat ITM...album Slowly We Rot...tu jam ada sorang kawan aku rajin lukis logo Obituary ni...tapi masa tu aku tak berapa berminat sangat sehinggalah pertama kali aku dengar Cause Of Death...paling tertarik sekali bila dapat tau master shredder James Murphy (Death) menyolo dalam album ni...pergh!!!...memang best solo2 dia dalam album ni...melodic abis...ada sapa2 nak bankang aku kata James Murphy bukan antara shredder terbaik genre death metal???...iskh...solo dia memang awesome beb!

Satu lagi yang menariknya Obituary ni bagi aku adalah vocalistnya John Tardy...unik la suara dia...susah nak tiru oo...tak reti aku nak explain growl dia ni...tak kisah la kalau tak paham apa bunyi butir yang disebutnya...kekadang rasa macam nak menyampah tapi dalam diam2 suka...boleh gitu...haha...aku rasa John Tardy la signature Obituary...tanpa growl dia tu dah bukan bunyi Obituary la...



Produksi album ni memang aku suka...tip top...aku memang suka Scott Burns produce...tengok ajer la album2 Sepultura dan Death kan...ntah mana pergi la mamat ni sekarang ek...sound dia memang clean...jelas sebijik2...ada orang kata Death Metal tak boleh sound camgini...ni sound untuk album komersil...tapi Scot Burns dia pedulik apa...dengarkan jer la drums Donald Tardy....tersangat la best...boleh buat rasa nak gugur jantung....

Salah satu sebab lain yang buat aku suka album ni adalah kerana riff2 thrashnya...tak kisah la yang laju...yang slow...semua catchy belaka...tidak selaju Slowly We Rot...Cause Of Death lebih teknikal...lebih groove...mungkin kerana faktor James Murphy kot...bagi aku inilah album terbaik dari Obituary...lagu2 seperti Chopped In Half, Cause Of Death, Infected, Body Bag memang antara lagu terbaik dalam genre death metal....lagu Circle Of The Tyrants pun kekadang aku rasa lebih syok dari versi ori Celtic Frost...mungkin pasal vocal John Tardy yang unik tu kot...

satu lagi kan...aku selalu rasa cover album ni macama ada kena mengena jer ngan cover2 album Sepultura...thanks to wiki...selepas 20 tahun baru lah aku tau yang pelukisnya orang yang sama...dan cover album ni sepatutnya digunakan untuk album Arise...hmmm...patut la gaya lukisannya seakan2 sama...memang cantik cover album ni...kalau la aku ada tshirtnya.....

apa2 pun album ni memang best..recommended!

6 comments:

  1. Scott Burns memang terer commercialize kan album metal, tengok la dia produce Rock Leleh 2 dgn lagu hits dari Pak Long, Selagi Ada Rindu...

    hehehe... congrats MU sebab malukan King Kenny on his very first game vs Liverpool, kelab biru tu dpt sesah kelab kampung, Ipswich tu pun nak kecoh 7-0... hehehe, ala, apa ada hal!!!

    ReplyDelete
  2. Dulu aku ada remaster CD ni tapi dah jual. Ingat nak beli balik album ni ngan slowly we rot buat koleksi....

    ReplyDelete
  3. bestest ini album tapi kurang mengejutkan berbanding Slowly We Rot. James Murphy la gitaris pertama aku dengar bawak solo melodik dalam Death Metal.

    ReplyDelete
  4. dalam album ni kita hampir boleh dengar lirik lagunya bebanding debut 'slowly we rot' yang sangat dahsyat! kalo thrash ada big four, death metal pun ada big fournya iaitu death, morbid angel, sepultura dan yeah... obituary!

    sepultura sangat bengang bila cover 'cause of death' ni dibagi kat obituary. diaorang dah cup dulu cover ni. tapi kendian rasa ok bila cover beneath the remains- nightmare in red sangat sesuai sebagai cover beneath dan kabomm!jadi sangat tekenal

    "yes, we have NO lyric!"
    john tardy

    ReplyDelete
  5. album ni adalah album obituary yang best selain slowy we rots.. yang lain tu aku kurang suka la

    ReplyDelete
  6. vokal John Tardy mmg lain dr yg lain dan susyah nak ikut. Siak la aku sampai skrg takde lg album ni...dolo2 pinjam je..huhuhu

    ReplyDelete