Wednesday, April 18, 2018

Jim Madasamy

2,3 hari lepas dapat khabar berita sedih yang Jim Madasamy, bassist kumpulan Blues Gang telah meninggal dunia. Di kala usia yang semakin meningkat, satu demi satu hero saya di zaman kanak-kanak telah meninggalkan kita.

Tidak boleh dinafikan yang Blues Gang adalah salah satu pengaruh besar kepada saya ketika di zaman kanak-kanak. Lagu-lagu mereka dari album Blues Gang (1981), Ada Lagi (1982), Khatulistiwa (1983) dan Sakit Sakit Sakit (1985) adalah soundtrack kehidupan kanak-kanak saya. Mendengar lagu-lagu mereka dari zaman tersebut sudah pastinya memori zaman sekolah rendah saya akan terbayang satu persatu.

Satu-satunya cd mereka yang saya ada. Double disc "Biografi" terbitan tahun 2011
Sebelum saya mula terjebak dengan muzik rock. Blues Gang adalah salah satu band kegemaran. Saya lebih menyukai mereka dari kumpulan Kembara. Sayangnya sehingga ke hari ini saya masih ternanti-nanti bilakah agaknya album-album mereka akan dikeluarkan atau di reissue semula....

Jim Madasamay adalah antara pemain bass yang menjadi rujukan saya. Maklumlah saya juga bermain bass pada suatu ketika dahulu. Tetapi oleh kerana saya adalah seorang yang "jari bangku". Adalah lebih untuk saya menjadi pendengar muzik dari bermain muzik. Lagu "Katakan" adalah antara lagu pertama yang saya belajar untuk bermain bass. Suka sungguh saya dengan permainan bass beliau dalam lagu ini. Lazat! Ianya sentiasa menjadi lagu "warm-up" untuk saya setiap kali memegang gitar pada satu masa dahulu.




Selamat Tinggal The True Blues Man Jim Madasamy. 
Thanks for the music.



2 comments:

  1. RIP blues man legend.tapi betul la album blues gang je takda reissue eh

    ReplyDelete
  2. kalau julian mokhtar pula antara musician yang aktif dalam jamtank

    ReplyDelete