Tuesday, March 6, 2018

Born to Touch Your Feelings

Lagi dari pembelian tahun lepas...


Scorpions - Born to Touch Your Feelings: Best of Rock Ballads (2017)

Rasanya ini album kompilasi mereka yang ke 4 atau mungkin yang ke 5 pernah saya saya miliki. Itu belum kira yang unofficial, bootleg dan pirate. Tapi sama macam kes Iron Maiden dan album live mereka, bila keluar tetap beli juga.

Mikkey Dee dan 2 lagu baru ( Melrose Avenue dan Always Be With You) adalah tarikan utama untuk membeli. Sebenarnya kalau kira "Send Me An Angel" versi akustik dan rakaman semula "Follow Your Heart" ada 4 lagu yang Mikkey terlibat. Tapi disebabkan kesemuanya lagu-lagu slow, tak adalah kesannya sangat. Tetapi yang pastinya Rudolf Schenker, Matthias Jabs dan Klaus Meine masih mampu menghasilkan lagu-lagu balada rock yang sedap.


Selain itu, kesemua lagu-lagu dari cd ini adalah versi yang berbeza dari versi studio album yang asal. Ianya samada versi remaster 2105, unplugged, comeblack, radio edit, single edit ataupun akustik.

Satu lagi yang menarik selain lagu-lagu wajib, adalah "Lonely Night". Pada saya ini adalah antara lagu slow rock terbaik mereka dari era 90an. Selain itu ianya juga menampilkan 3 lagu dari Return To Forever. Lagu-lagu yang patut diberi peluang untuk menjadi lagu klasik mereka selain lagu-lagu dari era 90an dan kebawah.




7 comments:

  1. Aku suka komen last ayat tu, peminat2 kena kasi peluang band2 yang mereka minat untuk beri peluang lagu2 baru sebagai klassik. Dan Return To Forever penuh dengan lagu yang boleh jadi classic.
    Contoh paling clear ialah iron maiden Wickerman. Walau dari tahun 2000, tapi ni lagu dah dianggap klassik sederet lagu awal 80an macam Trooper,

    ReplyDelete
  2. nak buat cemana.. lagu baru tue tak jadi instant classic dan xleh kejar lagu sedia evergreen depa..

    instant classic cth lagu FROZEN kartun disney tu laa..

    SInce You Gone mmg favoeret karaoke kehkeh

    ReplyDelete
  3. yang ni kalo jumpa aku beli.ada mikey dee kira ok la

    ReplyDelete