Satu lagi berita sedih tetapi bukan pasal muzik....
Ketika zaman budak-budak, ada 3 pemain bolasepak yang cukup saya minat dan kagumi. Bryan Robson, Zico dan Maradona.
Nama Maradona ni dah saya dengar ketika awal tahun 80an lagi. Tetapi biasalah pada zaman tersebut. Bukannya ada siaran langsung bola setiap minggu di tv. Yang ada punya hanyalah rancangan mingguan bolasepak Inggeris Big League Soccer. Yang betul-betul dapat tengok live depan tv pun hanyalah pada ketika Mexico 86. Memang dia betul-betul hebat. Kerana dia saya menjadi penyokong Argentina untuk beberapa siri Piala Dunia sebelum munculnya zaman Argentina (Messi) yang saya tak minat.
Ada yang membandingkan beliau dengan Pele. Tetapi saya tidak hidup pada zaman tersebut. Bagi saya Maradona sudah membuktikan yang secara berseorangan pun dia telah berjaya membawa Argentina dan Napoli ke puncak kejayaan. Dia adalah yang terbaik dan legenda sebenar bolasepak untuk generasi seperti saya.
Terimakasih lejen.
Diego Armando Maradona
October 30, 1960 - November 25, 2020
"Rest in peace"
teringat cerita lucu world cup 2010
ReplyDeleteterasa juga kehilangannya. lagenda yang tiada galang gantinya
ReplyDeleteAku tak berapa minat bola. Masa Piala Dunia 1986 pun baru darjah dua kot. Tapi selalu dengar phrase dia secara berseorangan bawa Argentina menang Piala Dunia.
ReplyDeleteSebenarnya apa yg berlaku masa tu? Team mate dia sangat tak talented ke camne, sampai dia di"credit"kan sampai camtu sekali?
Nak senang cerita gini la… Maradona ni dia bukan sahaja berbakat.. Tapi dia ada kelebihan yang boleh buat orang sekeliling dari biasa2 pun jadi hebat. Ada perbezaan kan antara talent dan greatness...Pasukan Argentina 86 tu selain Maradona kalau nak kira yang agak gah juga namanya mungkin Valdano dan Burruchaga. Tapi rasanya tanpa aura Maradona tu team ni tak kemana pun... Dalam Napoli pun sama...dari team yang bergelut dengan relegation battles terus jadi champioan disebabkan dia....tapi biasa la haters sentiasa discredit beliau...dia memang rockstar dalam bolasepak..kaki rebel... tapi ini mungkin pandangan aku jer yang membesar zaman dia..
DeleteGood info !
Delete