Tuesday, January 25, 2022

Kembara

 Hiburan hari-hari terakhir bekerja dari rumah...

Kembara - Kembara (1981)

Satu lagi kapsul masa. Tak pernah memiliki kasetnya. Ketika itu saya (10 tahun) dan abang yang 4 tahun lebih tua biasanya hanya meminjam kaset kawan-kawan. Maklumlah kami tak berduit untuk membeli. Kaset pertama kami adalah 2 tahun selepas itu (Michael Jackson - Thriller)

Masih teringat-ingat membelek dan mencari apa agaknya makna di sebalik gambar covernya. Selain album ini, gambar cover Sejuta Wajah - Sweet Charity serta Pusingan ke 2 - Flybaits akan sentiasa membawa saya kembali ke tahun 1981.

Kalau nak kira lagu yang ada kenangan adalah "Ekspress Rakyat". Pernah secara bidan terjun kena paksa dengan cikgu untuk menyanyikan lagu ini bersama 3 rakan lain untuk audition wakil kelas ke konsert sekolah. Nasib baik tak terpilih. Hahaha...

Tetapi kalau lagu yang paling digemari adalah "Hati Emas". Walaupun pada ketika itu belum lagi pandai tentang rock tetapi lagu-lagu yang ada bunyi gitar memang akan sentiasa terasa dekat di hati. Maklumlah pada ketika itu pun dah didedahkan oleh abang dengan lagu-lagu Scorpions, Deep Purple, Whitesnake, UFO dan Rainbow walaupun tak tau pun lagu-lagu begitu adalah lagu rock.

Selain 2 lagu tersebut, ada beberapa lagu seperti "Senandung Buruh Kasar" dan "Lagu Untuk Seorang Ibu" yang saya boleh ikut menyanyi sama walaupun dah bertahun tak dengar. Semua ini adalah kenangan zaman kanak-kanak. Sedar tak sedar perkara ini dah 41 tahun berlalu. Kalaulah mesin masa DMC DeLorean benar-benar wujud....


3 comments:

  1. Hati Emas akan sentiasa menjadi antara lagu terawal yang aku belajar untuk main bass

    ReplyDelete
  2. Album klasik folk melayu.. Semua lagu best2

    ReplyDelete
  3. Album yang meninggalkan impak besar buat industri muzik tanahair. Dewa19 pun tak bleh menandingi yang ini.

    ReplyDelete