Saturday, August 7, 2021

Gila Format - Use Your Illusion II

Sebuah lagi album yang berjaya di"gila format"kan...

Guns N' Roses - Use Your Illusion II (1991)

Album yang mengimbau kenangan zaman remaja. Mengikut catatan di kaset, ianya dibeli pada 26hh September, 1991. Iaitu 9 hari selepas ianya berada di pasaran (17hb September, 1991). Di beli di sebuah kedai kaset di Segamat (ketika itu sedang menuntut di ITM Segamat).

Agak berbelah bagi awalnya untuk membeli yang mana terlebih dahulu. Maklumlah ianya dikeluarkan serentak bersama Use Your Illusion I. Sebagai seorang yang berstatus pelajar memang rasa tak mampu untuk membeli kedua-duanya (walaupun harga kaset pada ketika itu hanyalah RM13.50. Akhirnya memilih UYI II terlebih dahulu kerana ada khabar-khabar angin di surat khabar yang mengatakan berkemungkinan ianya akan di haramkan di Malaysia kerana lirik menyumpah / lucah pada lagu "Get In The Ring".

*untuk rekod, kaset UYI I dibeli tak sampai 2 minggu selepas itu (7hb Oktober, 1991)


Versi cd pula dibeli pada 21hb December 1995. Zaman masih rajin mencatat tarikh beli. Tapi dah tak ingat beli di mana. Mungkin juga Tower Records kerana kalau tak silap pada ketika itu sedang bekerja di Kuala Lumpur.

Album ini ada beberapa lagu yang banyak kenangannya. "So Fine" adalah salah satunya darinya. Ianya pernah di abadikan di dalam salah satu entri di blog ini pada suatu ketika dahulu >SINI<

Dulu ketika membaca lirik lagu "Estranged", pada ayat "Old at heart but I'm only twenty eight", rasa jauh lagi nak sampai usia tersebut... tetapi rupa-rupanya tak perasan pun betapa cepatnya masa berlalu... umur 28 tu dah 22 tahun berlalu...😊


3 comments:

  1. terbaik la...
    beyond words betapa aku suka album ni

    ReplyDelete
  2. aku dulu pun rajin tulis tarikh dan tempat beli kat inlay kaset atau CD (dan komik), tiap kali terbaca pasti akan menggamet memori

    tapi sekarang ni mostly beli online tak ada feel nak tulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...beli kat kedai macam dulu2 memang lain feel dia

      Delete