Untuk menjawap persoalan ini sebenarnya anda kena berada pada tahun 1987 ketika album pertama mereka diterbitkan, Ketika itu muzik rock di Malaysia baru bermula (Tolak Sweet Charity dan seangkatan dengannya yang lebih kepada rock 70an). Berapa banyak album rock melayu yang ada pada ketika itu?
Lima? Sepuluh?... seingatnya cuma Search, Band-band dari Battle Of The Band, Band-band dari Juara Juara Rock, Rusty Blade, Lovehunters, Clash Of The Band… siapa lagi?...itu sahaja kot.. tak ingat sangat dah…tapi memang tak banyak lah. Yang pastinya Belantara adalah yang terawal. Mereka dah ada sebelum muzik rock melayu benar-benar meletup pada tahun 1988 atau 1989.
Yang uniknya muzik mereka agak lain dari muzik rock melayu yang ada pada ketika itu. Mereka adalah rock atau heavy metal 80an yang progressif. Tapi iya lah. Bila anda mendengarnya sekarang memang lah bukan sesuatu benda yang baru. Ini cerita 33 tahun yang lalu. Sekarang muzik yang progressif sebegini banyak dah. Perasaan mendengarnya di tahun 1987 tak akan sama dengan mendengar pada tahun 2020.
Memang dah terlambat. "Feel"nya dah lain. Tetapi kalau ada sesiapa yang lahir selepas album ini diterbitkan, mendengarnya sekarang dan jadi minat….memang tabik la. Salut!
Band dah ready...stage pun dah ready...jumpa anda di sana......
Sy dilahirkan 2 thn selepas album pertama & terus jatuh cinta bila mendengarnya 1st time thn 2009. Haha. Lagu feveret destinasi infiniti. Syg x dapat gi showcase, ade hal. Hu2
ReplyDeleteTabik tuan!
DeleteEh silap da. 2 thn sebelum 1st album. Hehe
ReplyDeleteperenggan pertama, contohnya aku...
ReplyDeletemerujuk kepada entri 2015 aku
Deletetak sabar nk baca ulasan slepas show. enjoy bro!
ReplyDelete