Thursday, December 6, 2018

Doa



XPDC - Doa (2018)

Malas rasanya nak sentuh pasal siapa yang berhak guna nama XPDC. Dah hak nama tu Life Records yang pegang. Nak buat macamana. Kalau dia nak bagi Aiman Tino guna pun siapa yang boleh larang...kahhhhhh..

Pengasas macam Max Cavalera dan Mike Portnoy pun tak dapat nak guna nama band yang mereka asas. Ni dah dapat guna ni buatlah kerja. Mana-mana pun janji bagus akan tetap ada peminat yang sokong.


Ok berbalik kepada cd Doa. Hampir 2 minggu juga mendalami cd ini. Kali pertama dengar dah memang terus boleh suka lagu-lagu beratnya. Maklumlah, bunyi Metallica. Tetapi yang paling utama, ianya masih berbunyi XPDC. Recycle atau tidak, memang inilah trademark XPDC. Izo telah memilih jalan yang betul. Bayangkan kalau Izo berexperimen atau berevolusi dengan genre yang lain. Memang sah-sah ianya akan di chop sebagai XPDC celop. 😁

Lagu beratnya memang lebih Metallica dari Metallica.  "Akhlak" dan "Adu Domba" pasti akan membuatkan peminat zaman Brutal gembira. Lagu “Akhir Zaman” ada sedikit pengaruh Pantera. Manakala “Silaturahim” seperti membawa kita kembali ke zaman Samurai.


Lagu-lagu mid-tempo seperti "Rahmah" dan "Kata Pepatah" juga bagus. Tak kisahlah jikanya ada bahagian yang copy paste. Yang penting sedap. Begitu juga lagu- lagu perlahannya, "Cinta Abadi", "Doa" dan "Ranum". Dengar banyak kali makin sedap. Melodic. Cumanya saya agak kurang gemar dengan “Sentosa”. Sekali “Apa Nak Di Kata” pada saya sudah cukup. 2 kali jadi bosan.

Kesimpulannya semua cukup. Semuanya ok. Satu dua lagu filler tidak menganggu perjalanan album. Izo telah membuktikan tanpa Arwah JS Kevin, beliau berjaya mengalas tugas komposer dengan baik. Lirik juga penuh bermesej ketuhanan dan kemanusian. Tabik!

Yang jadi masaalahnya jika anda adalah peminat hardcore vokal Mael. Sedap tak sedap dah bukan jadi ukuran. Kalau Samurai dan V6 pun anda tak boleh nak terima. Apatah lagi yang ini. Haters gonna hate!


Tunggu versi Mael pula. Harap-harap ada lah nanti di jual kepada peminat yang tak pre order seperti saya. Tak mahu tshirt, tak mahu tiket konsert juga. Yang saya mahu hanya cdnya.

Dengan harga yang sebegitu. Harapnya ia berbaloi. Izo telah meletakkan aras tanda yang tinggi. Terpulang pada team Mael untuk mengatasinya.


*untuk rekod...jangan nak kata bias ker apa...kalau mengikuti blog ini dari awal tentu tahu yang pemilik blog ini adalah peminat vokal Mael...



7 comments:

  1. Album ni sedap.. chop mohor xpdc tu sendiri kekal dari album darjah satu sampai la doa..

    ReplyDelete
  2. Aku dah tak boleh review dah..semua yang aku nak cakap ko dah tulis..welldone bro😁

    ReplyDelete
  3. Mmg x salah la org ckp xpdc ni metallica malaysia..

    ReplyDelete
  4. 90% setuju dengan ulasan kau ni bro..

    ReplyDelete
  5. Lagi suka album V6, Doa mungkin lbh skit dr Samurai kalau ikut selera akulah..suara Mael memang lagi sedap, yg Ali pula tak suka bila lagu2 slow tu suara macam Amy itu ja..

    ReplyDelete
  6. Aku lupa la samada aku dah dengar atau belum cd ni

    ReplyDelete