Belantara - Infiniti (1990)
Jujurnya ketika ianya dikeluarkan dulu, saya sekadar mendengarnya sambil lalu. Maklumlah,ketika itu (tahun 1990) muzik rock yang lebih ekstrim mula membanjiri pasaran di kedai-kedai kaset di seluruh Malaysia. Slayer, Sepultura, Morbid Angel (sekadar menyebut beberapa nama) mula membuka minda saya kepada muzik rock yang lebih ekstrim. Jiwa remaja yang mahukan yang laju, yang berat menyebabkab saya beralih kepada muzik yang sebegitu.
Lagu-lagu leleh dari album Infiniti seperti "Airmata" dan "Pelita Ketenangan" mungkin antara penyebab yang sedikit menjauhkan saya daripada Belantara. Sebenarnya bukan Belantara sahaja. Hampir kesemua muzik rock melayu pada ketika itu saya tinggalkan. "True" lah konon-kononnya...haha...
Dalam 3 album Belantara, Infiniti adalah yang paling kurang saya dengar. Tetapi selama beberapa bulan kebelakangan ini, terutamanya semenjak ujudnya group Whatsapp Belantara, perasaan teruja untuk betul-betul mendengarnya semula semakin membara. Akhirnya...selepas 31 tahun, ulang ulang dengar sambil-sambil menolong orang rumah lipat baju (biasalah rock orang
Tidak boleh disangkal lagi di antara keistimewaan Belantara adalah kerana melodi, susunan lagu dan yang paling saya suka adalah kerja gitarnya. Melodinya mudah hadam. Susunan lagu yang lain dari kebiasaan (progressif dan melampui zaman). Dan semestinya untuk sebuah band rock adalah kerja gitar yang bagus.
Kalau ada anugerah "the most underated guitarist" di Malaysia. Saya tidak teragak-agak untuk memberikannya kepada Saudara Aziz. Memang power! Tanpa beliau bukanlah Belantara namanya. Sound Gitar BC Rich beliau di dalam album ini memang garang. Lagu-lagu seperti "Mereka", "Daya Tarikan" dan "Destinasi Infiniti" mempunyai sound rif yang berat. Lebih berat dari sound kebiasaan band rock melayu. Sound metal yang agak thrashy. Peranan Saudara Benson juga tidak boleh di nafikan, dual gitar solo dan harmonic solo ala-ala Iron Maiden dalam lagu "Mereka" memang mengasyikkan.
"Mereka" dan "Destinasi Infiniti" adalah lagu-lagu progressif rock yang berdurasi lebih dari 7 minit. Jarang jumpa lagu rock melayu yang panjang dengan susunan muzik sebegini. Solo gitar yang panjang berjela. Antara kegemaran peribadi. Ianya jenis yang tak akan dimainkan di radio. Baik dulu mahupun sekarang.
"Airmata" dan "Pelita Ketenangan" adalah lagu cari makan. Main muzik mainstrean memang kena beralah. Tetapi memang berbaloi pasal kalau tak silap "Airmata" pernah jadi juara (betulkan kalau tersilap) LPMI... ker Pujaan 10... tak ingat dah masa tu rancangan carta lagu-lagu popular di panggil apa. "Air Mata" memang meleweh. Tetapi melodinya kuat. Dengar ketika sedih memang betul-betul terasa sedih. Memang pilu.
"Pelita Ketenangan" pula rasanya bertujuan untuk mengenalkan Belantara kepada pendengar yang lebih umum. Tiada salahnya lagu ini. Leez pun bagus. Melodinya kuat. Cumanya susunan muzik dan durasi 6 minit lebih mungkin jadi penyebab agak sukar untuk radio memainkannya. Biasalah Belantara sentiasa mendahului zamannya. Bukan Belantara lah kalau sususan muziknya setakat biasa-biasa.
"Bunga Bangsa" adalah satu lagi lagu perlahan yang bagus. Kalau zaman muda dahulu memang tak berapa minat dengan susunan muzik yang sebegini. Tak rock la guna keyboards. Haha... Tapi solonya bagus. Melodi menangkap. Lirik membina. Sedikit progresif. Makin lama dengar makin sedap.
"Lautan Cahaya" adalah "Dewi" untuk album Infiniti. Ok lah, "Dewi" tu dah tahap lain klasiknya. Tapi "feel" dan rentak mid temponya seakan-akan menjerumus ke arah tersebut. "Telefon" juga mempunyai feel yang sama. Dua-dua lagu ni memang sedap. Ulang-ulang dengar pun tak jemu. Entah kenapa ada momen-momen dalam lagu Telefon membawa saya ke era new wave tahun 80an...
"Daya Tarikan" adalah lagu kegemaran dari album ini. Suka betul dengan solo dan kerja gitarnya. Sound berat. Lagu pun sedap. Harap sangatlah ianya dimainkan ketika showcase 20022020 nanti.
"Jalan Pulang" adalah satu lagi lagu perlahan. Lirik dan melodi yang bagus. Tetapi tarikan utamanya untuk saya adalah solo gitarnya. Tak ada solo dan kerja gitar yang tak bagus untuk lagu-lagu Belantara. Peminat gitar atau shredder memang wajib dengar setiap album mereka.
Kesimpulannya, dari gaya penulisan yang panjang berjela ni (jarang dah menulis panjang-panjang sekarang), ternyata Infiniti memang best. Saya bersalah kerana tidak menghargainya 31 tahun yang lalu....tapi tidak mengapa...kesalahan akan ditebus pada 20022020 nanti...lirik dah siap-siap hafal dah ni...haha...
Wow...boleh la berjumpa dengar bloger rock tersohor 20022020 nanti
ReplyDeleteok...jumpa di sana....................................(nyorok :P)
Deletedengan saya taknak jumpa ker azizi...hadushhhhh hahahaha
DeletePergi jugak ke...boleh je jumpa semua gang sekepala...ni blogger Retro N Roll kan...pasal discography album tu semua mantap
DeleteinsyaAllah azizi.. kalau line clear sy jugak pergi.. thanx singgah my blog yer azizi... singgah2 la lagi.. ok see yaa
Delete