Wednesday, November 21, 2018

Timur Barat - vinyl

Yang terkini di pasaran...


XPDC - Timur Barat (vinyl 2018)

Selepas Darjah Satu, kini giliran Timur Barat pula di piringhitamkan. Lama tunggu. Setahun lebih. Tak silap Darjah satu dipiringhitamkan pada bulan Februari tahun lepas. Tapi ok la, sempat kumpul duit.


Dari segi sound memang banyak kemajuan berbanding dengan Darjah Satu. d'Atok Akeem dari Otai Art Studio telah melakukan kerja yang baik. Re-remastering dari beliau memang sentiasa terbaik. Tabik!



Dari segi harga memang terus terang rasa mahal. Main lp lagu melayu ni memang dah jadi hobi yang mahal. Tapi bab berbaloi ker tidak, itu terpulang pada diri masing-masing. Tepuk dada tanya selera dan raba poket. Letih lah nak berbalah pasal harga ni.



Harapnya lepas ini giliran Brutal dan Kita Pengyu. Lama lagi pun tak apa. Memang sesak nafas la kalau tiap-tiap bulan keluar lp harga macam ni. Memang mampu tengok jer la...



7 comments:

  1. Mantap bro, boleh beli 6/7 cd gold reissue nie, he he..

    LP2 reissue sblm nie takda masalah skip lagu ke?? mungkin cd je kot kena problem ni, frust juga dgn cd gold kita peng-yu lagu last tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takder skip...kecuali piring dah kotor...heheh...

      Delete
    2. Overseanya QC mesti ok, localnya hampeh..

      Delete
  2. Aku lupa jugak LP ni aku ada atau belum

    ReplyDelete