Sesi ulangkaji sempena menunggu ketibaan album baru Megadeth yang akan terbit pada 2hb September nanti...
Megadeth - Dystopia (2016)
Lama tak dengar. Kali terakhirnya ketika persediaan menghadiri konsert Megadeth live in Malaysia (2017). Kalau ada pun yang sekali sekala dengar adalah The Threat Is Real dan Dystopia. Itupun sekadar youtube ataupun spotify. Malas rasanya nak mengembur rak.
Biasalah… sesedap mana pun album-album terkini, balik-balik album lama juga yang dicari. Betul tak?
Dari apa yang didengar sekarang berbanding 5 tahun yang lalu, rasanya tak banyak perubahan dari segi penerimaan. Ianya sebuah album thrash yang bagus. Ianya teknikal tetapi dalam masa yang sama agak melodic. Solo gitar Kiko Loureiro lebih berjiwa. Sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada Marty Friedman atau mungkin Chris Poland.
Namun begitu saya akan cuba untuk mendengar semula album-album zaman Chris Broderick dan Glen Drover sebagai perbandingan. Ada masanya suasana, ketika, emosi dan usia juga mmainkan peranan.
penampilan fizikal abang Mus era tour Dystopia 2017 haritu dengan era tour pasca-kanser sekarang memang ketara...
ReplyDelete*ketara perbezaannya
Delete