Wednesday, January 30, 2019
30 tahun yang lalu...(Pt 2)
Sambungan dari >SINI<
1989...baru habis sekolah. Zaman hidup masih simple. Tahun yang tengah kemaruk dengan muzik metal. Duit pun tak ada. Sambil tunggu keputusan SPM, Pergi lah kerja kilang . Kilang kuih kat Taman Johor Jaya. Lepas la duit untuk beli kaset.
Lepas tu dapat panggilan ke ITM. Mak bagi duit belanja diam-diam buat beli walkman (haha..). RM35 jer kalau tak silap. Jenama Phillips..Itulah yang jadi peneman sepanjang belajar di ITM.
Tahun tu memang banyak album yang best. Tak tau lah samada memang masa tu semuanya betul-betul best ataupun dah ianya zaman kita dan itu yang hari-hari di dengar. Maka memanglah kita rasa best. Alaa...semua orang pun kata zaman dia best..haha...
Seperti entri sebelumnya...ini adalah antara album-album berjaya di"cd"kan dari tahun tersebut. Ada yang dulunya hanya sekadar dengar nama. Maklum lah duit pun tak berapa nak ada. Ada pula yang kasetnya memang tak masuk Malaysia pun. Dulu mana ada nak beli on-line. Dapat dengar band yang pelik-pelik pun biasanya bila ada kawan atau abang kawan yang baru balik belajar oversea yang kenalkan.
Ini adalah contoh. Teringin nak dengar. tapi tak ada jual kasetnya di Malaysia. Yang Savatage - Gutter Ballet tu pula contoh abang kawan yang baru balik belajar dari USA yang kenalkan.
Macam genre thrash, genre glam metal, hair metal, 80s metal, rock kangkang...tak kira la apa yang korang panggil pun semua best-best..
Genre macam ni banyak yang kasetnya masuk Malaysia. Rasanya hanya Lizzy Borden - Master of Disguise yang tak pernah nampak kasetnya di kedai.
Kebanyakannya ni dulu ada kasetnya. Ada yang masih simpan dan ada yang ntah kemana hilangnya. Semua suka ni. Sampai sekarang masih dengar.
Yang rock 70an buat comeback pun banyak yang menjadi. Paling top dah tentulah Whitesnake. Alice Cooper pun boleh tahan.
Masa ni tak pandai "true" lagi. Semua pun layan. Tak kira la thrash ker AOR ker...layan jer semua. Janji sedap. Masa tu genre ni tak penting sangat. Semua pun orang panggil rock. Perkatan "poser" pun tak pernah dengar. Tapi selepas tu...masuk 1990...mulalah diskrimasi dan label melabel...ada yang kena ketawa kalau tau yang selain Sepultura, kau juga dengar Bad English...haha...
-The memory remains-
Labels:
1989,
cd,
Piece Of Mind,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Sunday, January 27, 2019
30 tahun yang lalu (1989)...
1989 adalah antara tahun yang paling menarik jika anda adalah peminat muzik rock dan metal. Tambah pula jika anda dapat melalui tahun tersebut. Banyak betul album yang bagus. Banyak betul album yang sedap. Banyak betul album yang menjadi ikon sehingga hari ini.
Tak kira apa genre pun. Yang thrash...
No big four... No problem.!
Banyak yang underrated...
Yang lebih extreme...
Memang semua pun best..
Bersambung...
Memang semua pun best..
Bersambung...
Labels:
1989,
cd,
Piece Of Mind,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Tuesday, January 22, 2019
Black Sabbath discography
Masa entri Manowar 3 bulan yang lalu ada sebut yang saya tak cukup lagi 3 album untuk melengkapkan discography Black Sabbath...
Tetapi akhirnya...tadaaaaa...
Cukup sudah 19 studio album Black Sabbath dalam bentuk Cd. Jangan mengatal nak buat giler format dah la... Haha..
Dalam banyak-banyak tu biasalah ada yang suka dan tidak. Tapi dah namanya pun hobi kan...beli jer la semua.
Next target mungkin KISS. Ini pun rasanya ada dalam 3 atau 4 album yang tak cukup...

Thursday, January 17, 2019
Cruel Magic
Antara yang digemari dari tahun lepas...
Satan - Cruel Magic (2018)
2018 adalah tahun yang baik untuk orang-orangtua lama dan mereka yang selera muziknya masih tersangkut di era 80an. Banyak band-band lama yang kembali mengeluarkan album. Salah satu yang menarik adalah Satan.
Satan - Cruel Magic (2018)
2018 adalah tahun yang baik untuk orang-orang
Peminat NWOBHM pasti biasa dengan band ini. Seperti Tokyo Blade, mereka juga adalah sekumpulan orang-orang tua yang masih enjoy menghasilkan muzik baru. Muzik baru di sini bukanlah bermaksud muzik rock atau metal anak muda masa kini. Mereka tetap dengan cara lama. Lejen seperti mereka tak perlukan muzik trendy. Tak kisahlah kalau ada yang kata kita kena berubah.
Bukan nak kata muzik sekarang tak sedap. Tapi itu biar lah BTS, Blackpink atau Masdo yang buat. 😁. Kalau Satan memang kita mahukan muzik NWOBHM!.
Makin tua makin berisi. Selepas Blind Fury, Pariah, Skyclad dan tak lupa Blitzkrieg, mereka kembali bersama. Memang semua lagu sedap. Rif dan twin gitar solo dari Russ Tippins dan Steve Ramsey pun masih menyengat. Beginilah muzik heavy metal yang sepatutnya. Pengalaman orang lama memang tidak boleh disanggah.
Sebagai peminat genre yang sebegini, ianya memang kena dengan selera. Salah satu album kegemaran untuk tahun 2018. Sangat best!

Monday, January 14, 2019
Gila Format - Alice in Hell
Vinyl ini adalah pembelian terakhir dari tahun 2018. Seperti biasa, sesuatu album itu tidak akan di gila formatkan kalau ianya bukan sesuatu yang digemari.
30 tahun dah berlalu. Masih teringat kali pertama mendengar petikan gitar akustik Jeff Waters untuk lagu Crystal Ann di kedai kaset Climex Music (kalau tak silap namanya) di Komtar, JB. Tak banyak cerita terus beli. Dan ianya masih sebuah album yang dimainkan dan digemari sehingga kini.
***untuk rekod...dah masuk hari ke 14 untuk tahun baru. Masih belum ada pembelian cd/lp/kaset yang baru..😀..ntah berapa lama boleh bertahan sebelum tangan kembali menggigil nak membeli...hahaha...
Labels:
1989,
2018,
Annihilator,
cd,
gila format,
kaset,
LP,
Piece Of Mind,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Wednesday, January 9, 2019
Si Gadis Ayu 2
Lagi draf yang tertinggal dari tahun lepas...kebetulan pula hari ini versi reissue cd gold disc album akan di edarkan...
Black Dog Bone - Si Gadis Ayu (1978)
Selain Carefree, Black Dog Bone juga adalah nama besar bagi persada muzik melayu pada penghujung 70an dan awal 80an. Dalam memori saya ada 4 album mereka yang cukup saya ingat. Si Gadis Ayu (1978), Khayalan (1979), Dulu Dan Sekarang (1979) dan Diganggu Kenangan (1980).
Tetapi yang paling melekat dalam memori adalah gambar cover album turun dari helikopter (Diganggu Kenangan) dan album gambar naik keretapi. Masih teringat-ingat membelek-belek 2 keping piring hitam tersebut semasa mengikut abang mendengarnya di rumah saudara yang juga merupakan jiran sekampung.
Seperti album-album sezamannya, sudah pasti ianya penuh dengan lagu-lagu saduran. Mungkin ramai yang tahu lagu Si Gadis Ayu itu lagu saduran tetapi ramai yang tak tahu siapa penyanyi asal. Sebenarnya lagu asal adalah lagu dari cerita kartun popular 60an The Archies yang bertajuk Sunshine.
Selain itu Hatiku Luka Lagi adalah dari The Manhattan - Kiss And Say Goodbye, Perjalanan Hidup adalah Paul McCartney & Wings - Mull of Kintyre. Ada 3 lagi lagu yang saya tak pasti siapa penyanyi asalnya. Dan sehingga sekarang masih mencari siapakah penyayi asal lagu "Geram".
Dan sebelum terlupa...BDB tu makna sebenarnya adalah Band Dari Boyan...

1978,
Black Dog Bone,
LP,
Steamrock Fever 70's,
unmetal
Saturday, January 5, 2019
Sumpah Pendekar
Antara keluaran terbaik 2018...
V - Sumpah Pendekar (2018)
Helloween, Itulah yang terbayang dalam kepala sepanjang mendengar cd ini. Ada juga melodic solo ala-ala Iron Maiden. Metallica juga tak terkecuali. Tapi rasanya pengaruh besar mereka sememangnya Helloween. Kai Hansen terutamanya.
Solo-solo melodic dengan riff-riff yang mesra telinga. Vokal pun power. Ada juga cover Judas Priest - Painkiller.
Memang sedap. Sound tip-top. Kalau anda peminat genre heavy atau pun power metal, cd ini sememangnya patut ada dalam simpanan anda.
Rekomended!

Wednesday, January 2, 2019
The Sound Of Perseverance
Tahun 2018 dah habis dah. Banyak perancangan cerita perihal ulang tahun album gagal untuk di tulis. Tuan punya blog semakin malas dan tak cukup masa. Faktor umur pun mungkin iyer juga. Habiskan sedikit mana-mana yang tersangkut dalam draf. Jom layan antara album kegemaran dari 20 21 tahun yang lalu...
Death - The Sound Of Perseverance (1998)
Progressive Technical Death Metal? Tak kisah la apa genrenya. Yang penting telinga dan hati berkenan. Solo-solo berhantu dan rif yang melodic. Permainan muzik tahap tinggi. Memang lazat. Cover Judas Priest - Painkiller antara yang terbaik pernah dihasilkan.
Tak kisah la kalau ada yang kata ini bukan death metal yang sebenar. Vokal Chuck dah lain. Tapi memetik kata seorang peminat...
This album is not death metal. It is Chuck Schuldiner!
Thank for the music Chuck. Rekomended!

1998,
cd,
Death,
rekomended,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Subscribe to:
Posts (Atom)