Wednesday, May 17, 2017

Girls Girls Girls

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 15hb Mei yang lalu...


Motley Crue - Girls Girls Girls (1987)

Lagi kenangan dari zaman muda mudi. Ini album Motley Crue penuh saya yang pertama. Seperti biasa versi lanun Apache. Sebelum itu sekadar mempunyai kaset best of lagu-lagu menarik dari 3 album pertama. Juga versi Apache.

masih simpan kaset ni...suka-suka dia guna cover macam ni...tapi ingat lagi yang Arwah Juwie pun pernah guna gambar ni untuk poster kat ruangan  dia di surat khabar Mingguan Malaysia...hebat zaman tu.....

Ianya agak berlainan dari 3 album awal mereka tak kira dari segi lagu mahupun imej mereka. Ada pengaruh blues dan tiada lagi imej setan malah pakaian mereka lebih glamour sesuai dengan tema glam metal yang sedang memuncak pada zaman tersebut.


Namun begitu soundnya lebih berat berbanding Theatre Of Pain yang lebih komersial. Album bajet besar ini terus menduduki tangga ke 2 carta Top 200 Billboards pada minggu pertama ianya diedarkan.

Walaupun bukannya album kegemaran, (saya lebih menyukai sound raw 2 album awal mereka) tetapi lagu lagu seperti Wild Side, Girls Girls Girls, All In The Name Of... dan 2 lagu perlahan Nona dan You're All I Need memang sedap.


Seperkara yang kalau anda perasan, Sofea(SYJ) dizaman Fancy, lagunya banyak terpengaruh dengan album ini. Cover Anak Liar pun guna motor besar ala-ala cover album ini...




4 comments:

  1. Baru baca kt page metal hammer pasal album ni.kaset apache tu mmg betul2 rare

    ReplyDelete
  2. hebat2 album yg rilis 30tahun lalu..

    ReplyDelete
  3. BELOM ADA REZEKI NAK BELI CD DIA,CUMA ADA VERSI MP3 FULL ALBUM JE..

    ReplyDelete
  4. Aku suka tapi menyampah nni band.
    Masa last show Singapore aku tak mau pegi
    Aku geli tengok dvd live dorang haha,
    Tapi aku suka dr feelgood
    Dan aku damn vince neil tu yang kasi sapa eksiden tu dia mabuk? Haha

    ReplyDelete