Monday, August 21, 2017

Tell No Tales

Yang 30 tahun...


TNT - Tell No Tales (1987)

Norway lebih dikenali dengan band-band black metal atau mungkin juga A-Ha dan Ole Gunnar Solskjær. Ok yang last tu peminat bola jer kot yang tahu. Tapi TNT ni mungkin ramai yang langsung tak tahu. Bercerita perihal TNT sudah semestinya 2 nama ini yang paling penting. Ronni Le Tekrø dan Tony Harnell.

Mendengar kerja gitar terutamanya solo-solo dalam album ini memang terasa nak ber"air guitar". Memang hebat. Ronni Le Tekrø memang berbakat. Sayangnya nama beliau agak kurang dikenali. Nak kata kerana berasal dari Norway, John Norum (Europe) pun terkenal juga. Bezanya mungkin John Norum dan Europe ada lagu hits yang terkenal satu dunia dan TNT tidak. Walaupun "10,000 Lovers (In One)" agak popular juga di MTV tetapi tidak cukup besar seperti "Carrie" apatah lagi "The Final Countdown".


Selain itu, keistimewaan TNT terletak pada vokalisnya, Tony Harnell. Beliau memang tak ada masalah untuk note - note yang tinggi. Sebenarnya Tell No Tales mempunyai formula sempurna utuk menjadi sebuah album glam/hair metal yang baik. Virtuoso guitar dengan vokal yang bagus. Lagu-lagunya pun melodic. Memang sedap. Sayangnya mungkin kerana kurang promosi menyebabkan ianya agak kurang dikenali.

Sejujurnya saya memang menyukai album ini. Sesuai untuk yang minat hard rock 80an.




2 comments:

  1. Penah dengar nama band ni masa bebdk dulu tapi tak penah tau lagunya..dulu aku ingat lagu acdc tnt tu band ni yg nyanyi..heheh

    ReplyDelete
  2. Album ni zaman internet baru layan, kenal band ni tahun 1992/93 camtu, bila beli kaset album Realized Fantasies..

    kenangan juga dgn grup nie, bila dah berkenan dengar album tu, nak tangkap pula album sebelum tu, Intuition..dah beli tapi terpaksa refund..jadi yg pertama & terakhir kaset ori yg aku beli, cover semua sama, tapi bila main album lain, nak tukar dah tak ada yg sama..tapi oklah, sbb album Intuition tu kurang best..

    ReplyDelete