Wednesday, April 15, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan 3




Kalau ikutkan hari ni dah mula kembali berkerja di pejabat. Tetapi oleh kerana PKP dilanjutkan untuk fasa ketiga. Sambung lagi "work from home" lah nampaknya.

Ada 3 perkara yang rasanya kurang gemar bila bekerja dari rumah. Dia punya "workload" sama sahaja. Tetapi (1) panas (2) Line wifi yang macam siput (3) tak ada kawan nak membawang 😁


Tapi dari segi boleh bantai muzik dengan "full blast" dan tak berhenti-henti makan, macam rasa seronok pula WFH ni. Duit minyak kereta pun jimat. Isi penuh 2 minggu lepas pun langsung tak luak. (Minyak murah pun tiada gunanya 😁)...

Ni kalau bersambung ke fasa 4... memang lupa dah jalan pergi ke opis...hahaha...


2 comments:

  1. fasa ke-3 aku dah start kerja, turun ofis...

    ReplyDelete
  2. aku masih lah bekerja keluar time pkp ni. tapi oklah banyak masa sudah aku dengar muzik sbb. kerja pun dah tak balik lewat. kadang2 pergi kerja tunggu job. kalau ada jalan terus.. aku pun baru beli walkman lagi makin semangat dengar kaset semula haha

    ReplyDelete