Friday, May 26, 2017

Live & Let Die.. a tribute to Roger Moore dan Chriss Cornell

Semakin meningkat usia semakin ramai hero dari zaman kanak-kanak kita dah tiada. Kita yang dulu budak pun dah semakin meningkat usia, apatah lagi mereka.

Yang terkini meninggalkan kita adalah Roger Moore. Mungkin bukan hero dan tidak dikenali untuk generasi sekarang tetapi bagi sesiapa yang seusia saya, pastinya beliau adalah James Bond untuk generasi kami.


For Your Eyes Only (1981) adalah filem James Bond pertama saya. Bukan yang pertama ditonton, tetapi yang pertama mengenalkan saya kepada watak James Bond dan Roger Moore. Saya yang pada ketika itu hanya berumur 10 tahun dan tak tahu apa-apa pun pasal filem turut merasa tempiasnya. Duduk Felda mana nak tengok wayangnya, tetapi ianya kalau zaman sekarang dipanggil sebagai viral atau trending sehinggakan kanak-kanak di ceruk Felda seperti saya pun tahu mengenainya.


Octopussy (1983) pula yang kedua. Tetapi tetap juga tak berpeluang menonton filemnya. Kemajuannya masa tu dah pandai dah nak tengok Bond Girls. Ketika itus Maud Adams menjadi sebutan (hahaha..). Tetapi yang betul-betul berpeluang menonton ketika tahun ianya dikeluarkan adalah A View To A Kill (1985). Masa ni Tanya Roberts (nyum..nyum..) Zaman menyewa video tape VHS. Tambah-tambah pula lagu yang menjadi tajuk soundtracknya di nyanyikan oleh Duran Duran. Masa ni memang tengah kemaruk new wave dan Duran Duran.


Sayangnya itulah filem James Bond terakhir dari Roger Moore. Saya pula semakin kurang mengikuti perjalanan karier beliau selepas dari itu. Maklumlah dah masuk alam remaja, dah ada pula hero yang baru yang lebih muda...

Apa-apa pun terimakasih Roger Moore kerana pernah hadir di zaman kanak-kanak saya. Beliau selamanya adalah James Bond untuk saya.


Sir Roger George Moore KBE (14 October 1927 – 23 May 2017)



Kebetulan pelakon James Bond dan penyanyi yang pernah menyanyikan soundtrack filem James Bond mati pada bulan yang sama...


Entri Ringkas....tribute to Chriss Cornell

Bukanlah peminat tegar Chriss Cornell, Soundgarden ataupun grunge. Tak berapa tahu juga pasal Audioslave. Tetapi bila dah hidup di zaman grunge sedang berada di kemuncak. Sedikit tempias tu terkena juga. Dalam banyak-banyak band grunge, Soundgarden lah yang paling banyak koleksinya saya miliki.

Terimakasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada kenangan zaman remaja. Minat ke tidak, poster beliau pernah juga tertampal di dinding bilik ketika saya menuntut di IPTA...


Kenangan zaman jahiliyah…Tahun 91 atau 92…Chriss Cornell atas Kirk Hammett bawah...yang hujung tu Mas Anizan…hahaha…


Thanks for the music!
Christopher John Boyle (Cornell) July 20, 1964 – May 18, 2017



6 comments:

  1. djaman roger moore filem bond yg paling aku minat ialah moonraker

    ReplyDelete
  2. Mas anizan yg takleh tahan tu..hahah.mcm mana bole ada signboard jementah tangkak muar tu?
    Filem zaman roger moore yg aku suka a view to a kill

    ReplyDelete
  3. Aku tak pasti film James Bond yg first tengok Roger Moore atau Sean Connery...tapi satu lagi siri yg pernah layan ialah The Saint, Moore sbg Simon Templar

    ReplyDelete
  4. ya setuju.
    ROger Moore is zaman aku nye James Bond. Sean Connery is like tua.
    Lepas tu yang Timothy Dalton tu kan...
    Soundgarden ni, aku gi kedai cd, sound sistem best, seronok dengar. pakai speaker cap itik, atau speaker dari laptop. hancur

    ReplyDelete
  5. tomorow never dies klu james bond pertama aku tengok

    ReplyDelete
  6. Tak berapa follow filem2 Bond. Tapi kematian Chris Cornell memang mengejutkan sebab tengok gaya dia dlm jangka 10 tahun lepas yg dah sober, tak merokok dan hubungan baik dgn anak2 dia, dia sepatutnya hidup lagi lama

    ReplyDelete