Wednesday, December 29, 2010

Crazy World

Lagi pasal album2 rilisan tahun 1990...kali ni pasal album yang cukup popular ngan lagu Winds Of Change...sapa lagi kalau bukan Scorpions album Crazy World.



Aku rasa inilah album yang membawa mereka ke kemuncak menyentuh awan sebelum jatuh merundum...(ingat lirik Dont stop at the top...touch the sky before you drop...)...Crazy World adalah album mereka yang paling berjaya dari segi jualan dan popularitinya...Lagu Winds Of Change jadi hit satu dunia...menduduki carta No 1 dibeberapa negara Eropah...no 2 di UK dan no 4 di US...sesuatu yang dorang tak pernah capai walaupun secara peribadinya bagi aku banyak lagi lagu2 lain dari dorang yang lebih best dan sedap dari lagu ni...

Mungkin timing album ni...atau lebih khusus lagi...timing lagu Winds Of Chance memang kena...kebetulan ketika tahun 1990 tersebut...Politik dunia sedang berubah...runtuhnya tembok Berlin dan berakhirnya era komunis di USSR...lagu ini seakan2 mengambarkan suara hati seluruh mereka yang terlibat dalam peristiwa ini...sehingga kini pun lagu Winds Of Change walaupun secara tidak rasminya...akan kekal menjadi lagu tema setiap kali cerita keruntuhan Tembok Berlin disiarkan...



Iyer aku akui...lagu ni memang menarik melodinya...tapi kalau bukan kerana popularnya lagu ni...bagaimana agaknya yer pencapaian Crazy World....ntahlah...mungkin aku sedikit bias ketika tahun 1990/91 tu...zaman2 aku lebih cenderung ke extreme metal...aku tak berapa suka album ni...tapi tetap jugak aku beli kasetnya...tapi inilah rilisan terakhir dorang yang betul2 aku follow...lepas dari album ni memang aku takat dengar gitu2 ajer....

Aku pernah terbaca selepas dorang dikritik kerana mengeluarkan album Savage Amusement...album yang pengkritik kata album untuk MTV...(tapi aku suka savage amusemsent...dah zaman hair metal time tu kan...semua band tak kira dari zaman 70an pun kena tempias)...dorang bercadang untuk kembali ke sound awal 80an mereka...zaman2 album Blackout dan Love At First Sting...tapi yang peliknya mereka menyingkirkan Dieter Dierks....penerbit yang dah bertahun bersama mereka sejak zaman In Trance...macamanalah dorang nak dapat sound tu kalau dah bertukar penerbit...yer tak...hasilnya memang Crazy World agak berlainan dari Savage Amusement...tapi tak la sama jugak macam Blackout atau Love At First Sting...walaupun ada beberapa rif2 nya bunyi macam recycle dari album2 tersebut...



Aku tak berapa suka sound album ni...bunyi macam kering jer aku dengar...mungkin dorang maukan sound yang heavy dan raw kot...tapi terlampau bersih pulak...ntah la aku tak tau camner nak cerita bab2 sound ni...bukannya aku pakar pun...tapi beberapa hari ni aku dengar balik...aku rasa album ni ok la...cuma sedikit overated pasal kes lagu Winds Of Change tu...lagu2 heavy dorang macam Don’t Believe Her”, “Kick Between The Eyes” dan “Kicks After Six” tetap menarik...tetap melodic...aku suka....manakala “Send Me An Angel” meneruskan tradisi lagu2 slow rock dorang yang korang sekali dengar dah boleh menangkap...feeling abis..



Album ni jugak merupakan kali terakhir klasik line up dorang bersama... Francis Buchholz pemain bass mereka meninggalkan Scorpions selepas berakhirnya tour untuk Crazy World ni...apa2 pun bagi aku...sekali sekala dengar...menarik juga Crazy World ni....tapi ianya bukanlah wajib ada...aku lebih suka album2 dari Savage Amusement ke bawah...mungkin pasal tu zaman aku...nampak sangat aku dah tua...heheheh...

6 comments:

  1. pada aku inilah ultimate album Scorpions, semua lagu dia best (kecuali WOC) hehehehe.....

    nampak na wa lebih muda dari broteriomber heh heh,

    mmm my feveret "to be with you in heaven"

    ReplyDelete
  2. wind of change ni macam Isabella gitu..
    sedap tapi pasal dah ramai sangat orang suka, dan ramai sangat asyik puji
    aku terus menyampah

    ReplyDelete
  3. aku pun rasa WOC tu overated..

    setuju deaf...sama kes macam Isabella..

    ReplyDelete
  4. tu la masalahnya, bila album/lagu tu top melangit, orang mula meluat. apasal? dari pengamatan gua; kerana orang yang selama ni benci, tak suka, meluat, menyampah dengan lagu rock/metalpun nyibuk suka tak memasal. ni la puncanya lagu/album top melangit tu jadi sentul.

    rasanya "love at first sting" paling hebat tapi album ni paling gemilang dan terbilang the scorpions. satu dunia turut sama bersiul menyanyikan wind of changes.

    ReplyDelete
  5. ...yup, album Savage Amusement ke bawah lebih berantu, mungkin pasal dia mudah meresap jiwa zaman budak2 membesar mcm kita dulu.

    ReplyDelete
  6. Ini la album yang merosakkan hidup aku selamanya!!! hahaha!

    ReplyDelete