Friday, April 26, 2019

Fenomena 30 tahun

Sempena ulang tahun ke 30 pada 27hb Feb yang lalu...


Search - Fenomena (1989)

Dah pernah cerita kot pasal album ni kat >SINI<

30 tahun dah yer. Nak kata minat, tak ada lah sangat. Dah pernah cerita dah dulu kenapa. Tapi album ini memang menjadi fenomena untuk mereka. Dia macam Metallica Black album lah. Saya tak minat. Tapi ada beribu orang lain minat. Yang umur lebih kurang sebaya tentu faham lah. Kami lebih feel dengan album-album era Polygram mereka.


Dulu masa kali pertama dengar, ada kawan cakap tak heavy langsung. Menara Kesesatan?... Ok lah…Derap Komando?... Tajuk lagu jer nampak ganas…haha… Biasalah…Bila kau umur 18 tahun. Tengah kemaruk Slayer. Semua nak laju…semua nak berat. Tapi album ni memang meletop la kan.

Ingat lagi masa masuk Tingkatan 6 di Sekolah Sultan Ismail (merasa la Tingkatan 6 selama sebulan). Sekolah baru. Tak ada kawan. Lepak one corner dalam kelas buat bodoh sorang-sorang...haha.. Budak-budak perempuan kelas tu nyanyi lagu Pawana. Masa tu rasa macam wow.... Maknanya Search dah berjaya tembus tembok mainstream. Bila budak-budak perempuan pun dah pandai nyanyi lagu rancak bukan standard balada Isabella, maknanya memang Search memang dah top. Bukan lagi kutu-kutu tembok dan simpang jalan jer kot yang minat.


Tetapi untuk saya. Cukup lah. Saya berhenti dengar Search selepas dari album ini. (Berhenti tu bermaksud berhenti beli. Masih juga dengar sana sini terutamanya kepunyaan adik dan rakan-rakan  lain. Bertahun kemudian, baru beli semula. Mula dari Rock And Roll Pie kot... atau mungkin Gema Di Timur Jauh.


Tapi dah tua-tua ni, beli balik. Dulu kasetnya dah hilang ntah kemana. Tak minat sangat pun tetapi kenangannya tetap ada. Bila dah meningkat usia, benda paling best adalah membeli kenangan lama. Tak cukup beli cd 2 versi. Beli juga versi piring hitam. Reissue yang awal harganya tak mampu milik. Bila keluar versi RSD 2019 cover hitam piring merah ni, harga murah lah sikit. Boleh la beli.

Jangan tanya tentang sound. Piring hitam satu disc sumbat 10 lagu.... patutnya anda semua tau macam mana....


*satu nak puji... packaging lp fenomena ni rasanya antara yang terbaik berbanding dari reissue dari company-company yang lain.







2 comments: