Penulisan kali ini adalah satu "tribute" atau pun satu penghormatan buat seorang sahabat dan juga penulis blog JDU393.
Dukacita dimaklumkan yang salah seorang sahabat blogger kita, saudara Mohd Shafid bin Rahmat telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa (3/8/2021) yang lalu. Mengikut makluman, Allahyarham diserang demam panas dan jangkitan kuman di otak (Meningoencephalitis)
Satu berita yang agak sukar untuk saya hadam. Saya mengenali arwah bukan setakat di blog tetapi mengenali juga secara peribadi. Walaupun mungkin bukan dalam tempoh yang lama (sejak berblog) dan berjumpa pun dalam lebih kurang 7 kali. Tetapi kami amat rapat di dalam group Whatsapp sahabat-sahabat blogger. Hari-hari berkongsi cerita dan bergurau senda terutamanya tentang hobi (rock, cd, toys, bola (sama geng Manchester United), movies) dan pelbagai cerita kehidupan.
Banyak kenangan yang tak akan saya lupakan. Arwah akan sentiasa saya ingati sebagai seorang sahabat yang baik hati, ceria, happy go lucky, jujur, suka membantu dan mudah. Yer..beliau memudahkan persahabatan kami. Siapa yang kenal dia pasti faham apa yang saya maksudkan. Memetik kata-kata Portdy, "Allah memang jadikan dia untuk gembirakan kawan2..."
Saya mengambil kesempatan ini supaya sama-sama lah kita mendoakan agar roh arwah dirahmati dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.
Terimakasih untuk segalanya. Selamat jalan sahabat....Semoga Allah ampunkan segala dosanya, menerima segala amalannya, mengangkat darjatnya disisi Allah dan ditempatkan dikalangan para solihin. Amin.
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Mohd Shafid bin Rahmat
05.09.1979 - 03.08.2021
ya allah, macam baru je aku sebut namanya dalam entri aku 2 minggu lepas
ReplyDeletekita orang lagi la terkejut...dia aktif dalam group...hari khamis dia bagitau yg dia masuk hospital..tunjuk gambar...lepas tu senyap...kita org call/whatsapp tak jawap...pagi selasa tu dapat berita dia dah tak ada...Allahu....
DeleteInnalilahi Wainnailaihi Roji'uun
ReplyDeletei miss u sapid
ReplyDeleteaku belum mampu nak buat satu entry untuk arwah
ReplyDelete