Saturday, March 10, 2012

The Number of the Beast

Kalau tahun 1992...album pilihan aku adalah Countdown to Extinction...tapi untuk tahun 1982 adalah ni...



Iron Maiden - The Number of the Beast  (1982)

Pertama kali aku mendengar lagu2 dari album ni adalah pada tahun 1986...manakala kasetnya pulak aku beli pada tahun 1987...beli saing2 ngan album Piece Of Mind...kaset apache la...apa lagi...sejak dari tu TNOTB ni jadi salah satu album favourite aku...

tengok la list lagu2nya...memang lebih dari separuh adalah lagu2 wajib Maiden yang layak duduk dalam album kompilasi best of...satu2nya lagu yang aku kurang gemar hanyalah "Gangland"...bagi aku dari sini la bermulanya era album2 hebat zaman Bruce Dickinson...mungkin kalau kena buat list album pilihan Maiden aku...TNOTB adalah no 4 dibelakang SIT,SSOTSS dam PS...ianya lebih sikit dari POM kerana adanya lagu Children Of The Damned....



Children Of The Damned ni ada banyak memori kepada aku...antara lagu awal Maiden yang aku belajo main gitar selain The Trooper dan Aces High...antara lagu yang band aku zaman budak sekolah bawak gi jamming...struktur lagu yang jenis cengini memang aku suka...mula2 macam slow rock...tapi masuk pertengahan jadi heavy...sayang betul dorang tak bawak live lagu ni kat Spore tahun lepas...

Lagu2 lain yang wajib disebut kalau cerita pasal TNOTB adalah lagu yang sering jadi encore kat live dorang termasuk kat Singapura tahun lepas...."The Number of the Beast" dan  "Hallowed Be Thy Name"...lagu TNOTB ni la yang mempopularkan no 666 kat bebudak rock kan...kalau boleh plat kereta pun nak bid no 666...tapi setau aku dulu Muhyiddin Yassin ada plat no 666 ni...mungkin dia muda2 dulu dengo Maiden...hahaha...HBTN pulak tak tau apa nak cakap la...ni memang betul2 heavy metal masterpiece...klasik!

satu lagi..."Run to the Hills"...seingat aku video clip dia adalah yang ke 2 aku tengok selepas "Stranger In A Strange Land"....mana boleh lupa video clip ala2 charlie chaplin perang red indian naik basikal tu kan....lawak...dan tak lupa jugak..."22 Acacia Avenue"...kalau TNOTB buat rasa nak conteng no 666 kat mana2...tajuk lagu ni buat rasa apa2 borang ker atau sapa2 mintak alamat kita rasa nak tulis address ni jer kan...heheh...(aku tiap2 minggu ulang alik mersing...ada satu signboard tu ladang apa tah...ada tulis Acacia...setiap kali lalu mesti terngiang2 pulak lagu ni...haha..)




Cd aku ni versi 2 disc 1995...bonus disc tu ada 2 lagu...."Total Eclipse"...(lagu yang ramai fan komplen patut masuk dalam album bukannya lagu "Gangland")...dan "Remember Tomorrow" versi live...yang tak bestnya pada aku cuma cover art...aku lebih suka cover art background hitam macam remastered version...walaupun biru ni cover art yang ori...tapi yang hitam tu la yang ori Derek Riggs buat masa asalnya kan...takper la...mungkin aku tak cukup tegar untuk beli macan2 versi album ni...

tak kisah apa versi pun...yang pentingnya TNOTB ni memang "REKOMENDED"





8 comments:

  1. banyak shortform... sekali imbas macam Ijau tulis NKOTB....heheheh

    ReplyDelete
  2. STEP BY STEP > Hallowed Be Thy Name

    ReplyDelete
  3. banyak shortform...kena teka sikit album ape yang dimaksudkan...tapi nasib baik Iron Maiden my faveret band...

    ReplyDelete
  4. Aku sokong engko Encik Berteromber..salah satu album yang patut dimiliki oleh mereka yang mengaku kepala metal. Tapi aku lebih suka first two album...bagi aku metalnye agak punk sikit...

    ReplyDelete
  5. paling giler pasal lagu album ni bila zaman internet bermula, masih trading bootlegs pakai kaset pasal cdr belum popular.
    Satu orang dah post cakap Invaders dorang main kat New Zealand satu malam.
    Mau giler semua carik orang kat New Zealand untuk verify dan carik sapa ada tape tu show.
    Last2 cuma kabar angin je.

    ReplyDelete
  6. album yang memeningkan kepala steve harris dan iron maiden kerana dituduh sebuah band heavy metal yang memuja setan yang direjam!

    ReplyDelete