30 tahun pada 5hb September yang lalu,,
Lizzy Borden - Visual Lies (1987)
Setiap kali buka youtube, tengok video clip Twisted Sister, WASP atau Lizzy Borden...memang rasa rindu sangat nak balik tahun 80an. Mungkin generasi sekarang mencebek mengejek. Hanya mat rock yang membesar di zaman 80an yang akan faham.
Lizzy Borden bolehlah dikatakan seangkatan atau lewat sedikit dengan Twisted Sister dan WASP. Kenapa disebut 2 band ini adalah kerana imej Lizzy Borden memang seakan-akan sama dengan 2 band tersebut. Tetapi tak pasti di mana silapnya mereka agak kurang menonjol.
Kalau nak kata lagu tak sedap, cuba dengarkan "Me Against The World". Punya la sedap. Setanding dengan "We're Not Gonna Take It" ataupun "L.O.V.E Machine". Nak kata bab vokal, Lizzy Borden punya suara memang "on par" dengan Dee Snider mahupun Blackie Lawless. Malah gitarisnya, Joe Holmes pernah jagi pengganti Jason Becker dalam David Lee Roth Band dan juga pengganti Zakk Wylde untuk Ozzy Osbourne. Makanya bukan calang-calang pemuzik.
Mungkin kekurangan mereka kerana tiadanya lagu-lagu power ballad /slow rock ala "The Price" ataupun "Sleeping (in the fire)" untuk mereka menembusi pasaran mainstream. Contohnya album Visual Lies, memang tak ada satu pun lagu slow. Yang ada pun setakat mid tempo.
Apa-apa pun album sebegini sememangnya menjadi kegemaran saya ketika awal remaja dahulu sebelum mula terjerumus dengan muzik metal yang lebih ekstrim.
Dulu logo band ni selalu ada dlm majalah gila gila.
ReplyDeleteSedap juga diorg nie..memang aku terlepas pandang grup nie..
ReplyDelete