Lagi album terbaru dari lagenda NWOBHM...
Saxon - Hell, Fire and Damnation (2024)
Antara band dari era NWOBHM yang masih aktif dan paling produktif. Ini adalah album studio mereka yang ke 24. Memang tak terlarat lah kalau nak kumpul semua.
Dengan kewujudan mereka yang dah 45 tahun, kita dah boleh tahu apa yang akan kita dapat dari Saxon. Mereka sentiasa berpegang kepada asas NWOBHM. Kecuali adalah satu dua album yang tersasar kerana mereka cuba untuk bereksperimen dan trendy.
Mereka ibarat semakin tua semakin menjadi. Beberapa album kebelakangan ini seperti Battering Ram (2015), Thunderbolt (2018) dan Carpe Diem ( 2022) semuanya bagus belaka. Dan yang terkini ini pun sama.
Ditambah pula dengan kehadiran Brian Tatler dari Diamond Head di posisi gitar. Beliau pun dari generasi NWOBHM yang sama. Maka ianya sangat serasi. Solo-solo beliau menambahkan lagi melodi pada muzik Saxon.
Paling hebat bagi saya adalah Biff Byford. Beliaulah tulang belakang Saxon. Dengan umur 73 tahun yang sepatutnya lama dah pencen tetapi masih mempunyai vocal yang cemerlang.
Tiada apa yang hendak dipertikaikan. Ini adalah muzik Saxon kepada peminatnya. Jika anda rasa ianya hanyalah heavy metal yang berulang bermakna anda bukanlah peminat tegar mereka.
No comments:
Post a Comment