Wednesday, February 20, 2019

Dirty Rotten Filthy Stinking Rich

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 31hb Januari yang lalu...


Warrant - Dirty Rotten Filthy Stinking Rich (1989)

Dah pernah buat entri pasal album dulu. Kalau rajin boleh cari. Tak apa lah. Sempena 30 tahun buat lagi sekali.

Penghujung 80an atau awal 90an kalau beli majalah rock/metal memang tak boleh lari dari nampak gambar dan artikel pasal mereka. Maklumlah muka semua memang boleh jual. Mereka antara band yang sempat mencapai kegemilang dari generasi Sunsetstrip yang kedua.


Saya tidak pernah memiliki kasetnya. Pinjam dari abang. Kurang berminat. Tapi ada juga lagu-lagunya yang saya layan. Sedap juga. Muzik mereka memang pop dan catchy. Mendiang Jani Lane sememangnya seorang yang sangat berbakat. Semua lagu adalah ciptaan beliau. Bolehlah dikatakan Warrant itu adalah Jani Lane.

Baru-baru ini saya ada terbaca temuramah Beau Hill, producer untuk album ini. Beliau mengakui ada bahagian gitar yang telah di "touch-up" oleh gitaris jemputan. Beliau merasakan gitaris Warrant, Erik Turner dan Joey Allen tidak setanding dengan hero-hero gitar pada ketika. Maklumlah zaman tu, antara kriteria untuk album meletup, setiap band mesti mempunyai gitaris yang bagus.


Bagi Beau Hill, bekerja dengan Warrant memang mudah. Semuanya terletak pada Jani Lane. Anggota yang lain hanya mengikut. Tidak berlaku perebutan lagu siapa yang patut di rakam. Sebab itu saya katakan tadi Warrant adalah Jani Lane.

Senang cerita album ini khas untuk peminat balada rock dan pop metal sahaja.





2 comments:

  1. Ada juga cd nie, beli cd terpakai 2017 dulu..mula2 ingatkan ada cover lirik x lengkap sbb ada satu lirik lagu je, rupanya memang camtu..bila nak beli cd2 terpakai, memang aku akn skipla kalau jumpa xda lirik nie, baik download flac je..

    ReplyDelete