Tuesday, July 12, 2022

Hey Stoopid

 Lagi membeli sebuah kenangan….


Alice Cooper - Hey Stoopid (1991)

Kenangan zaman belajar di ITM. Kasetnya (kaset pinjam) terutamanya lagu "Might As Well Be on Mars" asyik di ulang-ulang pasang di walkman sampai habis bateri. Ntah kenapa suka betul dengan lagu ini. Lirik dan melodinya agak terkesan di hati.

Antara kaset pinjam yang hampir-hampir nak jadi harta sendiri. Berminggu atau berbulan atau mungkin juga hampir satu semester tak pulang. Tapi akhirnya dipulangkan juga. Kalau tak... jadi dah entri ni entri gila format…haha...


Alice Cooper sama seperti Aerosmith dan Whitesnake antara artis rock 70an yang berjaya meloloskan diri di era yang dipanggil sebagai hair metal. Itupun kerana mereka bersalin kulit mengubah muzik mereka mengikut aliran semasa. Kurang gemar dengan album-album awal beliau, tetapi trilogy Trash (1989), Hey Stoopid (1991) dan The Last Temptation (1994) adalah "holy grail" bagi yang minat beliau dari lewat 80an.

Tak ingat bila dan di mana versi cd dibeli. Tetapi versi piring hitam ini adalah antara yang baru berjaya dimiliki.  Antara yang menarik tentang album ini adalah barisan gitaris jemputannya. Joe Satriani, Steve Vai, Slash, Vinnie Moore dan Mick Mars…semua pun hebat. Tetapi yang lebih menarik lagi, bolehlah dikatakan yang kesemua lagunya sedap. Tak perlu skip!

3 album yang disebut tadi amatlah dicadangkan jika anda mahu mencuba dengar Alice Cooper di dalam genre pop metal.


4 comments:

  1. Menariknya Alice Copper dia maintain body dan imej...Aku yang die hard Whitesnake pun dah mula menyampah dengan band tu yang makin menjadi2 berubah2..Tambah lak dengan adanya bassist pompuan tuh...

    ReplyDelete
  2. baca entri ni baru teringat Nita Strauss dah tak main dengan Alice Cooper

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi yang ganti dia pun best....Kane Roberts. Siapa2 yang follow Alice Cooper tahun 80an sure excited

      Delete