Monday, November 18, 2019

Touch of Sin

Antara cd terkini dalam simpanan.


Sinner - Touch of Sin (1985)

Bukan... beli bukan pasal gambar covernya...hahaha...

Tetapi sebab utamanya adalah kerana lagu The Storm Broke Loose. Dengar lagu ini, kemudiannya dengar pula lagu dari Rockers - Memori.  Hmmmmm...sama kan? ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Dulu-dulu memang tak tau pun ianya lagu ciplak. Kat inlay kaset pun tak tulis ianya lagu saduran. Sama kes macam Anak Liar - Sofea. Band-band "B-list" heavy metal dari Jerman seperti Sinner memang susah nak jumpa kasetnya dijual di sini. Mereka tidaklah sepopular band-band seangkatan seperti Scorpions, Accept mahupun Helloween. Sebab itu memang tak tahu pun sehinggalah muncul zaman internet.


Tetapi album-album sebegini memang dicari oleh pengemar band-band metal yang boleh dianggap sebagai obscure. Memang ada lagu yang best. Memang ada "hidden gem". Tetapi ada juga yang sekadar pelengkap. Sebab itu band-band sebegini agak kurang dikenali dan tidak mencapai tahap sebagai "A-list".

Lagu-lagunya lebih komersial berbanding dengan album pertama mereka (Danger Zone -1984) yang lebih raw. Tetapi jika anda pengemar heavy metal 80an, terutamanya yang melodic dan komersial, ini bukanlah masaalah. Sedap juga...




2 comments:

  1. kalau minat dekat cover nya pun... takde yang salah nyer.. kannn??? just hobi lee... heheheheheehehe

    ReplyDelete
  2. fuh, baru tahu Rockers ciplak lagutu, sejibik..seangkatan dgn Rage, Victory dll, byk sgt yg best 80an ni, tak larat nak layan

    ReplyDelete