Monday, September 26, 2016

Triumph or Agony

Yang menyambut ulang tahun ke 10 pada hari ini, 26hb September...


Rhapsody of Fire - Triumph or Agony (2006)

Ini adalah bandnya yang membuatkan saya kembali mendengar dan membeli muzik terutamanya metal selepas konon-kononnya nak pencen selepas berkahwin dan mendapat anak pada hujung 90an.

Lagu Dawn Of Victory dari album Rhapsody - Dawn Of Victory (2000) benar-benar membuka selera saya untuk kembali terjebak dengan hobi duniawi ini. Pada saya muzik symphonic power metal pembawaan band bangsa Itali ini benar-benar kena dengan jiwa. Maklumlah zaman tersebut adalah zaman Nu Metal. Genre yang agak kurang berkenan di hati.


Tetapi bila terdengar muzik Rhapsody, ianya mengingatkan saya kepada heavy metal lama ala Monowar dan dicampur pula dengan neoclassical metal ala Yngwie Malmsteen. Muzik sebegini membuatkan semangat kembali berkobar-kobar. Dan dari situlah bermulanya minat saya pada Rhapsody dan genre power metal secara amnya.

Triumph or Agony adalah album ke 7 mereka. Album pertama yang mereka terpaksa menggunakan nama Rhapsody Of Fire atas isu copyright. Ianya sebuah album yang sedikit berbeza dari Rhapsody yang lama. Muzik dan soundnya masih Rhapsody tetapi elemen "speed"nya sudah berkurangan. Lagu-lagunya lebih kepada mid tempo di mana mereka lebih mengutamakan elemen symphonic dan theatrical membuatkan kita merasa seolah-olah di dalam soundtrack sebuah filem.


Walaupun begitu susah nak cakap ianya tak sedap. Banyak lagu lagunya bagus. Tak kisah lah kalau  Luca Turilli sedikit kurang dengan gitar solonya. Tak kisahlah juga kalau kurang perisa "power metal' nya. Tetapi lagu-lagunya sememangnya mempunyai melodi yang cukup kuat. Sukar nak pilih lagu mana yang paling digemari. Semua menarik.

Sesuai untuk pengemar genre symphonic power metal tetapi saya tak pasti samada semua pengemar Rhapsody yang lama dapat menerimanya...




5 comments:

  1. Yg ni mmg langsung aku taktau.tq nanti aku cekidot

    ReplyDelete
  2. Music diorang rich.. mcm world music tapi penuh .. dengan dramatic.. suara.. wheww

    ReplyDelete
  3. selain dari glam metal, aku juga turut meminati irama symphonic power metal nie.. tapi aku lebih prefer pada band Arch Enemy (genre melodic death metal).. solo merdu dari gitaris michael amott memang benar2 memukau.. dahsyat band Arch Enemy ini.. aku fully rekomen pada Berteromber.. huhu

    ReplyDelete