Monday, August 22, 2016

The Dark Saga

Yang dah 20 tahun pada 23hb Julai yang lalu.


Iced Earth - The Dark Saga (1996)

Ini adalah antara yang menarik untuk peminat heavy metal di tahun 1996. Album ke 4 Iced Earth yang berdasarkan komik Spawn ini pada saya adalah penyambung nyawa heavy metal di zaman kegelapan pertengahan 90an. Sayangnya saya terlambat mengikuti muzik mereka. Hanya bermula ketika album Something Wicked This Way Comes (1998). Kalau tidak sudah tentu muzik di tahun 1996 tidaklah terlalu bosan sangat untuk saya.

Walaupun ada yang beranggapan Iced Earth telah berubah menjadi lebih melodic dan tidak lagi sekeras seperti 3 album sebelumnya, tetapi bagi saya ianya jauh lebih bagus dari apa yang ada di pasaran pada ketika itu. Mungkin untuk standard Iced Earth, ianya bolehlah dikatakan sedikit perlahan. Tetapi jika anda peminat heavy metal, ianya masih boleh di maafkan.


Bukan thrashing power metal seperti sebelumnya tetapi saya suka melodi lagu lagunya. Mereka masih ada rif-rif thrash pada beberapa lagu rancak mereka seperti The Dark Saga contohnya. Violate dan The Hunter pun bagus. Tetapi lagu di track-track terakhir kecuali A Question Heaven agak kurang menyengat. Tetapi saya cukup tertarik dengan lagu Died For You. Power ballad yang memang power!!!

Terbaik dari Matt Barlow. Suka atau tidak, tiada siapa yang boleh menafikan yang The Dark Saga adalah antara persembahan vokal terbaik beliau.





11 comments:

  1. belakang imago aku ada sticker the dark saga, tapi aku takde pulak album ni... kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Yg ni memang aku baru tau.nanti aku cekidot.sejak frust dengan album load n roots sepultura.tahun 96 mmg tak ceria langsung buat aku..heheh

    ReplyDelete
  3. Kalau di zaman era pertengahan tahun 90an dulu, selain iced earth, aku suka layan jugak Band Band seperti - rhapsody of Fire, gamma ray dan juga arch enemy.. Gitu Al kisahnya.. Dan Satu lagi adalah ziana zain.. Hehe

    ReplyDelete
  4. dulu pernah ada niat nk beli kaset iced earth(zaman xde youtube...tp ntah smp skrg x tebeli2...

    ReplyDelete
  5. "I Died for You" konflik cinta 3 segi Jon Schaffer... hehehe

    ReplyDelete
  6. Matt Barlow keluar dari iced Earth, aku terus tak dengar sey album2 lepas tu...
    best Iced Earth zaman dulu.

    ReplyDelete
  7. Awak tanak cerita 20 tahun yg lepas baru kenal internet, mula create 1st akaun e-mail dan jinak2 ngan chatting (mIRC)?

    ReplyDelete
  8. Awak tanak cerita 20 tahun yg lepas baru kenal internet, mula create 1st akaun e-mail dan jinak2 ngan chatting (mIRC)?

    ReplyDelete