Thursday, June 27, 2019

Blue Lightning

Terkini di pasaran...


Blue Lightning (2019)

Terus terang cakap cd ini di beli sekadar pelengkap koleksi. Tak minat sangat pun dengan album ini. Tapi itu lah. Dah memang minat beliau sejak dari zaman zaman remaja. Apa pun yang beliau keluarkan. Jika ianya mampu milik. “En Malmsteen, Ambillah duit saya…” 😀

Untuk yang tak tau, album ini bukanlah album Malmsteen yang biasa. Ianya sebuah album lagu-lagu cover yang lebih terarah kepada genre blues. Khabarnya ia sebagai menyahut cabaran peminat yang mahukan beliau bermain blues. Itu yang jadi kurang berminat tu. Entahlah memang susah sikit nak hadam dengan genre blues.


Tapi menarik jugalah. Ada lagu-lagu klasik rock seperti Smoke On The Water, Purple Haze dan While My Guitar Gently Weeps. Tapi seperti biasalah. Malmsteen tetap Malmsteen. Lagu-lagunya memang tetap berbunyi Malmsteen. Tambah-tambah pula dia yang menyanyi.

Ramai yang kata beliau syiok sendiri. Semua benda dia. Dari gitar, nyanyi, lagu, lirik malah penerbit pun dia semuanya. Tapi itu lah. Malmsteen tetap malsteen. Hate him or love him... there is only Malmsteen!






Tuesday, June 25, 2019

Kaset

Dah tercerita pasal kaset pada entri lepas... sambung sikit la...antara kaset terbaru yang di beli...


Tak ada lah niat nak kumpul kaset. Ini semua penyakit… hahaha…

Tapi tu lah… bila ada yang up jual ni kat FB… teracun juga lah… Benda-benda kenangan ni memang senang nak jual…

*untuk makluman…ini semua bukannya asli. Nak cari yang asli memang susah dan harga yahudi. Terimakasih kepada d'Atok Akeem yang menghasilkan produk yang berkualiti. Sound memang mantap!



Thursday, June 20, 2019

Gila Format - Powerslave


Lagi album yang berjaya di"gila format"kan.




Kalau ikut turutan beli... kaset - cd - lp

Tapi kaset yang asal lama dah hilang. Rasanya masa pindah rumah 20 tahun yang lalu ada bawa sekali. Tapi bila cari ntah kemana tak jumpa. Mungkin juga orang rumah dah terbuang 😭

Baru baru ni terjumpa pula orang jual di FB. Belilah juga sebagai kenangan zaman remaja. Tapi bila dah beli yang ni rasa seronok pula nak beli yang lain. Kalau ada siapa siapa yang nak jual 2 kaset Iron Maiden yang awal roger roger la yer. Kot kot nak jual dengan harga yang penuh kasih sayang 😁






Sunday, June 16, 2019

Shock

Antara yang terkini di pasaran.


Tesla - Shock (2019)

Lama dah tinggalkan Tesla. Terakhir membeli cd mereka adalah album Bust a Nut (1994). Album -album selepas itu sekadar mendengar gitu-gitu sahaja di youtube mahupun spotify.

Bila dapat tahu yang album baru ini diterbitkan oleh Phil Collen (Def Leppard), ada sedikit rasa teruja pula untuk membeli cdnya secara fizikal. Tak la minat sangat pun arah tuju Def Leppard zaman sekarang. Tetapi perasaan nak tahu tu memang tetap ada. Macam jauhkan antara muzik Tesla dan Def Leppard.


Tetapi setelah mendengar keseluruhan cd, ternyata Tesla telah pun berjaya di "Leppard" kan. Semua lagu pun dicipta secara bersama dengan Phil Collen. Makanya memang tak boleh tidak pengaruh Def Leppard tu memang ada. Paling nyata pada bahagian backing vokal semasa chorus. Kalau tidak kerana vokal Jeff Keith, memang rasa macam ini adalah album Def Leppard.

Ternyata ini bukan Tesla yang kita kenal dulu. Tiada lagi lagu-lagu rancak dengan twin gitar solo. Lagu-lagunya kini lebih pop, lembut dan santai. Lebih perencah AOR barangkali. Nak kata tak best...kalau suka melodic rock yang santai ala-ala Def Leppard mungkin album ni memang best. Tapi kalau nak Tesla yang lama.... ini bukanlah albumnya.


Tuesday, June 11, 2019

The Dirt

Cerita pasal filemnya sudah >SINI<  Kali ni pasal cd soundtracknya pula...


Mötley Crüe - The Dirt (2019)

Lebih berminat nak bercerita tentang 4 lagu terbaru dari mereka. Yang lain-lain tu memang dah lagu wajib. Yang biasa dengan Motey Crue memang dah hafal dah. Yang tak berapa nak tahu, boleh juga bermula dengan cd ini. Ini dah kira macam album kompilasi best of juga.


Tapi perlu di ingat, Motley Crue dah lama berubah muziknya. Zaman 80an dari Too Fast for Love (1981) hingga ke Theatre of Pain (1985) membawa ke Dr. Feelgood (1989) pun dah lain muziknya, Inikan pula era John Corabi dan dekad 90an. Menggunakan semula khidmat Bob Rock sebagai penerbit mungkin kerana mereka mahu kembali kepada sound album Dr Feelgood. Album yang paling berjaya dalam sejarah kerjaya mereka.

Ternyata lagu-lagu barunya ada perisa Dr Feelgood. Mungin tak lah sama seratus peratus. Nak kata sedap mungkin melodinya agak catchy. Tetapi untuk peminat Mick Mars, yang sukakan rif rif membunuh yang menjadi iconic dalam lagu-lagu klasik mereka seperti "Shout at the Devil", "Looks That Kill" dan sebagainya tentu akan rasa kurang berminat. Lagu-lagu baru mereka ni rasanya macam kurang umphh di bahagian sound gitarnya. Mungkin zaman dah berubah...


Tapi yang paling rasa kelakar adalah lagu cover Like A Virgin dari Madonna. Macam tak kena. Macam tak masuk kepala asalnya. Tapi bila ulang dengar beberapa kali rasa macam sedap pula 😀. Hmmm...mungkin kerana melodinya memang kuat atau mungkin juga dah terbiasa dengan lagu ini...



Monday, June 3, 2019

CD 2019 - Bahagian 6


Lagi cd terkini dalam simpanan...


Dua-dua adalah nama yang cukup sinonim dengan dengan rock melayu. Malmsteen tak payah cerita lah pengaruhnya kepada shredder rock melayu 80an. Anthem pula walaupun tidaklah sepopular Loudness, tetapi bagi peminat Bloodshed  tentu tahu yang lagu "Peristiwa" dan "Jangan Terpedaya" dari album Ilusi Sebuah Mimpi adalah lagu cover/ciplak dari  "Death To Death" dan "Finger's On The Trigger" dari Anthem.

Dua-dua pun dah keluar album baru. Dua-dua pun dah selamat dalam koleksi. Tunggulah lepas-lepas raya nanti kita cerita...

Selamat Hari Raya!