Percutian bersama keluarga bulan december yang lalu.
Kali pertama ke Krabi. Sebelum ni pernah bercadang untuk memandu ataupun menggunakan perkhidmatan keretapa ke sini. Tetapi setelah dicongak faktor wang, masa dan kecergasan (dah tua beb...๐) adalah lebih baik dan mudah untuk menggunakan perkhidmatan udara.
Tak serajin dulu untuk menaip panjang-panjang. Cukuplah lah bercerita berdasarkan gambar.
(Maaf kalau kualiti gambar kurang memuaskan, Maklumlah majoriti gambar adalah waktu malam dengan menggunakan kamera handphone yang tak berapa nak canggih)
Seperti yang pernah di cerita dalam entri berkenaan Phuket, pendawaian elektrik di Thailand memang mengagumkan. Berselirat. Tak tau lah bahagian Thailand yang lainnya. Phuket dan Krabi ni tak jauh mana jaraknya.
Suatu benda yang tak boleh tak jumpa kalau ke Thailand adalah tempat urut (massage). Tak kiralah yang terbuka atau yang tertutup. Jangan pikir lain pulak...ini urut biasa la...hahaha... Tapi ianya memang murah kalau nak dibandingkan di Malaysia. Tapi yang pastinya tukang urut di Krabi ni kalau di Phuket tu kira tahap-tahap shift siang...yang malam memang tak boleh lawan...(yang tahu...tahu la...hahaha...)
Krabi ni kalau kebulur tengah malam tak susah. Family Mart dan 7E ada. Yang bagusnya ada makanannya yang berlogo halal. Tak ada lah was-was bila nak makan.
3 hari duduk sini memang hari-hari beli burger dan hotdog segera di 7 Eleven. Mudah dan cepat. Suruh jer cashier panaskan sekejap dalam microwave. Dah siap untuk di makan.
Tak jumpa pula yer hot dog dan burger segera macam ini ada di jual di 7 Eleven di Malaysia. Ianya menjimatkan masa. Paling penting ianya sedap dah halal. Ada beberapa perisa. Harganya dalam THB29 untuk hot dog dan 40THB untuk burger. Kalau sekarang punya tukaran matawang adalah lebih kurang RM3++ dan RM5++...
Tapi kalau nak betul-betul makan. Banyak jer kedai makan halal kat sini. Krabi ni banyak muslim. Ada yang melayu ada yang Arab/Pakistan. Tapi siaplah harganya. Tak pandai pilih tempat memang harga potong kepala. Kata orang sini makanan akan jadi mahal bila adanya logo halal. Hmmmm....
Tapi kalau nak murah. Boleh pergi ke Aonang Muslim Street. Kawasan sini memang semuanya makanan halal. Kawasannya ala-ala pasar malam di Malaysia. Tapi tak lah luas mana.
Ni antara makan yang popular kat sini. Tak cuba roti pancake kat Krabi kira macam belum lengkaplah percutian kat sini. Memang sedap. Ada macam-macam perisa.
Kawasan ni sebenarnya terletak di hadapan masjid. Ianya menjadi salah satu sumber rezeki komuniti muslim kat sini. Mat dan Minah Salleh pun ramai beli makan kat sini. Ianya dah jadi salah satu tempat tarikan pelancong bila pergi ke Krabi.
Inilah rupa masjidnya. Boleh tahan besar. Sayangnya tak sempat pula nak beriktikaf di dalamnya. Kalau tengok dari luar nampak macam baru di bina.
Selain dari gerai-gerai, ada juga warung dan restoran. Macam-macam pilihan makanan. Nak tekak melayu pun boleh. Tapi masak cara Melayu Thai la. Sayangnya lupa pula nak ambil gambar makanan. Biasalah... bila makanan dah depan mata...lupa segalanya.....haha...
Untuk cerita bab pulau-pulau.. kita sambung lain kali....
Friday, February 28, 2020
Monday, February 24, 2020
Cd 2019 - Bahagian 18
Lagi saki baki pembelian dari tahun lepas...
Kali ini album terbaru dari 2 band lejen dari era New Wave Of British Heavy Metal (NWOBHM). Kedua-duanya masih aktif walaupun hanya tinggal seorang ahli yang asal.
Angel Witch hanya tinggal Kevin Heybourne (vokal,gitar). Manakala Grim Reaper pula hanya Steve Grimmett (vokal) yang meneruskan perjuangan.
Kedua-duanya pun dah taraf atok-atok yang sepatutnya melayan cucu di rumah ๐. Tetapi mereka masih tetap rockin'. Masih bertenaga. Kudratnya macam anak muda. Mereka membawa kita kembali bernostalgy ke tahun 80an.

Labels:
2019,
Angel Witch,
cd,
Grim Reaper,
rock omputeh
Wednesday, February 19, 2020
Countdown 20022020... counting...
Selalu kena tanya "Apa yang bestnya Belantara... Aku dengar macam lagu rock biasa ajer"
Untuk menjawap persoalan ini sebenarnya anda kena berada pada tahun 1987 ketika album pertama mereka diterbitkan, Ketika itu muzik rock di Malaysia baru bermula (Tolak Sweet Charity dan seangkatan dengannya yang lebih kepada rock 70an). Berapa banyak album rock melayu yang ada pada ketika itu?
Lima? Sepuluh?... seingatnya cuma Search, Band-band dari Battle Of The Band, Band-band dari Juara Juara Rock, Rusty Blade, Lovehunters, Clash Of The Band… siapa lagi?...itu sahaja kot.. tak ingat sangat dah…tapi memang tak banyak lah. Yang pastinya Belantara adalah yang terawal. Mereka dah ada sebelum muzik rock melayu benar-benar meletup pada tahun 1988 atau 1989.
Yang uniknya muzik mereka agak lain dari muzik rock melayu yang ada pada ketika itu. Mereka adalah rock atau heavy metal 80an yang progressif. Tapi iya lah. Bila anda mendengarnya sekarang memang lah bukan sesuatu benda yang baru. Ini cerita 33 tahun yang lalu. Sekarang muzik yang progressif sebegini banyak dah. Perasaan mendengarnya di tahun 1987 tak akan sama dengan mendengar pada tahun 2020.
Memang dah terlambat. "Feel"nya dah lain. Tetapi kalau ada sesiapa yang lahir selepas album ini diterbitkan, mendengarnya sekarang dan jadi minat….memang tabik la. Salut!

Band dah ready...stage pun dah ready...jumpa anda di sana......
Saturday, February 15, 2020
Countdown 20022020 : Gila Format - Infiniti
Kebetulan baru beberapa hari lepas cerita pasal album "Infiniti", tiba-tiba ada pula rakan lama nak jual versi kasetnya. Hmmmm...rezeki jangan di tolak...
Sempurna dah 3 format....kalaulah ada rezeki untuk 2 album yang awal pula....

Belantara,
cd,
gila format,
kaset,
LP,
rock melayu
Tuesday, February 11, 2020
Cd 2019 - Bahagian 17
Lagi cd-cd keluaran tahun lepas yang tak sempat nak tayang...
Acid Reign adalah antara band thrash dari UK yang menjadi kegemaran. Terus jadi minat sejak kali pertama mendengar lagu mereka pada tahun 90an. Ini adalah album "comeback" mereka setelah kali terakhirnya pada tahun 1990.
Opeth pula membawa kenangan ke zaman trade dan sedut MP3 awal-awal Y2K dulu. Suka album-album awal mereka tetapi tak pernah beli pun cdnya. Ini adalah yang pertama...
Acid Reign - The Age of Entitlement |
Opeth - In Cauda Venenum |
Acid Reign adalah antara band thrash dari UK yang menjadi kegemaran. Terus jadi minat sejak kali pertama mendengar lagu mereka pada tahun 90an. Ini adalah album "comeback" mereka setelah kali terakhirnya pada tahun 1990.
Opeth pula membawa kenangan ke zaman trade dan sedut MP3 awal-awal Y2K dulu. Suka album-album awal mereka tetapi tak pernah beli pun cdnya. Ini adalah yang pertama...
Friday, February 7, 2020
M.E.T.A.L.
Lagi pembelian dari tahun lepas...
Freedom Call - M.E.T.A.L. (2019)
Ambil tahu tentang Freedom Call hanya selepas Sascha Gerstner menjadi anggota Helloween. Perasaan ingin tahu menyebabkan ada juga membeli cd-cd mereka. Tetapi semuanya adalah album-album selepas zaman beliau.
Kalau anda minat Helloween atau Gamma Ray, sememangnya Freedom Call akan membuatkan anda tersenyum. Tak hairanlah mengapa Sascha Gerstner masuk Helloween. Muzik mereka sememangnya dalam kategori yang sama.
2019 entah macamana agaknya tersampuk balik dengan muzik yang sebegini. Pra dengar lagu "111" di spotify terus membuat keputusan untuk membeli. Ternyata ianya agak berbaloi. Berbaloi tu maksudnya jika anda pengemar muzik yang sebegini. Ada terbaca artikel yang mengatakan mereka adalah Power Metal yang ceria. Happy Metal. Bukan Happy Meals yer... hahaha...Tapi kalau dah tak minat tu... memang lain dah ceritanya. ๐
Kalau berhajat juga nak pra dengar. Boleh cuba "111", "M.E.T.A.L.", "The Ace of the Unicorn" atau mungkin juga "Sole Survivor". Ini adalah antara 4 lagu di cadangkan. Suka tak suka...ikut la selera masing-masing lah...

Wednesday, February 5, 2020
Sunday, February 2, 2020
Countdown 20022020 : Infiniti
Sempena showcase 20/02/2020...
Belantara - Infiniti (1990)
Jujurnya ketika ianya dikeluarkan dulu, saya sekadar mendengarnya sambil lalu. Maklumlah,ketika itu (tahun 1990) muzik rock yang lebih ekstrim mula membanjiri pasaran di kedai-kedai kaset di seluruh Malaysia. Slayer, Sepultura, Morbid Angel (sekadar menyebut beberapa nama) mula membuka minda saya kepada muzik rock yang lebih ekstrim. Jiwa remaja yang mahukan yang laju, yang berat menyebabkab saya beralih kepada muzik yang sebegitu.
Lagu-lagu leleh dari album Infiniti seperti "Airmata" dan "Pelita Ketenangan" mungkin antara penyebab yang sedikit menjauhkan saya daripada Belantara. Sebenarnya bukan Belantara sahaja. Hampir kesemua muzik rock melayu pada ketika itu saya tinggalkan. "True" lah konon-kononnya...haha...
Dalam 3 album Belantara, Infiniti adalah yang paling kurang saya dengar. Tetapi selama beberapa bulan kebelakangan ini, terutamanya semenjak ujudnya group Whatsapp Belantara, perasaan teruja untuk betul-betul mendengarnya semula semakin membara. Akhirnya...selepas 31 tahun, ulang ulang dengar sambil-sambil menolong orang rumah lipat baju (biasalah rock orangtua lama) ๐ ... saya rasakan Infiniti memang best. Sayangnya, saya telah kehilangan versi kaset yang asal. Terlampau "true" untuk menghargai kasetnya suatu waktu dulu...๐ข
Tidak boleh disangkal lagi di antara keistimewaan Belantara adalah kerana melodi, susunan lagu dan yang paling saya suka adalah kerja gitarnya. Melodinya mudah hadam. Susunan lagu yang lain dari kebiasaan (progressif dan melampui zaman). Dan semestinya untuk sebuah band rock adalah kerja gitar yang bagus.
Kalau ada anugerah "the most underated guitarist" di Malaysia. Saya tidak teragak-agak untuk memberikannya kepada Saudara Aziz. Memang power! Tanpa beliau bukanlah Belantara namanya. Sound Gitar BC Rich beliau di dalam album ini memang garang. Lagu-lagu seperti "Mereka", "Daya Tarikan" dan "Destinasi Infiniti" mempunyai sound rif yang berat. Lebih berat dari sound kebiasaan band rock melayu. Sound metal yang agak thrashy. Peranan Saudara Benson juga tidak boleh di nafikan, dual gitar solo dan harmonic solo ala-ala Iron Maiden dalam lagu "Mereka" memang mengasyikkan.
"Mereka" dan "Destinasi Infiniti" adalah lagu-lagu progressif rock yang berdurasi lebih dari 7 minit. Jarang jumpa lagu rock melayu yang panjang dengan susunan muzik sebegini. Solo gitar yang panjang berjela. Antara kegemaran peribadi. Ianya jenis yang tak akan dimainkan di radio. Baik dulu mahupun sekarang.
"Airmata" dan "Pelita Ketenangan" adalah lagu cari makan. Main muzik mainstrean memang kena beralah. Tetapi memang berbaloi pasal kalau tak silap "Airmata" pernah jadi juara (betulkan kalau tersilap) LPMI... ker Pujaan 10... tak ingat dah masa tu rancangan carta lagu-lagu popular di panggil apa. "Air Mata" memang meleweh. Tetapi melodinya kuat. Dengar ketika sedih memang betul-betul terasa sedih. Memang pilu.
"Pelita Ketenangan" pula rasanya bertujuan untuk mengenalkan Belantara kepada pendengar yang lebih umum. Tiada salahnya lagu ini. Leez pun bagus. Melodinya kuat. Cumanya susunan muzik dan durasi 6 minit lebih mungkin jadi penyebab agak sukar untuk radio memainkannya. Biasalah Belantara sentiasa mendahului zamannya. Bukan Belantara lah kalau sususan muziknya setakat biasa-biasa.
"Bunga Bangsa" adalah satu lagi lagu perlahan yang bagus. Kalau zaman muda dahulu memang tak berapa minat dengan susunan muzik yang sebegini. Tak rock la guna keyboards. Haha... Tapi solonya bagus. Melodi menangkap. Lirik membina. Sedikit progresif. Makin lama dengar makin sedap.
"Lautan Cahaya" adalah "Dewi" untuk album Infiniti. Ok lah, "Dewi" tu dah tahap lain klasiknya. Tapi "feel" dan rentak mid temponya seakan-akan menjerumus ke arah tersebut. "Telefon" juga mempunyai feel yang sama. Dua-dua lagu ni memang sedap. Ulang-ulang dengar pun tak jemu. Entah kenapa ada momen-momen dalam lagu Telefon membawa saya ke era new wave tahun 80an...
"Daya Tarikan" adalah lagu kegemaran dari album ini. Suka betul dengan solo dan kerja gitarnya. Sound berat. Lagu pun sedap. Harap sangatlah ianya dimainkan ketika showcase 20022020 nanti.
"Jalan Pulang" adalah satu lagi lagu perlahan. Lirik dan melodi yang bagus. Tetapi tarikan utamanya untuk saya adalah solo gitarnya. Tak ada solo dan kerja gitar yang tak bagus untuk lagu-lagu Belantara. Peminat gitar atau shredder memang wajib dengar setiap album mereka.
Kesimpulannya, dari gaya penulisan yang panjang berjela ni (jarang dah menulis panjang-panjang sekarang), ternyata Infiniti memang best. Saya bersalah kerana tidak menghargainya 31 tahun yang lalu....tapi tidak mengapa...kesalahan akan ditebus pada 20022020 nanti...lirik dah siap-siap hafal dah ni...haha...
Belantara - Infiniti (1990)
Jujurnya ketika ianya dikeluarkan dulu, saya sekadar mendengarnya sambil lalu. Maklumlah,ketika itu (tahun 1990) muzik rock yang lebih ekstrim mula membanjiri pasaran di kedai-kedai kaset di seluruh Malaysia. Slayer, Sepultura, Morbid Angel (sekadar menyebut beberapa nama) mula membuka minda saya kepada muzik rock yang lebih ekstrim. Jiwa remaja yang mahukan yang laju, yang berat menyebabkab saya beralih kepada muzik yang sebegitu.
Lagu-lagu leleh dari album Infiniti seperti "Airmata" dan "Pelita Ketenangan" mungkin antara penyebab yang sedikit menjauhkan saya daripada Belantara. Sebenarnya bukan Belantara sahaja. Hampir kesemua muzik rock melayu pada ketika itu saya tinggalkan. "True" lah konon-kononnya...haha...
Dalam 3 album Belantara, Infiniti adalah yang paling kurang saya dengar. Tetapi selama beberapa bulan kebelakangan ini, terutamanya semenjak ujudnya group Whatsapp Belantara, perasaan teruja untuk betul-betul mendengarnya semula semakin membara. Akhirnya...selepas 31 tahun, ulang ulang dengar sambil-sambil menolong orang rumah lipat baju (biasalah rock orang
Tidak boleh disangkal lagi di antara keistimewaan Belantara adalah kerana melodi, susunan lagu dan yang paling saya suka adalah kerja gitarnya. Melodinya mudah hadam. Susunan lagu yang lain dari kebiasaan (progressif dan melampui zaman). Dan semestinya untuk sebuah band rock adalah kerja gitar yang bagus.
Kalau ada anugerah "the most underated guitarist" di Malaysia. Saya tidak teragak-agak untuk memberikannya kepada Saudara Aziz. Memang power! Tanpa beliau bukanlah Belantara namanya. Sound Gitar BC Rich beliau di dalam album ini memang garang. Lagu-lagu seperti "Mereka", "Daya Tarikan" dan "Destinasi Infiniti" mempunyai sound rif yang berat. Lebih berat dari sound kebiasaan band rock melayu. Sound metal yang agak thrashy. Peranan Saudara Benson juga tidak boleh di nafikan, dual gitar solo dan harmonic solo ala-ala Iron Maiden dalam lagu "Mereka" memang mengasyikkan.
"Mereka" dan "Destinasi Infiniti" adalah lagu-lagu progressif rock yang berdurasi lebih dari 7 minit. Jarang jumpa lagu rock melayu yang panjang dengan susunan muzik sebegini. Solo gitar yang panjang berjela. Antara kegemaran peribadi. Ianya jenis yang tak akan dimainkan di radio. Baik dulu mahupun sekarang.
"Airmata" dan "Pelita Ketenangan" adalah lagu cari makan. Main muzik mainstrean memang kena beralah. Tetapi memang berbaloi pasal kalau tak silap "Airmata" pernah jadi juara (betulkan kalau tersilap) LPMI... ker Pujaan 10... tak ingat dah masa tu rancangan carta lagu-lagu popular di panggil apa. "Air Mata" memang meleweh. Tetapi melodinya kuat. Dengar ketika sedih memang betul-betul terasa sedih. Memang pilu.
"Pelita Ketenangan" pula rasanya bertujuan untuk mengenalkan Belantara kepada pendengar yang lebih umum. Tiada salahnya lagu ini. Leez pun bagus. Melodinya kuat. Cumanya susunan muzik dan durasi 6 minit lebih mungkin jadi penyebab agak sukar untuk radio memainkannya. Biasalah Belantara sentiasa mendahului zamannya. Bukan Belantara lah kalau sususan muziknya setakat biasa-biasa.
"Bunga Bangsa" adalah satu lagi lagu perlahan yang bagus. Kalau zaman muda dahulu memang tak berapa minat dengan susunan muzik yang sebegini. Tak rock la guna keyboards. Haha... Tapi solonya bagus. Melodi menangkap. Lirik membina. Sedikit progresif. Makin lama dengar makin sedap.
"Lautan Cahaya" adalah "Dewi" untuk album Infiniti. Ok lah, "Dewi" tu dah tahap lain klasiknya. Tapi "feel" dan rentak mid temponya seakan-akan menjerumus ke arah tersebut. "Telefon" juga mempunyai feel yang sama. Dua-dua lagu ni memang sedap. Ulang-ulang dengar pun tak jemu. Entah kenapa ada momen-momen dalam lagu Telefon membawa saya ke era new wave tahun 80an...
"Daya Tarikan" adalah lagu kegemaran dari album ini. Suka betul dengan solo dan kerja gitarnya. Sound berat. Lagu pun sedap. Harap sangatlah ianya dimainkan ketika showcase 20022020 nanti.
"Jalan Pulang" adalah satu lagi lagu perlahan. Lirik dan melodi yang bagus. Tetapi tarikan utamanya untuk saya adalah solo gitarnya. Tak ada solo dan kerja gitar yang tak bagus untuk lagu-lagu Belantara. Peminat gitar atau shredder memang wajib dengar setiap album mereka.
Kesimpulannya, dari gaya penulisan yang panjang berjela ni (jarang dah menulis panjang-panjang sekarang), ternyata Infiniti memang best. Saya bersalah kerana tidak menghargainya 31 tahun yang lalu....tapi tidak mengapa...kesalahan akan ditebus pada 20022020 nanti...lirik dah siap-siap hafal dah ni...haha...
Subscribe to:
Posts (Atom)