Sunday, August 12, 2018

Sudah Sampai Sini - Ho Chi Minh

Lama dah tak buat cerita sudah sampai sini...kali ni versi ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam


Vietnam ni bagi sesiapa peminat cerita perang pasti boleh terbayang dah macamana rupa negaranya. Macamana rupa orangnya. Ok... rupa orang tak payah pergi Vietnam...kat sini pun dah melambak orang dia...Cleaner kat opis ni pun Vietnam.


Satu yang perasannya, kat Bandar Ho Chi Minh ni sukar nak jumpa tulisan bahasa Inggeris. Signboardnya semua bahasa Vietnam. Penduduknya juga tidak fasih berbahasa inggeris. Agak sukar juga hendak berkomunikasi. Dua tiga kali naik Grab, semua pemandunya tidak faham bahasa inggeris.


Vietnam pun ada tol. Yang rasa janggal sedikit kereta di sini sterengnya di sebelah kiri. Macam di US. Maka jalanraya nya semua terbalik. Paling lawak masa ambil Grab, dengan konfidennya bukak pintu depan belah kiri nak masuk. Rupa-rupanya itu belah driver...Membebel driver Grab tu ingat kita nak bawak kereta dia pulak...hahaha...


Tak pasti ni bangunan apa. Temple kot. Nampak unik ambil jer gambarnya.


Banyak juga bangunan-bangunan yang unik di Ho Chin Minh ni. Senibinanya cantik. Tangkap jer la gambar. Hotel penginapan berdekatan dengan lapangan terbang yang berada di kawasan bandar. Tak ada berjalan kemana sangat. Makanya memang tak jumpalah kawasan luar bandar macam cerita-cerita perang Vietnam tu.


Budak lelaki..minat cerita perang...tak tau menatang ni memang tak tau nak kata apa..haha... Syiok oo dapat tengok depan mata masa melawat War Remnants Museum. Nanti la cerita lebih detail pasal ni kat entri lain


Salah satu yang popular di Vietnam adalah kopi. Katanya memang antara yang tersedap di dunia. Siapa peminat kopi boleh la cuba.


Antara tempat wajib untuk di lawati. Saigon Central Post Office. Yang jadi tarikan adalah kerana senibinanya. Memang klasik. Ala Gothic zaman Renaissance.


Ianya dibina sekitar tahun 1886-1891 ketika Vietnam di bawah jajahan Peranchis. Khabarnya arkitek yang mereka bangunan ini adalah orang yang sama merekacipta Eiffel Tower.


Keadaan di dalamnya. Memang nampak gah. 


Memang lawa senibinanya.


Yang menariknya pejabat pos ini semangnya masih berfungsi. Memang ada staff pejabat pos yang sedang berkerja. Boleh sahaja kalau nak menghantar poskad ke Malaysia. Mereka pun dah biasa agaknya bekerja dengan keadaan pelancong sibuk mengambil gambar.


Ini pula Saigon Notre Dame Cathedral. Terletak betul-betul dihadapan pejabat pos. Satu lagi kesan peninggalan zaman Peranchis di Vietnam.


Di sana banyak kaum wanita meniaga makanan atas kereta tolak macam ni. Tak pasti apa yang dia jual. Tak berani dan tak teringin nak cuba.

Ok sambung lagi nanti...



4 comments:

  1. Ada jumpa gambar cover album sodom agent orange tak dekat war remnants museum? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terngiang-ngiang lagu Agent Orange masa kat situ..heheh...

      Delete
  2. senang ker nak cari makanan minuman halal kat sana bert ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat area night market yang banyak jual tudung tu ada kedai makan muslim...boleh cakap melayu jer pun...

      Delete