Memulakan cerita pasal cd di tahun baru dengan cerita Iron Maiden....sudah semestinya la kan....
Sepatutnya di tulis pada tahun lepas sempena menyambut ulangtahunnya yang ke 10.
Iron Maiden - Dance of Death (2003)
Awalnya tak berapa gemar dengan album ini. Tambahan pula covernya tidak menarik. Pada saya ini adalah cover album mereka yang paling buruk. Pertama kali ternampaknya di rak cd memang tiada nafsu untuk membelinya. Tambahan pula pada ketika itu (awal tahun-tahun 2000) saya baru kembali mendengar semula muzik rock dan metal selepas kononnya nak pencen bila berkahwin dan mempunyai cahaya mata.
Memang terasa kelainan pada awalnya. Lagu-lagunya agak panjang yang kebanyakannya lebih dari 6 minit. Lebih progressif. Biasanya mereka cuma ada 1 atau 2 lagu yang begitu. Saya sememangnya agak sukar untuk hadam lagu-lagu yang progessif. Terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menerimanya. Lebih pelik bila adanya lagu seperti Journeyman. Tak pernah terpikir mereka akan bermain akustik dengan iringan keyboards. Suatu benda yang tak rock langsung ketika saya remaja di tahun-tahun 80an dulu. Makin aneh bila Iron Maiden pula yang memainkannya. Siapa kata Iron Maiden tidak pernah berubah.
Tetapi sebenarnya lagu-lagu progresif seperti Paschendale, Dance of Death, Face in the Sand dan Journeyman itulah yang menarik. Semakin lama mendengarnya semakin sedap (grower). Manakala untuk lagu-lagu yang pendek memang saya tiada masalah untuk menyukainya. Sayangnya tiada lagu yang betul-betul dapat mencabar lagu-lagu di era 80an mereka kecuali pada saya Montségur. Lain-lain mungkin Wildest Dreams dan Rainmaker. Manakala percubaan pertama Nicko McBrain mencipta lagu (New Frontier) sekadar ok-ok sahaja lah.
Di pendekkan cerita Dance of Death sama seperti The Final Frontier, memerlukan masa. Di era 6 orang anggota ini saya tetap memilih Brave New World dan A Matter of Life and Death sebagai album terbaik mereka. Walaupun begitu album ini memang wajib dibeli. Ini Iron Maiden la beb...tak rock la kalau tak ada....
album antara yang terbaik dari Iron Maiden
ReplyDeleteNak cepat hadam kena tengok live version lagu2 album ni
ReplyDeletePada aku antara silap maiden ialah tak main montsegur live.
ReplyDeleteDance of death adalah sangat terbaik lagu dia, guitars solo terutama janick punye solo, dan crowd participation dia.
Paschendale adalah antara terbaik tentang erti makna lagu dan segalanya tentang muzik dan persembahan lagu ni. Adrian smith at his best.
Cover, ni mamat artist cathedral band tu buat. Bila dia dapat tahu maiden nak guna dia punye rough drawing ngan kecacatan anggota tu semua, dia make sure nama dia tak disebut dalam senarai cover artist tak silap aku. Tapi fikir balik, memang sengaja dibuat sumbang kot cover ni oleh maiden.
wildest dream & rainmaker bakal dicover MUP :)
ReplyDeletetak dengar lagi album ni... hihihi
ReplyDeleteBila tengok entri ni baru teringat cd ni ada pada member aku..hampeh tul..sekarang jugak aku nak call dia suruh pulangkan balik
ReplyDeletehahahha...
Deleteabg ben mana? komen la......
ReplyDeleteAlbum n meluas betul dia punya promosi dulu...kalo x silap ada free poster kalo belo cd/kaset dulu.
ReplyDeleteBrave New World instant classic, bro. dengar ja terus senyum!
ReplyDelete