Friday, December 30, 2022

14 years and a happy new year

 It's been 14 years of pain...

It's been 14 years that are gone forever and I'll never have again...

Diam tak diam dah 14 tahun berblog. Kalau orang dah masuk umur awal remaja. Dari list blog kawan-kawan kat sebelah kanan itu pun tinggal berberapa kerat sahaja yang masih aktif.

Blogspot bukan lagi satu trend. Kalau dulu senang-senang view boleh mencecah ratusan. Tetapi sekarang nak dapat 30 pun makan masa berbulan-bulan…haha... 

Tapi tak kisah lah. Ini blog syiok sendiri. Hingga kini, belum ada rasa nak berhenti. Selagi ada semangat dan bahan untuk ditulis rasanya akan terus menulis. Sekurang-kurangnya ada bahan duniawi untuk dikenang...

Cheers to 14 years and forever more....Selamat tahun baru!


Sunday, December 25, 2022

To the Gory End

 Lagi kenangan zaman remaja...

Cancer - To the Gory End (1990)

Yang ini kira satu batch dengan Pestilence - Consvming Impvlse. Ianya membawa saya kembali ke tahun 1990. Kedua-duanya berserta dengan Death - Spiritual Healing dan Entombed - Left Hand Path adalah antara kaset yang dipinjamkan kepada saya tetapi tidak pernah saya beli.

Ianya adalah tahun yang saya mula dikenalkan dengan muzik yang lebih ekstrem. Mula kenal dengan istilah "underground", "death metal" dan "poser". To The Gory End adalah antara yang paling diminati. Mungkin kerana muzik mereka agak melodic dan growl vokalisnya masih boleh difahami bunyi butirnya.

Seperti album-album begenre sebegini yang sezaman dengannya, ianya bukanlah seratus peratus death metal. Pengaruh thrashnya masih jelas kendengaran. Masih banyak rif nya yang agak thrashy. Mungkin itu penyebab kenapa ianya lebih mudah hadam. 

Pembelian cd sebegini sememangnya membeli kenangan. Memang jarang pun dipasang. Selalunya hanya sekadar menjadi penghias rak. Tapi kalau sesekali di pasang...memang jiran sebelah pun kena dengar sama…haha…


Tuesday, December 20, 2022

Consvming Impvlse

Satu kenangan zaman remaja...

Pestilence - Consvming Impvlse (1989)

Ianya kenangan tahun 1990. Consvming Impvlse adalah antara apa yang dikenalkan kepada saya apabila mula terjebak dengan muzik yang lebih ekstrem. Bersesuaian dengan darah muda pada ketika itu mana-mana lagu yang berat, laju dan aggresif memang senang masuk kepala.

Dulu tak tahu apa pun genrenya, kalau yang lebih berat dari rock dan heavy metal semua pun kita panggil thrash. Death metal masih lagi satu istilah yang baru. Tetapi kalau mendengarnya sekarang ianya bolehlah dikatakan dalam sempadan thrash menuju ke death metal. Tipikal band-band extreme metal pada ketika itu yang sedang mencari arah.

Tetapi muzik sebegini bukanlah pilihan utama buat saya sekarang. Mungkin juga atas faktor usia. Hanya terasa enjoy mendengarnya pada ketika dan suasana yang tertentu. Sewaktu memandu di highway contohnya. Namun begitu ianya tetap menjadi sebahagian dari soundtrack zaman remaja. Sesekali mendengarnya semula sememangnya teranguk-anguk juga kepala...


Friday, December 16, 2022

Dog Eat Dog

 Antara yang terkini dalam simpanan...

Warrant - Dog Eat Dog (1992)

Dulunya tak pernah dengar pun. Membeli dan mendengar album seperti ini boleh dianggap telah melanggar undang-undang seorang "TRUE"… hahaha…

Tapi sekarang memang mencari. Agak susah juga untuk mendapatkannya terutama bagi versi piring hitam. Kalau ada pun harganya jenis pergi haji balik hari. Bila dapat tahu yang ianya akan di"reissue" memang terus rasa teruja. Sayangnya pencarian di beberapa website menjual piring hitam termasuk Amazon dan Ebay gagal. Pre-order pun tak dapat. Dasyat juga penangan album ini. 1,500 keping yang di reissue sold out dalam sekelip mata. 

copy yang ke 405 dari 1500

Ketika itu dah terbayang dah, kalau dapat pun mesti dari reseller harga yahudi. Tapi akhirnya tanpa disangka-sangka boleh pula ada di Shopee. Tempat yang langsung tak diduga. Rupa-rupanya Hard Graft Records ada bawa masuk sekeping. Memang rezeki lah namanya. 

Warrant pada ketika itu muziknya sedikit berbeza dari album sebelumnya (Cherry Pie -1990). Ianya lebih berat dengan lirik yang lebih matang. Mereka bukan lagi sekadar sebuah party band. Kali ini, Joey Allen dan Erik Turner membuktikan yang mereka sebenarnya adalah 2 gitaris hebat walaupun hak mereka dinafikan penerbit album untuk 2 album yang awal. 

Sayangnya ketika itu mana-mana band yang ada kaitan dengan glam/hair metal telah dianggap ketinggalan zaman. Orang-orang seperti saya yang dulunya tak mengambil tahu, baru sekarang tergegeh-hegeh nak dengar. Sebenarnya banyak band-band sebegini telah menghasilkan album-album yang berkualiti pada tahun 90an. Mungkin itu antara penyebab mengapa ianya laris bagai goreng pisang panas pada waktu sekarang.


Tuesday, December 13, 2022

Gila Format - Freak of Nature

Ayu Azhari punya laki punya band selepas White Lion....

Freak of Nature - Freak of Nature (1993)

Ini adalah band Mike Tramp selepas White Lion. 

Tahun 90an banyak menenggelamkan band-band hard rock dan yang ada kaitan dengan glam/hair metal. Freak of Nature adalah salah satu darinya. Mereka hanya sempat mengecap sedikit populariti di Eropah tetapi gagal menembusi pasaran di US.

Sebenarnya muzik sebegini bukanlah tidak bagus tetapi ianya lebih kepada keadaan semasa pada ketika itu. Fenomena "Nirvana" dan "Grunge" serta media mainstream yang tidak lagi mempromosikan band-band seperti ini menjadikan generasi 90an menganggap mereka tidak lagi "cool" dan ketinggalan zaman.

Freak Of Nature sedikit berbeza dari White Lion. Soundnya lebih kasar bersesuaian dengan era rock moden pada ketika itu. Lagu-lagunya sedap. Mike Tramp membuktikan yang tanpa Vito Bratta, beliau masih mampu menghasilkan lagu-lagu yang baik. 

Walaupun saya adalah peminat besar Vito Bratta, tetapi perlu saya akui yang kerja gitar dari 2 gitaris yang bermain untuk Freak Of Nature ini sangat bagus dan tidak boleh dipertikaikan. Tanpa "signature sound" dari Vito, Mike Tramp berjaya melarikan diri dari imej White Lion. Sayangnya cap mohor "hair metal" telah sebati dengan nama beliau....

Kaset dibeli pada tahun ianya diterbitkan. Cd ketika zaman pandai e-bay di tahun-tahun 2000an. Manakala lp adalah versi reissue dari tahun 2021 yang baru berjaya dibeli pada beberapa minggu yang lalu.


Friday, December 9, 2022

Streets: A Rock Opera

Yang menyambut ulangtahun ke 31 pada 4hb Oktober yang lalu....

Savatage - Streets: A Rock Opera (1991)

Tak berpeluang nak dengar ketika tahun ianya diterbitkan. Tak jumpa dan rasanya memang tak ada di jual di mana-mana kedai kaset/cd di Malaysia. (Tower Records KL Plaza yang punyalah besar itu pun tak jumpa ianya ada dijual.) Membelinya sekitar penghujung tahun 90an (tahun 1999 kalau tak silap) di kedai cd kepunyaan Arwah Fadzil Muzik Box di Plaza Kotaraya, Johor Bahru.

Dibeli sekali bersama dengan cd Handful Of Rain. Ianya adalah cd terpakai dengan harga RM45 sekeping. Teruja nampak ianya ada dijual, memang tak berfikir panjang untuk menjolok duit di ATM berdekatan walaupun tengah sengkek di hujung bulan. Takut-takut kalau ada orang lain yang membelinya. Maklumlah kedai arwah kecil. Tak ada tempat nak sorok. Lainlah kalau di Tower Records. Boleh sahaja sorok di rak cd lagu cina untuk datang kemudiannya bila hari gaji...(pengalaman yang generasi sekarang tak akan dapat...haha...)

Rasanya itu sahaja kenangan saya membeli cd di kedai Arwah Fadzil. Lainnya saya hanya lebih duduk berborak dari membeli sehingga tak lama selepas itu kedai beliau di serbu polis/KDN dan beberapa barang termasuk t-shirt di rampas angkara isu Black Metal yang digembar gemburkan pada ketika itu. Dan akhirnya kedai beliau ditutup sebelum beliau membuka kedai baru di Plaza Seni, Johor Bahru. Semuanya tinggal kenangan. Plaza Kotaraya dah berubah wajah. Plaza Seni dah roboh. Dan Fadzil sediri dah meninggalkan kita semua (semoga Allah merahmati roh beliau).

Streets: A Rock Opera adalah sebuah album konsep. Dah pernah menulis tentangya 11 tahun yang lalu. Kalau nak baca boleh klik  >SINI<. 

Piring hitam ini adalah satu lagi dari siri reissue kesemua album studio Savatage. Album selanjutnya yang dah pun di dalam simpanan adalah Edge of Thorns dan Handful of Rain. Masih mengumpul duit untuk 3 lagi album yang seterusnya... 

#hatigembirapoketmenangis



Tuesday, December 6, 2022

Reach for the Sky

Yang menyambut ulangtahun ke 34 pada 1hb Nov yang lalu....Sayangnya tak ada kaset untuk di buat entri gila format...

Ratt - Reach for the Sky (1988)

Kalau sebut pasal Ratt, saya lebih kepada album Dancing Undercover (1986). Ianya lebih kepada keadaan semasa yang pada ketika itu kena dengan saya. Zaman baru terjebak dengan muzik rock dan album tersebut adalah diantara beberapa kaset rock/heavy metal yang terawal saya beli.

Ianya berbeza dengan Reach For The Sky. Ketika album ini dikeluarkan, saya telah mula kemaruk dengan muzik yang lebih laju dan berat. Tambahan pula kekangan duit seorang pelajar menyebabkan kasetnya tidak saya beli.

Apa yang dah dibeli oleh kawan, biasanya tak akan lagi dibeli. Kita hanya perlu meminjam dan dipinjam. Di dalam kes Reach For The Sky, ianya telah pun dibeli oleh abang kandung saya. Tetapi beliau bekerja di KL. Kasetnya hanya dapat saya dengar sesekali apabila beliau membawanya balik kampung setiap kali beliau bercuti.

Ini membuatkan album ini agak kurang nilai sentimentalnya untuk saya. Lagunya yang betul-betul saya dengar hanyalah  "I Want to Love You Tonight". Lagu tersebut ada di dalam satu kaset kompilasi cetak rompak cap Apache yang saya beli. 

Hanya mula mendengar album ini secara menyeluruh sekitar tahun 1993. Ianya adalah zaman saya merantau mencari kerja dan tinggal di rumah abang di Taman Kosas, Ampang. Dua lagu yang menarik minat ada adalah "Way Cool Junior" dan "I Want A Woman". Ianya mungkin akibat kerap menonton video clip lagu-lagu tersebut dari tape video VHS cetak rompak Ratt Detonator Videoaction.

Ianya bukanlah album Ratt kegemaran. Lebih suka akan album-album mereka yang awal. Tetapi mendengarnya semula sekarang (untuk membuat entri ini) rasa menarik juga. 

Tidak ada apa yang salah kalau gitaris anda adalah Warren DeMartini dan Robbin Crosby. Best!.


Saturday, December 3, 2022

Brotherhood

Lagi antara album terkini terbitan 2022...

Sinner - Brotherhood (2022)

Antara band 80an yang kurang dikenali. Saya sendiri hanya mengetahui tentang mereka apabila lagu mereka, "The Storm Broke Loose" dari album "Touch of Sin (1985)" diciplak ke dalam bahasa melayu menjadi "Memori" oleh kumpulan Rockers.

Mereka adalah diantara band-band heavy metal Jerman yang kurang berjaya di arena antarabangsa. Namun begitu mereka tetap aktif hingga kini. Kali terakhir mendengar album penuh mereka adalah "Dangerous Charm (1987)".  Selepas dari itu sememangnya tidak mengambil tahu sehinggalah gatal tangan mencuba dengar album terbaru ini di Spotify dan tak pasal-pasal terus jadi minat dan "terbeli" pula cdnya.


Tidak pasti sejauh mana mereka telah berubah. Tetapi Brotherhood mengembalikan ingatan saya kepada zaman awal mereka sebelum berubah menjadi lebih komersial, glam dan sedikit AOR di penghujung 80an. Ianya adalah melodic heavy metal dengan rif-rif yang catchy. Adakalanya menyeberangi sempadan power metal ala-ala Helloween. Ianya bukanlah sesuatu yang asing kerana Matt Sinner selain menjadi tulang belakang Sinner, beliau juga adalah pengasas bersama dan masih aktif untuk kumpulan power metal Primal Fear

Secara keseluruhannya ia adalah sebuah album melodic heavy metal yang sangat bagus. Rekomended untuk yang gemar muzik sebegini. Sudah semestinya antara album yang menjadi kegemaran untuk tahun 2022.