Monday, September 28, 2015

Revolusi Mental

Lagi cerita pasal album-album yang dikeluarkan semula dalam betuk cd


Dinamik - Revolusi Mental (1991) - Keluaran semula 2015

Sebuah lagi album yang dulunya tak berminat pun nak dengar apatah lagi kalau nak beli. Tapi semenjak adanya keluaran semula ni teringin pula nak mencuba.

Dulunya saya tak suka Dinamik. Lagu meleweh. Salahkan radio yang memutarkan lagu-lagu yang sebegitu. Tetapi perlu saya akui, lagu perlahan mereka masih ada bunyi distortion dan solo gitar yang bagus. Tetapi semenjak mendengar cd Revolusi Mental secara keseluruhan, perasaan saya berubah.

Tolak lagu-lagu yang meleweh ( 4 kesemuanya). Lagu-lagu lain sebenarnya agak bagus. Banyak pengaruh thrash dalam rif-rif mereka. Contohnya lagu "Syahid" . Lagu "Tahyul" pula ada riff ala-ala Metallica. (kalau terer...cuba teka lagu apa? :P )


Selain itu saya juga tertarik dengan lagu yang menjadi tajuk album "Revolusi Mental". Ala-ala heavy metal 80an. Saya bersetuju dengan Rafi Xyrus Zone yang lagu "Pesta Rock" mempunyai riff yang seakan akan dari Vito Bratta (White Lion).

Kesimpulannya pada saya (tolak 4 lagu slow yang meleweh) ini adalah sebuah album hard rock/heavy metal yang bagus. Terimakasih atas keluaran semula ini, jika tidak sudah pasti selamanya saya ingatkan Dinamik hanyalah sebuah band rock leleh.


P/s...ada sedikit kemusykilan, pada sesiapa yang tahu...Selain Nai, ada penyanyi lain kah yang menyanyi dalam album ini. Mengikut telinga amatur saya terdapat perbezaan suara dalam 2 lagu (kalau tak silaplah)...






8 comments:

  1. Haa..betul la ingat aku sorang je yg dengar suara mcm tu..pasal dulu kenal band ni melalui radio dengan lagu meleweh tu pasal tanak layan..heheh..

    ReplyDelete
  2. aku tengok macam dah jadi trend buat rilisan semula album2 rock 80-90an dalam bentuk CD, aku dah target medicine titian dan samad (juga feminin untukmu hehehe)

    harapnya viral rilisan semula ni tidak seperti melepas batuk di tangga

    ReplyDelete
  3. sy pun terpengaruh yg selama ini dinamik hanya popular dgn lagu leleh antara gadis yg byk kudis(teringat lirik ni ditokok tambah oleh kazen aku)...hahahahaa..tgk cover album mcm best je..

    ReplyDelete
  4. Selain Nai, 2 buah lgu len dlm album ni dinyanyikan oleh Mozri... iaitu lagu Rindu Rindu dan Tahyul... Mozri blah dri Dinamik semasa rakaman berlangsung...mungkin atas sebab kehendak penerbit mtk tukar vokalis... Klu tgk gambar kt belakang CD ni kt dua belah kiri tu la Mozri... aku suka dia nyanyi lagu Rindu Rindu ade gaya2 mcm lagu Sofea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq atas info...dah agak dah orang lain...suara tak sama...ok juga suara dia bawak lagu2 heavy...

      Delete
  5. Byk lagu bagus2 sebenarnya...cuma kita rasa mcm geli la nak dgr band2 90-an cam ni sebab lagu main kat radio leleh2...so kita ingat band2 tu lembik.. yg kita ni pon ego hahaha tu la bila reissu balik album2 dorang ni baru tahu sebenarnya dorang pon keras jugak hihihi

    ReplyDelete
  6. lagu top kat radio dok ulang yang tu ja. Syahid tu tak dengar pulak kat radio. Asyik2 antara gadis.

    ReplyDelete