Sunday, February 24, 2019

Langit Dan Bumi - pairing hitam

Yang terkini dalam pasaran piring hitam...


Search - Langit dan Bumi (terbitan asal 1986)


My favourite. Sudah semestinya ini adalah yang paling di tunggu dalam siri keluaran semula piring hitam Search.


Lain orang lain seleranya. Beli ajer lah kalau dah minat.



Wednesday, February 20, 2019

Dirty Rotten Filthy Stinking Rich

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 31hb Januari yang lalu...


Warrant - Dirty Rotten Filthy Stinking Rich (1989)

Dah pernah buat entri pasal album dulu. Kalau rajin boleh cari. Tak apa lah. Sempena 30 tahun buat lagi sekali.

Penghujung 80an atau awal 90an kalau beli majalah rock/metal memang tak boleh lari dari nampak gambar dan artikel pasal mereka. Maklumlah muka semua memang boleh jual. Mereka antara band yang sempat mencapai kegemilang dari generasi Sunsetstrip yang kedua.


Saya tidak pernah memiliki kasetnya. Pinjam dari abang. Kurang berminat. Tapi ada juga lagu-lagunya yang saya layan. Sedap juga. Muzik mereka memang pop dan catchy. Mendiang Jani Lane sememangnya seorang yang sangat berbakat. Semua lagu adalah ciptaan beliau. Bolehlah dikatakan Warrant itu adalah Jani Lane.

Baru-baru ini saya ada terbaca temuramah Beau Hill, producer untuk album ini. Beliau mengakui ada bahagian gitar yang telah di "touch-up" oleh gitaris jemputan. Beliau merasakan gitaris Warrant, Erik Turner dan Joey Allen tidak setanding dengan hero-hero gitar pada ketika. Maklumlah zaman tu, antara kriteria untuk album meletup, setiap band mesti mempunyai gitaris yang bagus.


Bagi Beau Hill, bekerja dengan Warrant memang mudah. Semuanya terletak pada Jani Lane. Anggota yang lain hanya mengikut. Tidak berlaku perebutan lagu siapa yang patut di rakam. Sebab itu saya katakan tadi Warrant adalah Jani Lane.

Senang cerita album ini khas untuk peminat balada rock dan pop metal sahaja.





Saturday, February 16, 2019

Gila Format - Love at First Sting



Scorpions - Love At First Sting (1984) 

Satu lagi kenangan silam yang berjaya di gila format kan. Tak la beriya2 cari. Tapi kalau terjumpa dengan harga yang mampu milik memang terus sambar.

1st beli cd. Kemudian lp. Baru-baru ni jer terbeli pula kasetnya. Dulu masa budak budak memang ada kaset. Abang punya. Cetak rompak jer pun. Pertengahan 80an memang susah nak cari yang asli.

Zaman tu budak budak rock melayu memang kemaruk Scorpions. Blackout, World Wide Live dan Love at First Sting memang wajib. Still Loving You pula antara yang kena tahu kalau belajar main guitar.


Rock You Like A Hurricane kira dah macam anthem bagi mat rock zaman tu. Memang kuat pengaruh album ni kepada sejarah rock melayu. Dah 35 tahun pun usianya. Tapi masih tetap teruja setiap kali mendengarnya.

Kenangan zaman kanak-kanak "bad boys running wild" seperti ini memang berbaloi untuk di gila format kan.






Monday, February 11, 2019

Fabulous Disaster

Ulangtahun ke 30 pada 30hb Januari yang lalu.



Exodus - Fabulous Disaster (1989)

Kurang nilai nostalgia dengan album ini. Tak pernah ada dan tak pernah dengar pada ketika itu. Tak jumpa kasetnya di kedai dan tiada kawan yang ada untuk di pinjam. Antara album yang hanya dapat di baca ulasannya di majalah.

Satu-satunya lagu yang dapat didengar dari album ini pada masa itu hanyalah "The Toxic Waltz". Itu pun tak ingat dari mana. Mungkin juga kaset kompilasi dubbing dari rakan-rakan. Betul-betul dapat dengar album ini sepenuhnya hanyalah ketika zaman wujudnya MP3. Maka kesannya tidaklah mendalam seperti apa-apa album yang didengar ketika tahun ianya di edarkan.


Tetapi yang pastinya mungkin ini percubaan mereka untuk lebih komersial. Peluang untuk masuk MTV. Lagu-lagunya lebih melodic dan catchy dari abum-album sebelumnya. Ada lagu-lagunya yang mengingatkan saya kepada Anthrax. Terutama bahagian backing vokalnya.

Sebuah album thrash yang bagus. Tetapi lagu-lagunya bagi saya agak kurang konsisten. Ada yang biasa-biasa sahaja. Mungkin itu antara penyebab yang mereka tidak berjaya menjadi Big 4 of thrash.


Everybody do THE TOXIC WALTZ !!


Wednesday, February 6, 2019

The Great Radio Controversy

Ulangtahun ke 30 pada 1hb Februari yang lalu...


Tesla - The Great Radio Controversy (1989)

Lagi album kegemaran dari zaman remaja. Seperti Skid Row, Tesla juga saya kenali melalui majalah Metal Edge. Kalau tak silap ianya dibeli bersama kaset Skid Row di Komtar, JB. Pau duit gaji abang. Maklumlah beliau ketika itu sudah berkerja manakala saya baru habis SPM. Mana ada duit.


Ianya sebelum lagu balada "Love Song" menjadi popular. Ketika itu tiada seorang rakan pun yang tahu atau dengar Tesla. Pertama kali dengar dah suka. Sememangnya killer album. Semua lagu sedap. Twin gitar solo antara Frank Hannon dan Tommy Skeoch menjadi antara penyebab. Memang dasyat kerja gitar mereka berdua. Saya memang kalah dengan mana-mana band yang mempunyai twin gitar solo.

Seperti Skid Row, mereka pada saya bukanlah hair/glam metal yang sebenar. Muzik mereka lebih kepada hard rock dengan pengaruh blues yang berat. Tapi zaman dulu semua ni kita panggil rock atau heavy metal. Tak kisah sangat pasal label melabel. Janji distortion gitar.


Banyak lagu sedap. "Hang Tough", "Lady Luck","Heaven's Trail (No Way Out)", "Love Song". Tapi kalau suruh pilih satu, pilihan saya adalah "Paradise". Suka betul solo-solo gitar dalam lagu ni.


**Teringat dulu-dulu bila ada rakan di ITM bukak lagu Hang Tough - New Kids On The Block dalam hati saya berkata mereka patut dengar Hang Tough versi Tesla sama juga bila lagu Step By Step berkumandang. Mereka patut dengar versi dari Forbidden...tapi tu la...kita ni golongan minoriti...haha...






Saturday, February 2, 2019

Skid Row

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 24hb Januari yang lalu


Skid Row - Skid Row (1989)

Umur 18. Darah remaja. Hidup simple. Dunia kita yang punya. Tak pikir masa depan. Memang kena betul dengan lagu-lagu seperti 18 & Life, Youth Gone Wild dan Piece of Me. Ia sememangnya anthem anak muda pada ketika itu. Sekurang-kurangnya itulah yang saya rasa.

Majalah Metal Edge Vol 33 No 12 June 1989

Kali pertama tahu pasal Skid Row melalui artikel dari Majalah Metal Edge. Kisah janji setiakawan Jon Bon Jovi dan Dave The Snake Sabo. Terjumpa pula kasetnya di kedai kaset di Komtar, JB. Dan ianya terus menjadi antara album kegemaran sehingga kini. Memang hafal dari kulit ke kulit. (Sayangnya kaset tersebut dah hilang ntah kemana )


Mereka walaupun berada di dalam kelompok hair/glam metal, tetapi muzik mereka tidaklah terlalu pop seperti Poison. Ini antara band yang tak malu nak mengaku minat walaupun kita berada dikalangan rakan-rakan thrasher.

Dah 30 tahun dah. Album yang dah tua apatah lagi tuan punya blog. Tetapi dalam hati masih tetap dengan 18 & life dan youth gone wild... 😀