Wednesday, December 31, 2008

The Final Countdown



tak ada apa2 azam baru whatsoever...never celebrated new year anyway...harap yang baik2 aje la...

apa2 pun Selamat Tahun Baru 2009.

Sunday, December 28, 2008

1430

Selamat Tahun Baru...

Semoga segala yang baik di tahun 1430 Hijrah ini...Insyallah

Doa Akhir Tahun





Doa Awal Tahun


Friday, December 26, 2008

Gitar Hero Part 2



Edward Lodewijk "Eddie" Van Halen

Seorang lagi gitar hero aku dizaman belasan tahun dulu...ada ker yang tak kenal mamat ni?..aku start kenal Van Halen pasal dulu2 punya band rock Malaysia suka cover lagu You Really Got Me (Search pun rakam lagu ni jadi Sirih Dan Gambir dlm album Cinta Buatan Malaysia)..tapi lepas lagu Jump meletup..baru2 aku betul into Van Halen ni..

Teknik tapping memang sinonim dgn Eddie...walaupun ramai yg mendakwa teknik tu bukan ciptaan beliau...tapi tak dapat dinafikan beliaulah yg mempopularkan teknik tapping..aku pun tak pandai nak citer bab teknikal ni...dengar sendiri la baru tau kehebatan Eddie ni...sampaikan Quincy Jones pun panggil dia menyolo untuk lagu Michael Jackson's Beat It...(untuk nota..lagu ni Steve Lukather (Toto) yg main..Eddie hanya menyolo)...aku rasa majoriti gitarist sekarang memang dipengaruhi beliau...

Aku tak kisah zaman David Lee Roth ker Sammy Hagar...semua best...walaupun zaman Sammy Hagar..Eddie dah banyak main keyboard..tapi zaman Gary Cherone memang aku tak follow langsung..antara lagu dan solo yg aku suka...sudah semestinya Eruption...lain2 macam Runnin' With The Devil,Aint Talking About Love,And The Cradle Will Rock,Jump,Panama,Why Cant This Be Love, Dreams, Love Walked In,Poundcake dan berderet2 lagi ahh...dan tak lupa cover version Pretty Woman...lemak berkrim betul la solo2 Eddie ni...


Gitar Frankenstrat yg jadi trademark Eddie

Gitar Charvel ni pulak sekarang dah tertanam bersama Dimebag Darrell...Eddie hadiahkan kerana Dimebag masa hidupnya dulu memang suka gitar ni..


Nak tau teknik tapping...layan lagu ni Eruption...berhantu betul ahh solo ni...




"Who wants to sit in front of the piano? That's boring" - Eddie Van Halen

ada lagi sambungan nanti..part 3 pulak..

Wednesday, December 24, 2008

Pirates Of Selat Melaka

Sambung lagi skit citer kat Melaka.

Hari tu kat Melaka cadangnya nak pegi tempat2 baru macam Eyes On Malaysia dan Menara Taming Sari...tapi disebabkan susahnya nak cari parking...apa la Melaka ni..(jam giler...satu jam aku pusing2 cari parking...leceh la jalan time cuti sekolah ni..) dan hujan lebat...membatalkan hasrat nak pegi tempat2 tu...kebetulan kat tempat aku makan tu berdekatan ngan Muzium Samudera...dan aku sekeluarga tak pernah lagi pergi situ..tambahan pulak anak2 aku excited nak tengok kapal..akhirnya selepas hujan teduh...kami ke sana.

Info kat internet tulis muzium ni replika kapal portugis sebenar iaitu kapal Flor de La Mar berukuran 34 meter tinggi,36 meter panjang dan 8 meter lebar.Selain merasa persekitaran dalaman kapal, turut dipamerkan juga ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan du Melaka.

aku pun tak pernah merasa naik kapal...naik sampan,bot,rakit,feri pernah la..cuma kapal yg ni atas darat...mmg tak akan mabuk laut la...

Menara Taming Sari...walaupun dah dekat...tapi aku tak pergi...hujan..

Muzium Samudera...pandangan dari tempat aku makan.

Pandangan dari dekat...kena naik tangga utk masuk ke kapal ni..sapa yg gayat memang gayat arr..

Adakah ini wajah Captain Jack Sparrow?...atau wajah tok nenek Cristiano Ronaldo?...hehe..

Suasana dalam kapal...sebenonya banyak gambar...tapi asik ada muka anak aku berposing...tak yah la letak..hehe..

kata kapal Portugis...naper pulak ada atok Bruce Dickinson kat sini...tu bendera union jack kan?

Besar giler sauh ni...buat cover album best ni.. :D

ingat nak bergambar ala2 titanic u jump i jump...tapi part muncung kapal tu tutup pulak tak leh naik...rugi ahh...hehe..

Tuesday, December 23, 2008

Gitar Hero

Asyik bermain PS2 Guitar Hero membuatkan aku terpikir nak post pasal guitar hero ni...ini adalah antara guitar hero aku dari dulu sampai sekarang...walaupun aku mmg la takder bakat bermain gitar... :D




Yngwie Johan Malmsteen

Ist time dengar album Marching Out...aku terus minat giler kat mamat ni...solo yg laju dan teknikal tambahan pulak lagu2 dia yg bergenre neo-classical metal (antara pioneer genre ni kot).Beliau adalah antara sebab aku minat gitar..membesar di era 80an...mat rock mana yg tak terpengaruh ngan Malmsteen..4 album awal beliau mmg fav. aku..Rising Force,Marching Out,Trilogy dan Odyssey.

Lagu2 macam Black Star,Far Beyond The Sun,I'll See The Light Tonight,You Dont Remember I'll Never Forget,Liar,Queen In Love,Hold On,Deja Vu...dan banyak lagi ahh kalau nak sebut...memang aku suka la..sekarang kalau sesekali dengar...teringat2 zaman sekolah dulu...

Walaupun banyak org kata Malmsteen bosan...balik2 stail sama dari dulu sampai sekarang...kena pulak zaman anti gitar hero mcm sekarang ni...tapi itu la identiti beliau..bukan senang woo nak main laju camgitu..berdarah jari nak praktis...tapi bagi aku...walaupun minat aku dah berkurangan...tak macam aku bebudak dulu...tapi aku tetap follow album2 baru dia...beliau tetap seorang gitar hero kepada seorang budak belasan tahun yang membesar di tahun 80an macam aku...

tapi dalam banyak2lagu Malmsteen...lagu yang paling aku suka ialah I Am A Viking...memori zaman sekolah banyak ada pada lagu ni...terasa macam nak cari balik gitar kapok aku yang tersimpan kat bawah katil kat kampung...hisss..


layannnn...



“I don't personally know Michael Angelo or his music, but regarding contests and who is faster or whatever. It doesn't interest me. Trying to determine who picks more notes per second is ridiculous. What is important is the quality of the music and how well it speaks to fans who love it.” - YM


ada banyak part lagi ni..ramai aku punya gitar hero...bersambung di part 2 nanti..

Monday, December 22, 2008

King Of The World

"United set the seal on an historic year by becoming the first British side to win the Club World Cup to end 2008 as the best team on the planet"



yehaaaa...we're king of the world...hehe...

tambah best...bila loserpoo seri ngan arsengal malam tadi...huhu..

Friday, December 19, 2008

Kahwin

Lalu Stadium MBJB pagi tadi...ternampak pulak kain rentang majlis kahwin Mawi Ikin...so sempena perkahwinan Mawi Dan Ekin...aku pun nak citer pasal majlis kahwin la...hahahahaha...

Minggu lepas gi majlis kahwin...di Port Dickson, Negeri Sembilan tak sangka masih ujud lagi majlis perkahwinan yg ada live band...atau band orang kahwin kat kampung aku panggil...

seingat2 aku...dah berpuluh/ratus?...kerja kahwin aku pergi terutamanya kat belah Johor ni majoritinya semua pasang dj/karaoke...tak jumpa dah live band ni...

Dulu masa aku kecik2..kat kg aku...setiap kali majlis kahwin..sure ada live band ni..kena pulak masa zaman 80an tu...majoritinya semua band2 rock...walaupun kena main lagu dangdut...permintaan org2 tua...hehe..

Yg aku masih ingat...aku pernah tengok Lefthanded kat kerja kahwin adik Ghani Freedom...tp masa tu dorang belum famous lagi...belum keluar Battle Of The Band lagi...ternganga aku tengok Man Kidal gigit gitar...terus naik semangat aku nak belajo main gitar masa tu...hehe...satu lagi band Febian (band Bandi Amuk)..tupun zaman sebelum dorang juara-juara rock...dah famous tak main le kat kerja kahwin ni kan...hehe..

2 perkara yg aku suka pasal band org kahwin...satunya...bila time band boy tu makan...adala dlm sejam lebih tu...dia org akan open untuk sesapa main...apa lagi...bila lagi nak dapat main free dan tunjuk skill...berebut siak...hehe...mmg bantai lagu heavy2 jer...naik pening kepala bapak penngantin...hahaha...

yg no 2 pulak...bila belah malam...lepas pengantin dinner...apa lagi...dorang main lagu joget la...time to joget lambak...hahaha...meriah woo...kenangan..kenangan..



gambar tak berapa elok...kerana gambar ni aku ambik sambil lalu ajer..ingatkan lepas makan nak cari sudut yg cantik...tapi tetiba hujan turun mencurah2...dorang terpaksa stop main...hmmm...baru aku nak enjoy....kot2 boleh request lagu ker...hehe..



Band ni otai2 semua band membernya...kelihatan gitaris tengah menyolo lagu Sweet Charity Terharu