Wednesday, June 2, 2010

One Night At Budokan

Dah Deaf tersebut pasal Cozy Powell...teringat aku satu hasil kerja mendiang yang aku suka...MSG One Night At Budokan...album live ni dirakamkan pada tahun 1982 di Budokan,Tokyo...selalu betul band2 omputeh ni buat rakaman live kat Budokan ni kan...kalau la aku tersesat ke Tokyo...selain nak jumpa Maria Ozawa (heheh..) teringin bebeno aku nak nengok mana rupa la Budokan ni..



Tu hari Bro Gayour pun ada sebut album2 live penghujung 70an dan awal 80an yang best seperti Scorpions Tokyo Tapes, AC/DC If You Want Blood You've Got It, Motorhead No Sleep 'till Hammersmith", Whitesnake Live At Hammersmith,Deep Purple Made In Japan...ni aku tambah satu lagi yang pada aku antara yang terbest...MSG One Night At Budokan ni memang benar2 membuktikan kehebatan permainan gitar Michael Schenker khasnya...

Aku sememangnya peminat Michael Schenker sejak dari zaman Scorpions....tambah pulak lagu2 era beliau semasa zaman UFO memang biasa aku dengar kecik2 dulu...sapa tak tau lagu Doctor Doctor, Rock Bottom tu semua kan...pasal Michael Schenker la aku minat gitar berbentuk V...tak kisah walau apa zaman...dia tetap setia dengan V kan...salah seorang gitar hero aku zaman bebudak dulu..



Album ni mengandungi lagu2 dari 2 album awal Michael Schenker Group dan satu lagu UFO...lagu wajib Michael...Doctor Doctor...walaupun album ni keluar pada tahun 1982...aku cuma berpeluang mendengarnya pada zaman MSG yang "M"nya dah jadi McAuley...yang menariknya bagi aku pasal banyaknya lagu2 dari 1st album macam Armed And Ready,Cry For The Nations,Victim Of Illusion,Into The Arena dll...pada aku album 1st dia...The Michael Schenker Group lah yang paling best dalam banyak2 rilisan MSG...

kalau korang gitarist...atau peminat gitar...memang patut dengar album ni....cuba dengarkan solo2 Michael contohnya dalam lagu Lost Horizon...aku bukan nak bias...tapi kalau korang cakap tak hebat jugak...tak tau la aku...aku serender la....susah nak cakap mana satu lagu best...pasal hampir semuanya aku suka...tapi antara yang jadi highlight adalah Courvoisier Concerto....

Ada khabar2 angin yang cakap vocal Gary Barden dalam cd ni kena redubbed....dia gemuruh...1st time nyanyi depan 10,000 orang...tak boleh nyanyi...biasa la tu...memang banyak album2 live ni kabarnya kena touch up sana sini....tapi yang pasti petikan Michael dalam ni memang live....tu yang penting...



Dah tercerita pasal Michael....lupa pulak pasal Cozy Powell...aku rasa produksi album ni bunyi ketukan drum dia agak terkedepan...maka makin menyerlah la bunyi drum Cozy...memang tak dinafikan mendiang adalah antara yang terbaik la...

Aku cuma ada satu komplen je pasal cd ni...setiap kali nak dengar mesti nak kena tinggikan volume...ntah la...sama kes macam Live Evil....album2 live lama ni sound dia slow la...kena cari versi remastered kot baru bunyi dia kuat...tak sure pulak aku cd ni ada tak versi remastered..

satu lagi yang menarik...dengarkan Doctor Doctor versi MSG live ni...berbeza dari versi UFO tapi kekadangnya aku rasa lebih best...terbaik!

7 comments:

  1. sekarang dah selebet si Mikel ni... pakai seluar tidur je atas stage.. apa raaaa...

    ReplyDelete
  2. biasa la tu...dah tua...tapi V tetap maintain...hahaha..

    ReplyDelete
  3. aku suka lights out haha

    anyway, doktor doktor paling best sekali ialah versi yang UFO Strangers In The Night Live tu..

    ni versi yang Maiden pakai sebagai intro konsert dorang dah berapa tour dah.

    ReplyDelete
  4. ko sebut strangers in the night ni aku dah berapa kali dah nak beli cd dia tapi tak berjaya...

    versi live doctor doctor tak kira UFO ker MSG sememangnya lebih best dari versi studio..

    ReplyDelete
  5. ..Cozy Powell,mana mana band yang dia main mesti leh nampak trade mark sound dia..amat menyerlah.. contohnya,album Slide It In tapi Coverdale tak suka,sebab lari jauh dari sound Whitesnake..

    ReplyDelete
  6. Wan...aku bukannya peminat drummer...tapi dari discography dia dgn band2 hebat macam Rainbow,MSG,Whitesnake,Black Sabbath,Malmsteen dll...dah boleh agak la terer tak terer dia ni..

    ReplyDelete
  7. budokan ni dah jadi tempat wajib band rock/metal dari u.s. atau europe buat konset. dah jadi tahap cam wembley atau hammersmith. gua ada kaset cap big foot album ni dulu. 'doctor doctor' diorang duet dengan scorpions klaus maine.

    yeah! satu lagi live album hebat tahun 80an.

    long live flying V!

    ReplyDelete