Wednesday, August 31, 2016

Anak Merdeka

Sempena hari kemerdekaan..


Ella & The Boys - Anak Merdeka (1987keluaran semula 2016

Minggu ini genap sudah 29 tahun album ini dipasarkan. Ketika itu ianya bersempena dengan sambutan 30 tahun negara. Sayangnya jarang sungguh lagu yang menjadi tajuk album ini dapat kita dengar ketika negara menyambut ulangtahun kemerdekaan.

Bukan itu sahaja, album ke 2 Ella & The Boys ini juga agak kurang mendapat sambutan. Tak pasti dimana silapnya. Pada saya album ini lagu lagunya lebih baik dan sedap dari album pertama mereka. (pernah cerita dalam entri >sini< ) Mungkin juga kerana album ini terlalu cepat diterbitkan di saat orang belum puas dengan lagu Dua Insan Bercinta.


Selain anthem untuk hari merdeka, album ini juga mengandungi lagu anthem untuk hari ibu. Lagu Ibu nyanyian Lord liriknya memang sesuai untuk didedikasikan untuk para ibu. Lagunya pun sedap. Sayangnya seperti Anak Merdeka ianya kurang dipromosikan.

Pernah memilikinya dalam bentuk kaset. Tetapi di waktu itu tengah kemaruk dengan lagu rock inggeris, maka ianya tidak diendahkan sangat. Tetapi jujurnya hanya betul betul menghayatinya beberapa tahun yang lalu. Tak sangka pula ianya "grower". Makin lama dengar makin sedap. Lord memang seorang komposer yang bagus. Walaupun dah ada kesemua lagu lagunya dalam cd kompilasi Ella & The Boys tetapi memilikinya dengan cover yang asal adalah satu kemestian bagi mana mana album yang ada memorinya.

Saya berharap idea untuk menghidupkan semula Battle of the Bands akan menjadi kenyataan. Teringin nak dengar Ella menyanyikan semula lagu lagu dari album ini. Banyak lagu lagunya yang pada saya lebih sedap dan rockin' dari zaman solo beliau.





6 comments:

  1. Cd ni aku pun nak kumpul buat kenangan. Jangan abis dah la. Hahaha. Lefthanded first album aku takde lagi ok. Abis cepat

    ReplyDelete
  2. hahaha... dah nak komen baru perasan ni entri blog bert, ingatkan entri rafi xyrus

    teringat show ella lantera muzik di TV1 minggu lepas, siap overtime 10-15 minit gara2 penonton

    ReplyDelete
  3. Tu la album ni tak dpt sambutan.padahal boleh tahan best

    ReplyDelete
  4. Album ke 2 Ella n da boys ni memang favorite aku dulu dulu.. Tapi sayang kan, Band ni cuma Ada 2 album ajer, lepas tu Ella keluar Dan diganti pulak oleh Shima.. Dan lepas shima keluar, dah tukar nama jadi Lord Justice, pas tu menyepi, and lastly jadi pulak nama Lord n The Boys.

    ReplyDelete
  5. Dah ada cd Terunggul (2010) dan The Best Of E&TB (1997), jadi memang skip kedua2 album keluaran semula E&TB nie..

    harap lepas nie, adalah pula album keluaran semula Lord Justice...

    ReplyDelete