Menghabiskan cuti 25hb Disember 2024...
Satu lagi sindrom orang berusia adalah sewa Cabana. Ada tilam ada bantal ada kipas dan petisejuk. Memang sedap la bantai membuta kat sini…hahaha…
Menghabiskan cuti 25hb Disember 2024...
Satu lagi sindrom orang berusia adalah sewa Cabana. Ada tilam ada bantal ada kipas dan petisejuk. Memang sedap la bantai membuta kat sini…hahaha…
Lagi antara album terbaik 2024
Moggs Motel - Moggs Motel (2024)
Khas buat peminat Phil Mogg khususnya dan peminat UFO amnya.
Ini adalah album "comeback" dari Phil Mogg selepas persaraan UFO dan masalah kesihatan yang dihadapi oleh beliau. Ianya adalah sesuatu diluar jangkaan kerana ramai peminat termasuk saya beranggapan yang beliau sememangnya telah bersara terus dari dunia nyanyian.
Tambah menarik album ini dibarisi oleh pemuzik handalan. Neil Carter (bekas gitaris/keyboardist UFO di era awal 80an), Tonny Newton (bassisit untuk KK's Priest, Voodoo Six), Tommy Gentry (gitarist Voodoo Six, seasonist) dan Joe Lazarus (drummer Voodoo Six dan anak saudara Steve Harris yang banyak rumour mengatakan yang beliaulah pengganti Nicko McBrain walaupun kemudiannya berita tersebut tidak benar).
Album ini adalah yang paling hampir kita dapat bagi yang merindui UFO. Memang kebanyakan lagu-lagunya megembalikan memori kepada UFO. Walaupun mungkin vokal Phil Mogg tidaklah sehebat seperti dahulu tetapi auranya tetap ada.
Bagi saya ini adalah antara album hard rock terbaik untuk 2024. Siapa sangka dalam usia menjangkau 76 tahun pun Phil Mogg masih berupaya menghasilkan satu produk yang bagus.
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Rafi Xyrus Zone
Kita bikin romantis @ De' Laman Seputeh, Segamat - 22/12/2024
Yang menyambut ulang tahun ke 50 tahun ini...
UFO - Phenomenon (1974)
Dalam banyak-banyak album yang menyambut ulangtahun ke 50, ini adalah yang paling digemari. Pernah 2 kali menulis tetang album ini. Pertama ketika ulangtahun ke 40 (10 tahun yang lalu) dan kedua ketika dapat membeli versi piring hitam 2 tahun yang lalu.
Tetapi disebabkan ini adalah sambutan jubli emasnya, memang tak boleh tidak kena tulis juga tulis tentangnya. Saya dah tak boleh ingat bila kali pertama mendengar album ini secara penuh. Tetapi "Doctor Doctor" dan "Rock Botom" adalah lagu pertama yang saya dengar dan terus jatuh minat.
Itu pun dah tak boleh ingat tahun bila. Tetapi ianya adalah melalui satu kaset lagu-lagu kompilasi di tahun 80an. Ketika itu Michael Schenker telah pun keluar dan menubuhkan MSG. Zaman tanpa internet duduk kampung, saya agak keliru tentang hubung kait antara UFO, Scorpions, MSG dan Michael Schenker.. haha..
Tak ada apa lagi nak tulis dah. Ini sememangnya salah satu album kegemaran dari era 70an.
Lagi album terbitan tahun 2024
Nocturnus AD - Unicursal (2024)
Nocturnus adalah band death metal terawal yang menggunakan keyboards secara dominan. Album The Key (1990) pada awalnya terasa pelik tetapi lama kelamaan jatuh suka.
Makanya apabila Mike Browning (vokalis dan drummer asal Morbid Angel dalam demo Abominations of Desolations) mahu meneruskan Nocturnus, saya sedikit teruja. Tak kisah lah kalau dia terpaksa menggunakan AD di belakang kerana isu mahkamah (beliau telah dipecat dari Nocturnus dan hilang hak keatas nama Nocturnus walaupun beliau adalan antara pangasasnya).
Ini adalah kali kedua beliau menggunakan nama AD. Seperti yang pertama (Paradox -2019), ianya juga adalah konsep album berlatarbelakangkan sains fiksyen kesinambungan dari The Key.
Dari seginya muziknya juga tidak banyak berubah. Ianya masih thrash/death metal dengan bunyian keyboard yang menjadi trademark khas kepada Nocturnus. Ditambah dengan riff sedap dan solo menarik, rasanya majoriti yang suka The Key pastinya akan suka album ini.
Semestinya salah satu album kegemaran untuk tahun 2024.
Lagi yang terkini...
Stryper - When We Were Kings (2024)
Tak banyak band yang boleh memuaskan hati peminat lama dengan setiap album baru mereka. Tetapi Stryper telah berjaya melakukannya. Semenjak album No More Hell to Pay (2013), mereka telah berturut-turut melahirkan album yang kualitinya menyaingi zaman kegemilangan 80an mereka.
Dalam satu wawancara, Michael Sweet mengatakan yang Stryper mendengar pandangan peminat. Peminat mahukan sound 80an dan lebih banyak solo gitar. Dan itulah yang mereka berikan di dalam 4 hingga 5 album kebelakangan ini.
When We Were Kings bagi saya lebih perencah hard rock berbading heavy/power metal seperti beberapa album sebelumnya. Kebanyakan lagunya mempunyai bahagian chorus yang catchy. Jarang orang bercerita tentang dual gitar solo dari Michael Sweet dan Oz Fox. Tetapi sekali lagi mereka membuktikan yang mereka patut menerima pengiktirafan yang lebih tinggi.
Sound produksi tip-top . Vokal Michael Sweet masih bagus. Lagu-lagu sedap. Tiada apa yang peminat Stryper nak komplen...
Produk tempatan 2024...
Langsuir - Engkar (2024)
Seperti yang pernah disebut sebelum ini, saya sememangnya jarang membeli produk muzik tempatan. Tetapi kalau ianya kena dengan selera sudah semestinya akan dibeli.
Langsuir sememangnya tidak mengecewakan. Mereka masih dengan indentiti mistik kemelayuan. Itu adalah ciri khas mereka. Lagu-lagunya memang mudah menangkap.
Produksi sound pun bersih dan sedap. Bagi saya mereka adalah penanda aras untuk genre melodic death metal tempatan
Walaupun sekadar EP ( 5 lagu), Ianya bolehlah dikatakan sebagai rilisan melodic death metal terbaik untuk tahun 2024.
Rekomended!
Lagi album terkini 2024 yang ada dalam simpanan.
Cloven Hoof - Heathen Cross (2024)
Dulu selalu nampak nama band ini di majalah Kerrang!. Tetapi tak berpeluang nak dengar. Tak pernah jumpa kasetnya di kedai.
Mereka adalah dari generasi NWOBHM yang kurang berjaya. Hanya sempat merakam kan satu album sebelum berpecah.
Satu-satunya anggota yang tinggal hanya lah pemain bass mereka, Lee Payne. 2 kali beliau menghidupkan kembali Cloven Hoof. Sekali pada penghujung 80an dan kali keduanya pada tahun 2000an dan bertahan sehingga sekarang.
Ini adalah album mereka yang ke 9. Dan seperti kebanyakan band-band NWOBHM lainnya, mereka masih mengekalkan asas tradisi heavy metal mereka.
Bagi yang suka era NWOBHM seperti saya. Album sebegini sememangnya kena dengan halwa telinga. Ianya adalah klasik heavy metal 80an dengan sentuhan sound dan produksi moden ala Judas Priest masa kini.
Tambah menarik apabila mereka menggunakan khidmat vokalis Jag Panzer, Harry Conklin. Vokal beliau sememangnya sesuai dengan muzik yang sebegini.
Lagi album terbitan 2024...
Wintersun - Time II (2024)
Tak pernah dengar walau satu lagu pun dari Wintersun sebelum ini. Macam rasa dah cukuplah dengan band bergenre sebegini. Dah tepu.
Tetapi rasa terpanggil untuk mencuba bila ianya asyik disebut-sebut oleh seorang rakan group Cd Passion di FB. Tambahan pula saya teringin untuk mendengar hasil kerja Teemu Mäntysaari. Dan sebagai seorang insan yang lemah akhirnnya terpengaruh juga...hahaha...
Mengikut pendengaran telinga saya, Time II adalah tipikal symphonic power metal dengan sedikit acuan melodic black metal terutamanya dari segi vokal. Yang berbezanya mereka memasukkan elemen Folk Asia Timur ke dalam muzik mereka. Intro albumnya pun seperti sedang mendengar album Kitaro. Dan ada ketika lengok melodinya mengingatkan saya kepada Wayang Pekji (Opera Cina) di pekan Ulu Tiram ketika zaman saya kanak-kanak dahulu.
Saya tak dengar Time I (2012). Maka tak dapatlah nak membuat perbandingan. Tetapi yang pastinya band bergenre begini semestinya mempunyai gitaris dan vokalis yang bagus. Dan itulah yang kita dapat dari Jari Mäenpää (bekas vokalis/gitaris Ensiferum dan merangkap master mind untuk Wintersun) dan juga Teemu Mäntysaari. Setelah mendengarnya tak pelik lah kenapa Abang Mus mengambil beliau untuk Megadeth.
Rekomemded untuk peminat power metal.
Album yang menyambut ulangtahun ke 50 pada 1hb November yang lalu...
Scorpions - Fly to the Rainbow (1974)
Scorpions saya adalah di zaman Mathias Jabs. Kerana saya membesar ketika zaman tersebut. Namun saya tidak menafikan kehebatan zaman Uli Jon Roth. Cuma muziknya agak berbeza.
Fly to the Rainbow adalah album kedua Scorpions dan yang pertama buat Uli Jon Roth. Ini adalah permulaan berubahnya muzik Scorpions dari psychedelic menjadi lebih hard rock dan bermelodi. Mungkin ianya ada kena mengena dengan beliau. Kerja gitar beliau lebih aggressif. Lagu seperti "Speedy's Coming" adalah contohnya.
Namun ini bukanlah album kegemaran dari zaman beliau. Album-album selepasnya lebih menarik. Tetapi lagu-lagu sperti "Speedy's Coming","Fly People Fly" dan lagu yang dinyanyikan sendiri oleh Uli, "Drifting Sun"adalah antara lagu yang menarik.
Album rock melayu terkini di pasaran..
Barbarik - Peluru Cokelat (2024)
Tabik untuk Jobranko kerana masih terus berkarya. Beliau masih dengan trademarknya tetapi dengan sound dan gaya rock yang lebih moden.
Harapnya dengan album ini mereka akan mendapat lebih ramai peminat baru yang lebih muda. Nak harap peminat lama berapa kerat sahajalah yang masih beriya mendengar apatah lagi membeli muzik.
Saya sememangnya jarang membeli produk muzik tempatan kecuali jika ianya betul-betul kena dengan jiwa. Dan ini sememangnya album rock tempatan terbaik untuk tahun 2024.
Rekomended!
Album live yang menyambut ulangtahun yang ke 40 semalam, (12hb November) ...
Duran Duran - Arena (1984)
Ini bukan cerita tentang album ini semata-mata, tetapi lebih kepada kenangan tentangnya.
Dulu, ada dokumentari (Sing Blue Silver) mengenai Duran Duran yang ditayangkan di TV3 bersempena sambutan tahun baru 1985. Memang teringin sangat nak menontonnya, tetapi sayangnya waktu itu, siaran TV3 hanya boleh ditonton oleh penduduk di Lembah Klang.
Gambar kulit album ini digunakan sebagai gambar promosi rancangan tersebut. Setiap hari terpampang di surat khabar sehinggalah menjelang tahun baru. Ia dijadikan sebagai kiraan waktu (countdown) menuju tahun baru. Memang kecewa tak dapat menontonnya, maklumlah ketika itu sedang kemaruk dengan Duran Duran.
Tetapi sebenarnya pada masa itu, album live ini pun belum pernah didengar. Tidak jumpa dijual di kedai kaset. Namun, dokumentari Sing Blue Silver ada juga dijual dalam bentuk VHS. Tetapi tidak dibeli pun kerana selepas dari itu, telah mula pula kemaruk dengan rock/heavy metal, dan mula membeli album-album lain.
Dokumentari tersebut hanya dapat ditonton apabila tiba zaman YouTube. Sementara rekod dan CD ini pula hanya dibeli beberapa tahun yang lalu, sekadar untuk mengimbau kenangan silam.
*ayat diolah oleh chatgpt 😁
Yang menyambut ulangtahun ke 50 pada bulan Jun yang lalu...
Budgie - In For The Kill (1974)
Untuk golongan yang lebih muda, Budgie dikenali kerana Metallica. Tetapi untuk yang lebih tua berusia, mereka dikenali kerana "I Turned to Stone". Ianya adalah lagu wajib bagi kebanyakan mat rock 80an.
Tetapi ini bukan nak bercerita tentang "I Turned To Stone". Itu album yang lain. Yang ini sememangnya di beli semata-mata kerana "Crash Course in Brain Surgery”. Ianya adalah lagu kegemaran dari album Metallica - Garage Days Re-Revisited. Tajuk lagunya pun dah buat tertarik. Dulu-dulu zaman sekolah suka la tulis tajuk lagu ni kat meja dan dinding sekolah. Padahal tak tahu pun liriknya pasal apa.
In For The Kill! adalah album keempat mereka. Ianya di dalam acuan rock progresif 70an yang popular pada ketika itu. Kelainan mereka lebih kepada sound gitar yang berat menjadikan mereka antara band awal yang memberi pengaruh sehingga terbentuknya heavy metal.
Antara band yang sepatutnya boleh pergi jauh. Terima kasih kepada Metallica. Tanpa Metallica mungkin tak ramai yang tahu tentang mereka.
Hari ini adalah ulangtahunnya yang ke 40.
Cinderella - Still Climbing (1994)
Nak baca panjang lebar saya bercerita tentang album ini boleh rujuk >SINI<.
Ketika entri tersebut di tulis pada 10 tahun yang lalu saya hanya memiliki versi kaset. Tetapi sebagai seorang yang mempunyai penyakit "gila format", sudah pastinya ia akan beranak pinak…hahaha…
Versi cd di beli secara online (tak ingat tahun bila - berkemungkinan sekitar 2,3 tahun yang lalu). Manakala versi record adalah reissue terkini dari Music on Vinyl pada bulan Jun yang lalu. Cuma yang kurang menarik tentang keluaran Music on Vinyl adalah packaging yang simple. Ianya adalah seperti insert yang asal tanpa ada apa-apa penambahan. Mungkin sesuailah dengan harganya yang masih mampu milik.
Hari ini, 5hb November adalah hari ulangtahunnya yang ke 40.
Bryan Adams - Reckless (1984)
All time favourite. Kalau ada satu album kena pilih bila terperangkap di pulau, ini adalah albumnya.
Terkini dari band rock lagenda...
Deep Purple - =1 (2024)
Kali terakhir yang saya betul-betul mendengar album Deep Purple adalah ketika Ritchie Blackmore masih menjadi gitaris mereka (The Battle Rages On - 1993).
Langsung tak tahu sepatah haram pun ketika zaman Steve Morse. Sedar-sedar mereka kini dah pun mempunyai Simon McBride sebagai gitaris baru. Hasil dari hasutan dan rachun rakan-rakan segroup whatsapp akhir TERbeli yang terbaru ini.
Untuk tidak jauh ketinggalan, saya mencuba dengar beberapa album-album era Steve Morse seperti Purpendicular (1996), Abandon (1998) dan Bananas (2003). Ternyata mereka masih mencuba untuk mengekalkan identiti Deep Purple walaupun tanpa Ritchie Blackmore dan Jon Lord. Dan Don Airey adalah pengganti yang tepat untuk Jon Lord.
Saya mengambil sedikit masa juga untuk menghadam =1. Simon McBride seorang gitaris yang bagus. Solo-solo dia sedap. Manakala Don Airey meneruskan legasi solo hammond organ Jon Lord. Ada lagu yang cuba untuk kembali ke era 70an. Cumanya vokal Ian Gillan tidaklah sehebat zaman muda dulu.
Kesilapan besar saya adalah mendengar album Purpendicular sebelum =1. Ternyata agak sukar untuk mereka menyaingi kehebatan Purpendicular. Malah ketika zaman Steve Morse sekali pun.
Pada saya album ni kira boleh tahan lah. Simon McBride memberi warna baru yang lebih muda kepada Deep Purple. Beliau tidak cuba untuk menjadi Ritchie Blackmore ataupun Steve Morse.
Ian Gillan, Roger Glover dan Ian Paice patut dipuji kerana terus menerus menghasilkan album baru. Tiada istilah pencen utuk mereka. Tabik!
Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 10hb Oktober yang lalu...
Annihilator - King of the Kill (1994)
Album ini tidak masuk ke pasaran Malaysia. Label baru mereka (Music For Nations) tidak memasarkannya ke sini. Tanpa teknologi internet pada ketika itu, memang agak sukar untuk mendengarnya.
Kegagalan album "Set The World On Fire" (1993) menembusi pasaran mainstream menyebabkan kontrak mereka bersama Roadrunner Records ditamatkan, dan Jeff Waters menjadi satu-satunya anggota yang tinggal.
Namun ianya bukanlah satu masalah. Annihilator sememangnya Jeff Water. Tiada masalah untuk beliau bergerak sebagai "one man band". Selain bahagian drum yang dikhabarkan menggunakan drum machine, beliau memainkan semua instrumen termasuk vokal.
Album ini membawa Annihilator kembali ke landasan thrash. Ada juga beberapa elemen komersial seperti album sebelumnya. Walaupun beliau sedikit terpengaruh dengan groove ala Pantera yang sedang popular pada ketika itu, King of the Kill masih mengekalkan identiti muzik Annihilator.
Semenjak berpeluang mendengarnya. Ianya menjadi salah satu album kegemaran. Mungkin beliau sepatutnya menyanyi dari album yang awal tanpa perlu bertukar-tukar vokalis. Beliau sememangnya boleh menyanyi dengan bagus.
Yang dah berumur 50 tahun pada 6hb September yang lalu...
Judas Priest - Rocka Rolla (1974)
Permulaan mereka mencari arah. Ianya jauh berbeza dari Judas Priest yang kita kenal sekarang. Mereka masih terikut-ikut gaya muzik popular pada ketika itu. Era hard rock 70an yang bluesy, progresif dan psychedelic. Tetapi yang pastinya identiti twin guitar solo dari K.K Downing dan Glenn Tipton dah boleh dikesan sejak dari sini.
Saya secara peribadinya tak pernah mendengar album ini sehinggalah wujudnya zaman mp3. Tak pernah terjumpa kaset ataupun cdnya ada dijual disini. Tahu pasalnya pun hanya melalui majalah. Tertarik dengan konsep covernya dan penyakit mengumpul keseluruhan discography sesebuah band menyebabkan akhirnya membeli cd ini ketika zaman pandai mengebay.
Kalau minat hard rock 70an mungkin boleh suka. Tetapi kalau suka zaman heavy metal, mungkin boleh bermula dari album yang selepas dari ini.
Baru bercadang untuk menulis tentang cd ini. Ianya baru dibeli dalam beberapa hari yang lalu.
Paul Di'Anno's Warhorse (2024)
Sedang dalam mendengar dan mencari idea untuk menulis, tiba-tiba terbaca berita yang Paul Di'Anno telah meninggal dunia. Satu lagi kenangan silam yang dah tiada.
Walaupun saya mula mendengar Iron Maiden ketika zaman Bruce Dickinson, tetapi 2 album beliau bersama Iron Maiden tetap menarik hati. Terutamanya jika mahukan Iron Maiden yang straight forward heavy metal.
Remember Tomorrow, Running Free, Phantom Of The Opera, Wrathchilds, Killers, Prodigal Son adalah antara yang entah berapa puluh atau ratus kali dimainkan sejak dari usia remaja membawa ke umur KWSP.
Terima kasih Mr. Paul Di'Anno (17/05/1958 - 21/10/2024) kerana mewarnai kehidupan zaman remaja. Beliau pernah mengaku yang dia Muslim. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Sedikit info tentang album Warhorse. Ianya adalah antara projek Di'Anno yang terakhir. Semua muzik, lirik dan instrumen dimainkan oleh 2 gitaris berbakat dari Croatia, Hrvoje Madiraca dan Ante Pupačić Pupi. Album ini berkonsepkan straight forward heavy metal ala 80an dengan sound produksi terkini. Memang best!
Lagi album terkini di pasaran...
Mr. Big - Ten
Kalau ini album terakhir Mr. Big saya mengharapkan ianya adalah sesuatu berbaloi untuk saya ingati. Sayangnya ia tidak seperti yang diharapkan. Bukanlah nak kata ianya tidak bagus. Bagus! tetapi ianya tidak mencapai status hebat Mr. Big yang saya harapkan.
Saya faham mereka berevolusi. Dah lama sebelum zaman Richie Kotzen lagi. Sekurang-kurangnya pun saya mengharapkan yang ianya setanding dengan Defying Gravity (2017). Malangnya tidak. Nasib juga ada beberapa solo hebat Paul Gilbert yang jadi penyelamat. Sayang.. kalau ini album terakhir mereka, Billy Sheehan sepatutnya memainkan peranan yang lebih lagi.
Mungkin saya meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Tetapi mereka Mr Big. Taraf mereka sememangnya patut tinggi. Secara keseluruhannya ini adalah album hard rock yang bluesy. Jika anda tidak mengharapkan lagu-lagu laju seperti beberapa album awal, mungkin ini versi Mr. Big yang bersesuaian dengan selera.
Satu lagi, drummer baru mereka juga bagus. Pengganti yang sesuai untuk mendiang Pat Torpey. Harapnya akan ada album no 11. Ini bukanlah penutup yang sesuai...
Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 26hb September yang lalu...
R.E.M. - Monster (1994)
Ini adalah album yang saya beli kerana pengaruh dari radio dan tv. Lagu "What's the Frequency, Kenneth?" sering saya dengar di radio. Video clipnya pula selalu ditonton di MTV dan Channel V. Lagunya yang mempunyai sound gitar yang agak kasar membuatkan saya tertarik untuk membeli kasetnya.
Monster menepati ciri-ciri muzik alternatif yang sedang popular pada ketika itu. Walaupun ianya bukanlah genre kegemaran. Tetapi hidup di zaman tersebut memang tak boleh lari dari mendengar muzik sebegini.
Lagu tak kira apa pun genrenya kalau sedap ditelinga pasti akan menjadi kegemaran. "What's the Frequency, Kenneth?" adalah satu contoh untuk saya. Tetapi jangan ditanya lagu-lagu lainnya. memang tak ada langsung dalam kepala...haha..
*versi kaset di beli pada 16/10/1994 manakala cd ketika zaman ebay estock dengan harga hanya belasan ringgit.
Yang menyambut ulangtahun ke 50 pada tahun ini (18 Februari)
Kiss - Kiss (1974)
Album pengenalan Kiss. Kalau kita semak senarai lagunya memang banyak lagu popular mereka ada di dalam album ini. Mungkin ianya bolehlah dikategorikan sebagai salah satu debut album terbaik dalam sejarah.
Saya agak lambat dalam mendengar Kiss. Lebih awal tahu mengenai imej mereka (penghujung 70an) berbanding lagu-lagunya (awal 80an). Saya rasakan mereka secara muzikalnya tidaklah seganas imej mereka. Ianya penyebab kenapa saya tidak tertarik dengan mereka. Maklumlah pada ketika itu (pertengahan 80an) saya telah mula mendengar muzik yang lebih berat.
Tetapi bila semakin berusia, perasaan untuk mendengar Kiss tiba-tiba muncul apatah lagi bila membaca yang kebanyakan hero metal saya adalah peminat Kiss.
Muzik mereka tidaklah seberat ACDC. Tetapi mereka lebih straight forward rock n' roll berbanding ACDC yang lebih bluesy. Ianya adalah penyebab intuk saya suka. Dan album ini adalah salah satu contohnya.
Best!
Lagi yang terkini di pasaran...
Bon Jovi - Forever (2024)
Saya suka beberapa lagu dari album sebelumnya (2020). Sebab tersebut dan gambar cover album terbaru yang menarik hati membuatkan saya membeli cd ini tanpa cubaan di Spotify.
Bon Jovi dah lama berubah. Mereka bukan lagi "long hair rock n roll band". Makanya tak perlu untuk berharapan tinggi. Tanpa Richie Sambora, sound gitar berdistorsi bukanlah lagi tumpuan utama.
Mereka kini lebih kepada band pengiring Jon yang memainkan muzik pop rock dengan pengaruh country seperti Bruce Springsteen.
Ianya bukanlah tak sedap. Banyak sahaja lagu yang sedap. Jon masih banyak idea. Tetapi bagi yang gemar dengan muzik Bon Jovi yang asal ianya sesuatu yang agak payah juga untuk di hadam. Maklumlah genrenya sudah berbeza..