Tahun ini agak perlahan dalam pembelian album-album baru terbitan tahun semasa. Dah masuk pertengahan bulan Mei pun baru setakat 7 keping cd. Tak banyak album baru setakat ini yang betul-betul rasa teruja nak membeli.
Tak ada juga yang rasa menarik untuk 2, 3 bulan hadapan. Mungkin sedikit teruja dengan album baru Helloween - Giants & Monsters yang dijangkakan akan terbit pada 29hb Ogos nanti. Tapi untuk pembelian cd album-album lama sememangnya terus berjalan seperti biasa.
Tapi yang banyak buat #hatigembitapoketmenangis untuk tahun ini adalah album keluaran semula band-band kegemaran dalam bentuk lp. Yang ini memang boleh buat jadi pokai 😁
*ntah bila agaknya nak menulis tentang 7 cd di atas. Makin tua ni makin malas nak menulis..haha..
oklah tu, aku ni dah masuk bulan Mei 2025 baru beli dua CD je (72 Seasons, Peluru Cokelat) kah kah kah...
ReplyDelete