Tuesday, August 18, 2020
Kaset rock
Saturday, August 15, 2020
The Good The Bad The Waysted...
Lagi berita sedih.... Terutama untuk peminat UFO. Selepas Paul Raymond, kemudiannya Paul Chapman... Kini pengasas dan pemain bass lagenda Pete Way pula... 😭
Beliau adalah salah seorang idola saya. Maklumlah dulu-dulu zaman budak sekolah bila kita tak pandai sangat main gitar dan pemalu pula nak jadi penyanyi, tempat kita kalau nak tinggi sikit tarafnya dari seorang groupies adalah menjadi pemain bass...Hahaha...
Sama seperti Steve Harris, saya juga menjadikan Pete Way sebagai idola. Lagaknya di atas pentas bersama Gibson Thunderbird memang sangat rock star. Impian budak-budak seperti saya.
Lawaknya saya hanya betul-betul tahu tentang beliau bila beliau sudah pun keluar dari UFO dan menubuhkan Waysted. Maklumlah zaman budak-budak saya dulu, UFO adalah semata-matanya Michael Schenker.
Thanks for the music sir...
PETE WAY
Aug 7, 1951 - Aug 14, 2020
Thursday, August 13, 2020
Cdholic...
Tuesday, August 11, 2020
"For Martin Birch - catalyst"
Berita sedih minggu ini....😭
Kalau minat Iron Maiden tapi tak kenal siapa Martin Birch memang tak patut. Dari Killers sehinggalah Fear Of The Dark semuanya adalah hasil kerja tangan beliau. Steve Harris sememangnya secara eksklusif menggunakan khidmat beliau (producer, engineer, mixing) untuk Iron Maiden dan beliau sendiri secara eksklusif hanya berkerja denagn Iron Maiden selepas tahun 1984 sehinggalah beliau bersara selepas album album Fear Of The Dark.
Bukan itu sahaja, banyak lagi sentuhan emas beliau yang menjadi album klasik dan rujukan untuk genre rock dan heavy metal. Jasa beliau dalam menghasilkan bunyi heavy metal sememangnya banyak mempengaruhi selera muzik saya semenjak dari bangku sekolah. Walaupun pada ketika itu tak tau pun siapa producer dan siapa dia Martin Birch.
Thanks for the music sir,
Martin "the ninja" Birch (27 December 1948 – 9 August 2020)
Saturday, August 8, 2020
Ordinary Man
Ozzy Osbourne - Ordinary Man (2020)
Sejujurnya lama dah tak mengikuti perkembangan album-album Ozzy. Kali terakhir yang betul-betul dengar adalah No Rest for the Wicked (1988) . Selepas itu sekadar dengar gitu-gitu. Kalau ada beli pun hanya Scream (2010). Itupun ketika jualan murah di Popular BookStore dengan harga RM9.90. Tetapi terus simpan dalam rak tanpa dengar pun.
Selepas di war-warkan berkemungkinan ini adalah album terakhir beliau. Maklumlah umur beliau pun dah 71 tahun. Rasa memang patut pula album ini di beli. Tak bolehlah nak di bandingkan dengan zaman kegemilangan tahun 80an dan awal 90an. Memang dah banyak yang berubah. Tetapi pemuziknya adalah muka-muka lama. Kecuali pemain gitar, Andrew Watt (saya tak kenal), Duff Mckagan - bass (Guns N Roses), Chad Smith - drums ( Red Hot Chili Peppers) dan pemain gitar jemputan, Slash (Guns N Roses) dan Tom Morello (Rage Against the Machine) adalah nama-nama besar dari zaman tersebut.
Tanpa Zakk Wylde bukan lah masaalah besar. Ozzy tetap Ozzy. Walaupun nampak dah vokalnya di mamah usia. Lagu-lagunya pun lebih lembut. Tak apa lah. Tak perlu meminta yang berlebihan. Beliau pun telah banyak memberi sejak berpuluh tahun yang lalu.
Under The Graveyard dan Scary Little Green Men adalah antara lagu yang menarik. Duet dengan Elton John dalam Ordinary Man pun ok. Tapi lagu track terakhir duet beliau dengan Pat Malone tu yang buat kacau. Mengarut!
Tak apa lah Atok Ozzy. Tak ada yang perlu dikesalkan jika dia memilih untuk bersara. Anda tetap seorang lagenda!
Wednesday, August 5, 2020
Kaset Apache
Sunday, August 2, 2020
Earth vs the Wildhearts
The Wildhearts - Earth vs the Wildhearts (1993)
Cd ini mengembalikan kenangan di pertengahan tahun- tahun 90an. Ketika itu berkerja di Menara Perbadanan Johor (tak pasti dah jadi nama apa bangunan ini sekarang). Di bawahnya adalah Plaza Kotaraya (sekarang dah jadi Galleria). Hampir setiap minggu akan ke kedai buku di situ. Boleh dikatakan hampir tiap minggu juga tak 'miss' membeli majalah Kerrang.
Ketika itu Kerrang memang sentiasa mempromosikan band-band dari British. Antaranya yang hampir tiap-tiap minggu keluar ceritanya adalah Terrorvision, Thunder, The Almighty dan The Wildhearts. Tapi agak sukar untuk mendapatkan kaset mereka di sekitar Johor Bahru.
Yang jumpa hanya Terrorvision dan Thunder. Teringin betul nak dengar The Wildhearts. Tambahan pula album Earth vs the Wildhearts ini di pilih oleh Kerrang sebagai album no 3 dalam senarai album terbaik untuk tahun 1993. Tapi memang tak ada peluang nak dengar sehinggalah zaman internet dan MP3.
Ternyata ianya adalah sebuah album yang bagus. Mereka adalah penyambung dan pengerak warisan band Britrock di tahun 90an. Muziknya adalah gabungan pop punk, rock n roll 60an dan heavy metal. Ianya sangat melodic dengan singalong chorus. Sedap!
Sayangnya seperti band-band rock British di tahun 90an yang lainnya, mereka gagal untuk menembusi pasaran Amerika yang pada ketika itu sedang kemaruk dengan grunge. Ianya menjadikan mereka agak kurang dikenali.














