Friday, December 14, 2018

Death - Discography

Lagi posting berkenaan discography. Kali ini sempena 17 tahun pemergian Chuck Schuldiner.


Death adalah antara band terawal genre death metal yang saya dengar. Ketika itu (sekitar tahun 1990), semua pun dipanggil thrash. Bertambah minat dengan mereka apabila mereka menjadi semakin teknikal.


Namun begitu saya tidak pernah memiliki kaset mereka. Masalah kekangan kewangan seorang pelajar. Semua pun pinjam kawan

Tetapi bila dah tua-tua ni, ada rezeki lebih perlahan-lahan mula mengumpul. Akhirnya berjaya juga memiliki kesemua album studio mereka.


Chuck Schuldiner ( May 13, 1967 - Dec, 13 2001)

Terimakasih Chuck kerana muzik anda menjadi peneman dan soundtrack kehidupan remaja saya.




3 comments:

  1. serius, aku tak pernah dengar lagu2 death...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dengar boleh give up main gitar...hahaha

      Delete
  2. Antara kaset terawal dibeli ialah Death - Leprosy, jd ada kenangan gakla dgn grup ni..lepastu kaset bg kat member sbb takleh masuk dgn jiwa..he he..

    ReplyDelete