Friday, December 20, 2019

Bahang Bahang

Sempena 30 tahun...


Sahara - Bahang Bahang (1989)

Ramai yang tak tahu kewujudan band ini. Kalau tak pasal satu kampung mungkin saya pun tak tahu. Mereka antara band rock yang hilang di telan zaman.

Jujurnya tak pernah dengar pun dulu kecuali lagu yang menjadi tajuk album. Ntah lah, ketika itu tak ada rasa nak beli atau dengar walaupun ada rakan-rakan yang beli. Maklumlah band satu kampung. Tetapi ianya memang ada banyak kenangan disebaliknya. Bila terjumpa seorang rakan menjual piring hitamnya, memang terus sambar.

Sahara adalah nama sebuah studio muzik yang beroperasi di pekan Ulu Tiram. Lama dah tutup kot. Ini cerita pada tahun 1988. Ianya kepunyaan bapa kepada seorang rakan sekelas. Tempat jamming kami setiap minggu. Biasalah band budak-budak sekolah. Walaupun anaknya tak rock dan tak minat muzik, kesempatan atas nama rakan sekelas memang selalu kami gunakan supaya dapat jamming lebih dari masa sewa yang ditetapkan. Sewa satu jam..mainnya 2 jam...haha..


Kumpulan Sahara ni pula sememangnya tertubuh dari studio tersebut. Gitar bercabang dalam gambar cover album itu pun adalah gitar yang pernah kami gunakan di studio tersebut. Ada di antara mereka bekerja sebagai penjaga studio. Paling kenal adalah gitaris mereka, Hussin. Dia senior setahun. Yang lain-lain tu dah tak berapa nak ingat nama-namanya. Maklumlah yang lain-lain tu beza umur agak jauh juga. Dah selalu lepak situ, maka selalu jugalah tengok mereka jamming. Dah pernah juga jamming sekali. Paling ingat ada satu hari tu bassist mereka datang lambat. Merasa jugalah main bass lagu "Secebis Rayuan - Burnmarks" bersama-sama mereka.

Kemudiannya selepas tahun 1988, dah habis sekolah. Band kami pun berpecah. Ada yang kerja atau sambung belajar di negeri lain. Jarang dah berjumpa. Susah dah nak jamming. Studio Sahara pun kami tinggalkan. Kemudiannya dapat tahu yang kumpulan Sahara ada mengeluarkan album. tapi tak beli dah tak follow pun. Masa tu dah gila muzik metal yang lebih extreme. Dan selepas 30 tahun, baru ni lah berpeluang untuk dengar...haha...


Muzik mereka agak "raw" sebenarnya. Tiada bunyian keyboard. Banyak solo-solo gitar. Memang rock. Tapi feelnya lebih kepada rock 70an. Tak pelik pun, Johor Bahru pada tahun-tahun 80an memang masih kuat pengaruh rock 70an. Deep Purple, Rainbow, Scorpions sememangnya kiblat. Kalau 80an pun biasanya Iron Maiden, Dio dan Malmsteen. Pengaruh Iron Maiden memang boleh kita dengar dalam lagu "Hamba Seni". Ada rif dari "Killers".

Tetapi lagu yang paling best adalah yang jadi tajuk album, "Bahang Bahang". Intronya memang ciplak "Iron Man" dari Black Sabbath. Lain-lainnya banyak lagu perlahan. Sayangnya lagu-lagu perlahan mereka tiada yang cukup kuat untuk menjadi popular. Ada juga satu lagu berentak joget/dangdut. Mungkin juga pengaruh dari penerbit album mereka, Abang Mokhtar The Goodman Brothers.

Kalau kenang-kenang balik, kalau dulu kita orang serius main muzik, hari-hari jamming. Mungkin kami pun dah jadi artis seperti mereka....hahaha...






4 comments:

  1. Replies
    1. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...Semoga roh arwahnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

      Delete
    2. Pemain dram bahang bahang sahara masih sihat lagi.saim sabda name die.die masih menetap di felda tebrau sekarang

      Delete
    3. ooh yer...baru saya ingat namanya... tu lah...bila lama dah meninggalkan kampung dan bila balik felda ulu tebrau pun hanya setakat terperap dalam rumah...semua pun dah tak ingat dan lupa...

      Delete