Saturday, November 9, 2019

Exposed




Vince Neil - Exposed (1993)

Beli cd ini kerana 2 sebab yang bersangkutan dengan filem yang ditonton semula di Astro beberapa hari yang lepas

Satu - Encino Man. Teringat awal 90an dulu selalu tengok video clip "You're Invited (But Your Friend Can't Come) dari soundtrack filem tersebut dalam rancangan MTV Asia di tv Singapura.

Dua - Top Gun. Rasa kemaruk semula dengan petikan gitar Steve Stevens dalam instrumental Top Gun Anthem. Rujuk >SINI<. Ok album ni tiada lagu Top Gun. Tetapi album ini gitarnya dimainkan oleh Steve Stevens.

Untuk sedikit trivia, album ini ada 3 cerita.

Yang pertamanya adalah side projek Vince Neil (selepas keluar dari Motley Crue) bersama anggota Damn Yankees (Kecuali Ted Nugent). Sebab itu ada beberapa lagu ciptaan Jack Blades dan Tommy Shaw. Lagu "You're Invited (But Your Friend Can't Come)" juga adalah lagu mereka. Malah versi di dalam soundtrack Encino Man pun dimainkan oleh 3/4 dari band member Damn Yankees (Jack Blades, Tommy Shaw dan Michael Cartellone ). Tetapi versi album ini dirakamkan semula bersama Steve Stevens.


Yang kedua pula projek beliau bersama Phil Soussan (Ozzy Osbourne). Ada beberapa lagu ciptaan Phil yang asalnya untuk Ozzy dimuatkan di dalam album ini. Tetapi ianya juga tak kesampaian.

Akhirnya semua lagu-lagu tersebut dikumpulkan menjadi album solo Vince Neil yang kemudiannya disudahkan beliau bersama bekas gitaris Billy Idol, Steve Stevens. Bagi yang tak tahu, solo gitar dalam lagu Dirty Diana - Michael Jackson juga dimainkan oleh beliau.

Ada lagu yang berbunyi seperti era Dr Feelgood, Sister of Pain contohnya. Album ini bukan sahaja sesuai untuk yang sukakan lagu-lagu melodic hard rock dan vokal Vince Neil. Tetapi ianya juga untuk sesiapa yang sukakan shredding solo dari Steve Stevens. Hebat!






No comments:

Post a Comment