Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada bulan April yang lalu...
Queensrÿche (Geoff Tate's Version) - Frequency Unknown (2013)
Album kontroversi kepada peminat Queensrÿche. Ini sebenarnya adalah album solo Geoff Tate selepas di pecat dari Queensrÿche. Ketika itu isu perebutan nama tengah hangat yang mana akhirnya Geoff Tate kalah di mahkamah. Beliau selepas dari ini tidak dibenarkan lagi menggunakan nama Queensrÿche.
Album ini dulunya sering diberi rating yang rendah tetapi bukanlah kerana lagu atau produksinya, tetapi lebih kepada peminat yang marah kepada Geoff Tate. Sebenarnya lagu-lagunya boleh tahan sedap. Ada juga yang mengimbau kepada Queensrÿche yang lama. Tetapi yang membuatkan saya tertarik untuk mendengarnya adalah kerana barisan artis jemputannya.
Shredder jemputannya semua dasyat. Jon Levin (Dokken), Ty Tabor (King's X), K.K. Downing (Judas Priest), Brad Gillis (Night Ranger), Dave Meniketti (Y&T) dan Chris Poland (Megadeth).
Bassist pula adalah Rudy Sarzo (Quite Riot / Whitesnake) menakala drummer adalah Simon Wright (AC/DC / Dio) dan Paul Bostaph (Forbidden / Slayer).
Dan tambah menarik kesemua bahagian rhythm guitar dimainkan oleh Craig Locicero (Forbidden). Maka 4 lagu dari album ini yang drumnya dimainkan oleh Paul Bostaph menjadikan lagu-lagu tersebut adalah separuh pemuziknya adalah dari Forbidden. Tetapi lagu-lagunya bukanlah lagu thrash. Tetapi sebagai peminat Forbidden, perkara seperti ini sememangnya mengujakan...haha...
* ada 4 lagu bonus track rakaman semula lagu-lagu popular Queensrÿche. Ianya dimainkan serupa seperti yang asal atas kehendak syarikat rakaman. Mengikut Geoff Tate, rakaman tersebut adalah semata-mata kerana duit.