Thursday, June 27, 2019

Blue Lightning

Terkini di pasaran...


Blue Lightning (2019)

Terus terang cakap cd ini di beli sekadar pelengkap koleksi. Tak minat sangat pun dengan album ini. Tapi itu lah. Dah memang minat beliau sejak dari zaman zaman remaja. Apa pun yang beliau keluarkan. Jika ianya mampu milik. “En Malmsteen, Ambillah duit saya…” ­čśÇ

Untuk yang tak tau, album ini bukanlah album Malmsteen yang biasa. Ianya sebuah album lagu-lagu cover yang lebih terarah kepada genre blues. Khabarnya ia sebagai menyahut cabaran peminat yang mahukan beliau bermain blues. Itu yang jadi kurang berminat tu. Entahlah memang susah sikit nak hadam dengan genre blues.


Tapi menarik jugalah. Ada lagu-lagu klasik rock seperti Smoke On The Water, Purple Haze dan While My Guitar Gently Weeps. Tapi seperti biasalah. Malmsteen tetap Malmsteen. Lagu-lagunya memang tetap berbunyi Malmsteen. Tambah-tambah pula dia yang menyanyi.

Ramai yang kata beliau syiok sendiri. Semua benda dia. Dari gitar, nyanyi, lagu, lirik malah penerbit pun dia semuanya. Tapi itu lah. Malmsteen tetap malsteen. Hate him or love him... there is only Malmsteen!






No comments:

Post a Comment